expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, September 23, 2011

Alahai HRMIS.. Sakitnya hati aku!

Adoyai...! Sakitnya hati hari ini....! Ni gara-gara kena buat something yang tak boleh nak buat pun.. Tension!  

Nak tahu pasal apa?? Ni pasal HRMIS! HRMIS tu apa? Sesiapa kerja government memang tahu lah pekebendenya HRMIS ni. Satu sistem maklumat pengurusan sumber manusia. Kira semua staff kerajaan kena masukkan segala macam data peribadi dalam sistem ni. Supaya memudahkan pengesanan pegawai kerajaan dilakukan dan sebarang urusan seperti cuti, gaji dan sebagainya boleh dilakukan melalui HRMIS ni. 

TAPI.........................!

Aku sangat bengang sebab dari pagi sampai lah tengahari aku tak dapat upload pun page HRMIS tu. Masalah internet?? Jauh sama sekali.. Server Kementerian laju je. Ok aku try broadband plak. Memang laju. So apa masalahnya?? 


Nak tahu tak, HRMIS ni hanya boleh di log in menggunakan Internet Explorer sahaja ok!! So, google chrome ke, Mozilla ke.. Jangan harap lah korang dapat buka. Sekadar tengok portal je bolehlah. Tak caya cuba klik SINI. Yang menambah kesakitan hati ini, admin suruh update dengan segera HRMIS ni sebab nak kejar pencapaian setiap Bahagian. Kalau staf sesuatu bahagian tu tak update, downlah pencapaiannya. Last date adalah hari ni! Kalau tidak, diarahkan datang office pada hari sabtu untuk key-in pape yang patut. Oh tak nak ok! 

So, i need another PC to do this silly system! huh! Siapakah vendor yang buat sistem ek?? Kalau takat IE je leh guna untuk buka sistem baik tak payah! Perhabiskan duit kerajaan je bayar mahal-mahal. Bukan memudahkan tapi menyusahkan lagi adalah. Upgrade la skit supaya leh buka sistem guna browser terkini. Facebook pun dah update macam-macam benda sampai aku pun pening kepala. haha.. Ok cau!


Cik Misya : Salah seorang officemate aku kata HRMIS ni adalah suatu sistem paling B#D@H pernah dicipta. haha... 

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...