expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, September 27, 2011

Stalker comel tapi perangainya, MasyaAllah....!

"hahaha...habis fb kawan ko nie aku hack. tak susah pun...ur fb pun tak lama lagi...‏" by smile cat..


Nak tahu ayat sape ni? Of course la bukan ayat aku. Takde keje aku nak hack facebook orang tak tentu pasal. Tapi tak tahulah ada seorang hamba Allah ni.. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis nak jadi stalker aku. Malah jadi hacker setia aku pula tu. huhu.. Dia tak malu ke yang aku dah tahu siapa diri dia? Come on la.. Dunia ni bukan besar sangat. Pusing-pusing situ juga. Buat dosa tutup muka tapi Allah tetap nampak apa kamu buat. Kan?

Kesian fb kawan aku jadi mangsa pula.. Tak habis-habis nak laga-lagakan aku ngan kawan-kawan baik aku. Entah apa motifnya pun aku tak tahu.. Tapi aku pujilah kehebatan dia menghack fb orang sampai leh copy apa orang chat 1 by 1. Tapi sayang, ilmu yang Allah s.w.t kurniakan kepadanya digunakan dengan cara yang sia-sia. Why not dia gi hack penghina agama islam Sitt Al-wuzira yang dilaknat Allah itu? Dapat gak pahala.. Right?


Tak dapat guna facebook, sms pula digunakannya.. 011128588XX.. Panjang nombornya. Nak ajak jumpa? Ok.. Tapi nape nak sorok-sorok identiti? Malu kot.. Haha... Masalahnya, tetibe je dia sound aku.. Kata aku ego dan pentingkan diri sendiri! Wah! Hebat.. Ada kuasa nak tentukan sifat seseorang itu. Ni nak ajak jumpa ke nak bergaduh? Come on la... Kalau anda anak jantan, jadilah lelaki sejati. Jangan jadi Mat Kecut udah ler...;) Kalau anda perempuan, henti-hentikanlah kerja bodoh tu. Bosanla weh..:p


Okla, aku bukan apa, saja nak share kisah-kisah stalker yang aku alami sendiri. Alhamdulillah sebab masih ada yang sentiasa follow dan ambil berat apa yang aku buat. Lambakkanlah lagi pahala kat aku banyak-banyak ek stalker..;) Buat kawan-kawan blogger di luar sana tu, hati-hatilah k. Aku tak ambil kisah sangat pasal stalker ni sebab dorang ni memang sengaja create something untuk jadi lebih buruk. Kadang-kadang aku tergelak je dengan perangai kebudak-budakkan dorang ni. Apa motifnya pun aku tak tahu lah.. They are not God yang berkuasa tentukan hidup kita. Allah s.w.t yang Maha Berkuasa... InsyaAllah, He will protect us selagi kita berada di jalanNya.. Amin..

Smile! ^_^


Cik Misya : Macam ni punya orang ada ka? Bukan orang kot.. huhu...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...