expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, August 11, 2011

SimplySiti halal ke haram? Aku pilih Syahirah!

Alamak hai.. Sekarang ni macam-macam isu pasal agama Islam timbul. Dahlah time bulan-bulan puasa plak tu. Dengan isu gereja la, murtad la, blogger mangkuk ayun bernama Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara la and macam-macam lagi. Apa nak jadilah Malaysia ni..? Agama Islam sesuka hati dipermain-mainkan. Dah nak kiamat agaknya. Hmm...

Tak payah pening-pening fikir pasal kehalalan SimplySiti, guna Syahirah pun boleh! Wakaka....:p

And yang latest tentang produk kosmetik yang terkenal yang diasaskan oleh penyanyi popular Malaysia iaitu Siti Nurhaliza. Apa lagi kalau bukan produk SimplySiti yang meletop-letop tu. Isu yang dibangkitkan adalah soal kehalalan produk tersebut yang dikatakan menggunakan bulu babi sebagai berus solekan! Mula-mula aku tak percayalah kot-kot ada orang nak sabotaj produk ni ke tapi bila terbaca surat daripada Jabatan Agama Islam Pahang yang dikongsi oleh rakan blogger, terkejutlah juga aku. Sebab salah satu produk yang tersenarai adalah SimplySiti. Berita ni dah lama tersebar tapi aku baru take part dalam isu ni sebab ingatkan ia sekadar gosip biasa.



Memang agak mengejutkanlah juga. Walhal beberapa hari sebelum tu aku terbaca dalam paper Sinar Harian yang Siti telah pun menafikan perkara ni. Mana satu yang betul? Wallahualam..


Berikut adalah kenyataan Siti yang menafikan berita yang tersebar luas ni, "Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut."

Tapi aku sendiri pun tak pernah guna produk ni walaupun masa awal-awal produk ni release di pasaran, aku agak excited nak beli. Yela, dah penyanyi kesayangan aku punya produk kan.. Tapi bila tengok part 'harga' tu, awal-awal aku surrender. Better aku stay dengan produk asal yang dah sah-sah Halal dan dah lama pun aku pakai. Apa lagi kalau bukan brand aku sendiri (Perasan jap);p iaitu Syahirah... Harga pun masih affordable. :) Tak perlu beli produk mahal-mahal untuk kelihatan cantik. Right? Tapi janganlah guna produk terlalu murah pula ye. Lagi bahaya!


"COSMETIC products containing goat’s milk, ginseng, aloe vera, liquorice extracts, thanakha, biotin and Vitamin C and E could do wonders to your skin. The Syahirah brand of products come with a halal certification. It carries a comprehensive range comprising whitening cream, cleansing lotion, compact powder, lipsticks in vibrant and pastel shades, hand and body lotions and perfume."- The Star Online


Cik Misya : Ada harapan tak nak jadi duta produk Syahirah? Ngehehe.. (Berangan!);p

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...