expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 21, 2011

Camne nak menangis? [Tetibe tak reti menangis] :p

Salam Jumaat semua..:) Haa.... Siapa tak pergi solat Jumaat tu??? Please ya kaum Adam, tunaikan tanggungjawabmu ok. Barulah Cik Misya suka!^^

Adus.. Hari shooting video klip SATU dah nak tiba dalam 2 hari lagi..! Mood, tolonglah mood.. I need mood untuk menghayati watak yang diberikan. Dahulunya aku memang seorang gadis yang mudah menangis, lemah semangat, dan kerap putus asa. Tapi tu semua masa lalu.. But now, i need them back!! huhu.. Only for a while. Only-only for the video shoot. Kalau korang tertanya-tanya apa yang aku merepek ni, please refer entri sebelum ni atau klik SINI.

Dalam video ni aku perlu banyak menangis. Kisahnya begini..... Ooopss! Mana leh bagitahu...;) Nanti korang tengokla apa kisahnya. Rahsia hoccayyyy! Sekarang adalah waktu menghafal skrip dan menghayati watak. Yes, tadi dah try berjaya juga air mata ini keluar.. Wakaka...

Aiyo.. Dulu punya senang aku nak menangis but now nak menitis 1 titik pun payah!;p Agaknya segala pengalaman lalu telah berikan aku kekuatan yang aku sendiri tak jangka. Syukur Alhamdulillah segala onak duri aku dapat tempuhi walaupun sentiasa bergenang dengan air mata.. Yes, aku boleh gunakan kenangan itu untuk membuatkan aku menangis. Thanks Abang Razzi Rahman cause beri kepercayaan untuk aku pegang watak yang agak heavy ni. Walaupun tak 100% tapi dalam 50% tu sedikit sebanyak ada juga kena mengena dengan diriku...

InsyaAllah aku dapat bawa watak ni dengan baik.. Menangislah sepuas hatimu Aimi Syahirah... Kau telah lalui pelbagai dugaan dan rintangan untuk mencapai ke tahap ini. Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah aku kekuatan berterusan dalam menempuhi hidup ini. Amin...

So, kawan-kawan semua, ada tips tak bagi mudah menangis???;p Huarggghhhhh.................



Cik Misya : Letak eyemore je leh tak? hehe.. Jangan mara ye Brother Love..@_@

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...