expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 5, 2011

Free lunch at Black Canyon Coffee??

Salam semua.. Puasa tak ni? Erm..?? Ok puasa, bagus.. Alhamdulillah.. Teruskan sehingga Ramadhan terakhir untuk tahun ni ok..:) So, korang berbuka puasa dengan apa hari ni? Of course la kat mulut! hehe... I mean, makanan apa jadi juadah berbuka hari ni? Ke dah bosan makan benda yang sama je hari-hari? Huhu.. Takpelah, apa yang ada tu la rezeki kita.. =)

Okla, sebelum puasa hari tu, my bos Incik Hadi belanja lunch untuk staff dia yang banyak membantu masa Seminar hari tu. Eh, aku ada story ke pasal seminar tu? Kalau takde nanti aku cerita k. So, aku, kak Akma dan Kak Ifa dapat makan free hari tu! hehe.. 

Memang kebetulan aku tak pernah pergi tempat ni. So, ibarat kecil tapak tangan, stadium Bukit jalil aku tadahkan. Wakaka.. Ini sebagai menghargai usaha kami yang stay sampai malam wat persiapan untuk seminar  hari tu. Untuk dapat bos cam gini. huhu. Yang penting kerja mesti siap!;)

So, kalau korang pening kepala tak tahu nak makan apa untuk berbuka puasa, apa kata try tempat yang kitorang pergi ni. Restoran Black Canyon Coffee.. Sedap tau!=)

Ni menu yang kitorang pilih untuk lunch..

For drink aku order fresh orange apa ntah nama dia. Tapi isinya dikisar halus ala-ala ice blended. Boleh tahanla..:)

Tomyam.. Sangat sedap!=)

Masak tiram plus oyster sauce.. Di bahagian bawahnya ada telur half-cooked..

Telur hancur masak merah.. Ada udang rasanya kot. (Tak ingat) Sedap gak!:)

Mixed vegetable..

Nasi putih.. Menarik! Bentuk empat segi..:)

Ayam goreng madu.. Nyum-nyum!;)

Inilah kami... huhu.. Dua orang akak tu kusyuk mengadap makanan. hehe.. 

So, thank you so much to my bos Mr. Hadi. Also congratz sebab dah comfrim naik pangkat baru-baru ni. Will always do the best for our work! InsyaAllah.. Chaiyok-chaiyok! huhu..


Cik Misya : Jangan membazir time bulan puasa ni ya.. Makan berpada-pada tau. Keep slim like me! Cewah! huhuhu..

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...