expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, August 6, 2011

WOW! Tak sangka dapat jadi model Butik Mama!;)

Salam semua... Alhamdulillah dah nak masuk seminggu kita menyambut Ramadhan yang mulia ni.. Syukur sangat-sangat dapat mengerjakan ibadah puasa di samping ibadah-ibadah yang lain. And yang paling aku tak sangka bulan Ramadhan ni, Allah s.w.t melimpahkan rezeki buat aku. Apa dia?;))

Alhamdulillah aku berjaya menyertai team modelling Butik Mama setelah lebih setengah tahun aku mencuba nasib. Terkejut juga aku masa mula-mula dapat panggilan. Huhu.. Baru-baru ni Butik Mama perlukan 2 orang model untuk menggayakan koleksi terbaru sempena Aidilfitri. Jadi, aku pun hantarlah beberapa keping gambar sebagai portfolio. Then, petang tu aku dapat message minta datang shoot! Antara percaya tak percaya je. hehe.. Yela, dah lama aku try tapi still takde peluang. Lagipun model-model yang terpilih sebelum ni semua cantik-cantik and ada experience.. Aku still baru lagi. So, memang sangat shock! hehe..

So, aku pun menghabiskan masa sehari berphotoshoot lebih kurang 80 pasang jubah koleksi terbaru Butik Mama sempena Hari Raya ni. Semuanya cantik-cantik. Rasa geram je. hehe.. Kalau anda semua still tercari-cari baju raya tahun ni, cubalah try Butik Mama. Jubah Bussaina dan Ainna's Scarves keluaran Butik Mama memang berbaloi untuk digayakan pada Hari Raya nanti. Harganya pun berpatutan. Sempena musim perayaan ni juga Butik Mama wat diskaun 10%-70%! JUALAN MEGA RAYA dari 30 Julai-30 Ogos 2011. Jom ke Butik Mama di Bandar Baru Bangi sekarang! Kalau ada kad keahlian VIP leh dapat diskaun lagi.:)

Antara koleksi menarik yang ditawarkan ialah sepasang jubah bagi dewasa dan kanak-kanak. Kira kalau ada anak perempuan, lehla pakai sedondon ibu dan anak untuk hari Raya nanti. Warna-warnanya pun sangat menarik..=)



Shoot dengan Maya.. Anak kak Aina (Owner Butik Mama).. Comel kan dia? Macam Mia Sara dalam cerita Adamaya tu. Maya ni pun sangat petah bercakap. Kitorang berlumba-lumba sape tukar baju paling cepat! hehe..


Untuk koleksi jubah Bussaina yang lain leh tengok page Butik Mama.. Anda leh beli secara online. Borong pun boleh!:) Kalau yang mana dekat-dekat tu leh je datang terus ke Butik Mama di Bandar Baru Bangi. Every month biasanya memang ada koleksi baru dari Butik Mama. Semua koleksi diperbuat dari material lycra. Kainnya sejuk dan mudah digayakan. And tak perlu digosok kalau malas! hehe.. 






Cantik-cantik kan? Warnanya pun ceria. Sesuai sangat dipakai untuk Hari Raya nanti...:) Yang corak bunga-bunga tu diberi nama Koleksi MAimi tau.. hehe.. 

So, apa tunggu lagi? Jom shopping di Butik Mama..!!^_^ Pape pun thanks to Kak Aina who give me an opportunity to become one of your model. She's so simple woman. Sangat sederhana walaupun dia seorang business woman yang berjaya. Also thanks to my MUA Kak Zila.. Make-up yang sangat cantik. Lembut and sejuk je tangan dia time mekapkan aku. huhu. Juga credit to Abang Man, selaku photographer (husband kak Aina).. :)

Kenangan with another models.. Shireen, Shikin, Mia and me..=)


Cik Misya : Habis shoot, kaki sangat sakit sebab kena pakai heel 5 inci dari pagi sampai petang! huhu..

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...