expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 10, 2011

Tetap support Butik Mama walaupun dilanda kontroversi, ok!

Aduhai.. Penat tul hari ni.. Tapi rasanya semalam lagi penat kot. huhu.. Hari ni steady lagi lah. Em cuma hari ni agak sedih ngan satu berita kat facebook. Actually bukan berita lah tapi satu pengumuman atau statement yang tak betul tentang sesuatu perkara tanpa usul periksa.. Jangan fikir bukan-bukan plak ye..;) Tapi sebenarnya more on produk. I mean bisnes-bisnes ni la kan.. 

As u all know aku one of the model Butik Mama.. Tapi untuk produk baru ni bukan aku lah yang peragakan. Kak Mia yang jadi model.:) Salah satu produk terbaru Butik Mama adalah Koleksi Selendang Zulaikha. Baru je keluar semalam tapi laris macam goreng pisang! huhu. Tahniah Kak Aina! 100 helai dalam masa 2 hari.. Perghh...! 


So, dalam pada-pada tu, ada pula yang salah sangka ingat design selendang ni diciplak aka ditiru daripada salah satu Butik yang memang terkenal dengan tudungnya. Kalau sekali imbas mesti korang dapat agak butik apa. Senang cerita aku panggil Butik F la ek. Mungkin dorang tak tengok, tak siasat, tak pastikan betul-betul selendang Zulaikha ni sama ke tak ngan design tudung dorang. On the day aku photoshoot tu, aku sendiri dapat lihat, pegang dan rasa (bukan ngan lidah lah) selendang ni macam mana. Memang berbeza sangat-sangat dari segi warna, jahitan, saiz, material dan design. Ropol-ropolnya juga dijahit dengan cara berbeza. Ia merupakan shawl yang perlu dililit selepas memakai inner. Manakala tudung Butik F pula dah siap-siap ada awning dan kainnya daripada material berbeza. 

Kasihan Butik Mama tak pasal-pasal kena kondem ngan pesaing sendiri. Tapi rezeki beliau, beliau dapat menjual selendang ni dengan sangat laku beb! Dugaan di bulan Ramadhan agaknya. Cuma aku terfikir, napelah orang Melayu suka sangat nak wat isu sebegini. Apa salahnya support sesama sendiri. Kaum sendiri, seagama, sebangsa.. Aku salute lah satu lagi Butik tudung yang sangat terkenal dengan modelnya Ekin dan Wardina iaitu Ariani. Aku tengok berlambak-lambak orang kat luar sana copy design dia, tapi relax je aku tengok. Malah ramai lagi yang datang membeli walaupun harganya aku sendiri tak mampu nak beli. huhu.. Sepatutnya rasa banggalah when gaya yang kita hasilkan menjadi inspirasi buat usahawan-usahawan yang lain. Sharing is caring..^_^ Tapi bukan bermakna dorang ambil bulat-bulat macam produk-produk dari negara China or Siam.  Take it positively.. Bukan kutuk-kutuk dalam facebook, rite..? Baru leh berjaya! Kan?;)

Aku sendiri pun bukan tak pernah beli tudung dari Butik F ni. Memang kualiti dia sangat baik. Awning elok je terletak, kain ringan (nipis) dan sangat mudah dipakai. Lilit sekali je dah siap. Memang inilah kelebihan produk dia. Cuma nak beli selalu tu memang aku tak mampulah. huhu..


Banding Butik Mama, kualitinya pun bagus tapi harga masih mampu milik. Sesuailah untuk golongan sederhana tapi masih leh bergaya. Butik Mama bukan sekadar menawarkan tudung tetapi produk utamanya adalah Jubah Bussaina yang diperbuat daripada kain lycra yang sangat selesa dipakai. Tak perlu digosok pun dah leh sarung je kat badan. So, apa yang nak dikecoh-kecohkan sangat kan? Masing-masing ada kelebihan masing-masing..:) 

Kita seharusnya yakin dengan kekuatan dan kelebihan produk kita. Janganlah bila tengok sama sikit, eh dia tiru lah, cetak rompak lah apa la. Yang VCD-VCD pirate tu lagilah berlambak-lambak jual kat luar. huhu.. (Tibe jek):p If kita confident, mesti takde masalah punya. Pelanggan tetap datang sebab dorang tahu dia ni punya kualiti camne, dia ni plak camne. Pusing-pusing, kat situ juga bertemunya. Sebab semuanya dalam kelompok bisnes yang sama

Papepun, to Butik Mama, jangan risau-risau ok. Will always support you! Inilah Butik pertama yang menawarkan aku jadi modelnya. Of courselah aku sentiasa support butik ni. Ownernya pun sangat merendah diri. Tu yang aku suka tu..=) Tapi aku tetap support semua butik-butik tudung/baju/shawl or pape pun yang diasaskan oleh anak Melayu especially yang menawarkan pakaian dan tudung untuk wanita muslimah. Makin bercambah-cambah sekarang ni.. Tak kiralah Butik A, B, F, J atau Z sekalipun sebab masing-masing ada trademark masing-masing. So, baguslah kan sebab banyak pilihan. Barulah meriah industri butik muslimah kat Malaysia ni.:)


Cik Misya : Sama tapi tak serupa..:)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...