expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, September 25, 2011

Saya ditegur oleh Ahli Parlimen Putrajaya kerana TEMPEH!

Wow! Tadi aku gi open house kat salah sebuah blok apartment kuarters kerajaan di Putrajaya. Nak tahu apa terjadi? huhu.. Kelakar pun ada.. haha... Jangan salah faham! Isu tempeh di sini bukan bermakna aku menjual tempeh busuk atau menjual tempeh secara haram! hehe..

Masa aku tengah dok cedok kuah masalodeh dalam mangkuk berisi nasi impit, ada seseorang berdiri sebelah aku. Tapi aku wat bodoh je sebab fikirkan mesti orang ni tengah tunggu turn nak ambik kuah lodeh tu. Aku punya makanan favourite adalah tempeh! So, fokus utama aku ketika mencedok kuah lodeh tu adalah mengambil sebanyak mana tempe yang aku nampak. Hehehe.. Jahat tak??:p

Tengah aku syok cari dan ambil tempe tu, suddenly orang yang berdiri sebelah aku tu tegur aku.. "Aik, ambik tempeh je? Banyak tu tempehnya....!" Aku pun pandang lah siapa yang tegur aku tu.. Alangkah terkejutnya aku! Rupa-rupanya orang tu adalah Tengku Adnan Tengku Mansor! Ahli Parlimen Putrajaya tu.. Atau lebih dikenali sebagai Ku Nan. Hahahaha..;p


Punya lah malu masa tu. Nasib baik tak ramai orang. Hehe.. Aku pun senyum dan jawab, "a'ah saya memang suka tempe!" hihihi... Lepas tu dia pun beredar jumpa penduduk-penduduk lain yang sedang menikmati makanan. Nak kata malu sangat tu takdelah.. Tapi tak sangka plak dia saja-saja berdiri sebelah aku semata-mata nak memerhatikan aku cedok kuah lodeh! Hehe... So, kerana TEMPE aku ditegur oleh Ahli Parlimen Putrajaya!!;p Boleh??? huhuhu.. Nasib baik aku tak terkejut sampai leh terbaling mangkuk kuah lodeh tu kat dia. hehehe..



Cik Misya : Aku orang Minang tapi suka makan tempeh (Makanan Jawa). Camne tuh?;p

4 comments :

Nurul Mazni said... Reply To This Comment

maz pun suke tempe.. Sedap tau :)

~AiMi SyAhiRAh~ said... Reply To This Comment

@maz: yes, tempe sgt sedap!=) digoreng garing2 cicah ngan sambal lado, perrghhh! mantop! hehehe

fadhdeela said... Reply To This Comment

xsuka tempe..huhuhu dah try mkn tp xleh terima la tekak huhu :P

~AiMi SyAhiRAh~ said... Reply To This Comment

@fadh: huhu.. tempeh plg bgus utk org berdiet / vegetarian. mknn gantian utk dptkan sumber protein selain dpd daging.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...