expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, August 22, 2011

5 tabiat manusia yang boleh mendatangkan kebengangan

Hari ni aku sangat penat + geram!! Tak tahulah nape aku diuji sebegini rupa time bulan-bulan puasa ni. Memang menguji kesabaran betul.. Masuk office, berbakul-bakul kerja kena siapkan. Memang dah macam robot. Terpaksa buat beberapa kerja dalam satu masa. Printing + typing + scanning + thinking= dying maybe? huhu.. Alhamdulillah masih panjang umur lagi.. Then meeting dari pagi sampai ke petang. Ulang-alik dari meja ke bilik mesyuarat. Perghhh rasa nak pengsan! Al-maklumlah kerja government sekarang tak macam dulu. We are now moving for transformation. Macam Pak Najib selalu bagitahu tu la.. Bagus juga lah idea dia ni. Takde tengok staff gomen dok melepak tak tentu hala. Balik nak cepat je. Aku sendiri pun mana nak keluar office selagi belum pukul 6. Kerja punya pasal.. Tanggungjawab tu penting. Sumber rezeki yang halal..

Lagi satu aku tengah kebengangan dengan somebody. Dah beberapa hari dah kot. Aku cukup bengang ngan Cik Temah sorang ni. Takpelah, aku nak cakap lelebih kat sini karang jadi isu dan dimanipulasikan. Maklumlah kat luar ramai manusia-manusia hati busuk nak kondem orang lain. Yang penting aku tahu apa aku buat. Lantak pi la dorang nak kata apa pun. Cuma ada beberapa kepantangan aku lah yang menjadikan aku geram atau bengang ngan somebody. Tak kiralah dengan kawan ke, officemate ke, family ke, bedmate ke, housemate ke or sesiapa pun.

1. Tak jujur. Means suka sorok-sorok something. Taknak bagi orang tahu la apa la. Itu memang biasalah tapi masalahnya bila bersikap pilih kasih atau pilih bulu. Hanya orang tertentu je leh tahu. Itu ok lagi. Masalah yang lagi parah, bila hal yang tak sepatutnya pasal kita yang tak patut diberitahu pun diberitahu. Aik, boleh plak camtu ye? Kesimpulannya, jadilah transparent. jadi je neutral dan beserhana. Tak perlu nak lebih sana, londeh sini, simpan sana, buka sini. Hal-hal yang terlalu peribadi, just simpan jela dalam poket. Lainlah kalau dah kahwin, hah ceritalah semuanya dengan pasangan tu dalam kelambu. Habis cerita.

2. Masuk campur. Ini memang isu paling UTAMA la yang paling aku alergi sangat-sangat. Kalau stalker tu, biasalah, aku tak kenal tak kisah sangat. Ni dah sah-sah kita kenal namanya. Pastu jadi minah oh mat kepoh nak masuk dalam kain orang. Ish tak malu ke? Dulu masa kecil-kecil parent aku selalu pesan, orang tua-tua kalau bercakap jangan menyampuk. Agaknya, parent dorang tak pernah ajar kot? Takpela, semoga dorang insaf.

3. Salah orang lain tapi kena kat kita. Ni memang biasa terjadi. Sebagai manusia memang tak terlepas dari perkara-perkara sebegini. Tapi cuba kita try compare ngan orang lain, kadang-kadang ada manusia yang lagi teruk buat salah tapi tak nampak. Yang kita nampak yang selalu ada depan mata kita yang selalu tolong kita and dah anggap macam adik-beradik kandung. Kira kalau boleh disujud disembah itulah yang paling baik. Uish nauzubillah..

4. Degil. Haa aku pun degil juga. Tapi bukanlah sampai aku tak faham bahasa. Aku susah nak marah orang sekarang ni. Even bergaduh ngan cik abang aku pun susah giler la aku nak marah dia. Cause aku respect dia maybe. Tapi sesetengah orang ni degil tang lain. Bila kita tak mahu sesuatu ia bermakna kita memang taknak. Tapi bila diasak untuk buat sesuatu secara paksaan memang kita akan sakit hati. Dan secara tak langsung it will create something yang sesiapa pun tak suka. So, padahnya pandai-pandailah terima.

5. Slow motion. Ni maksud aku bukan bermakna bergerak slow-slow. Tapi lambat pikap a.k.a lampi. Yang ni memang biasa terjadi even di mana-mana pun. Cakap sepatah, tak faham. Dua patah, tak faham juga. Tiga patah, masih begitu. Kali keempat? Perghh memang boleh mendatangkan marah macam dalam cerita P. Ramlee. Cuma tak kenal jual je. So, seiring dengan globalisasi ni, dan ke arah transformasi ni, cubalah bergerak lebih pantas sikit. Macam yang bos aku selalu buat, Cakap sekali je dah faham. Kan senang.

Lagi? Takde kot.. Tengoklah kalau ada update lagi lepas ni. Wakaka.. Aku dah teramat penat hari ni, perlukan tenaga yang ada untuk sejam lebih je lagi. Aku harap aku leh cool down lepas ni. Jangan datang lagi serangan-serangan yang tak best sudahlah. Karang ada juga yang terkena panahan "laser" aku lagi. Dah lama tak melaser sebenarnya. Cik Temah sorang tu suddenly yang wat aku mengulangi tabiat lama. huhu..

Ok selamat berbuka..


Cik Misya : Jom main sorok-sorok, nak tak?;)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...