expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, October 29, 2011

Dah kat setahun tapi keputusan tak keluar-keluar juga! Aku teraniaya!!!;(

Em lepas aku belek-belek blog aku ni, baru aku perasan salah satu contest yang aku pernah join dulu sampai sekarang tak keluar-keluar resultnya!!! Aku join contest ni dalam bulan Januari 2011 kalau tak silap. Ni dah hampir hujung tahun tapi tiada dengar pape khabar berita. Bila aku tengok page organizer tu, Modelnya dah ada yang lain. Contest ni diberi nama Pencarian Model Habibi.. Organized by Precious Moment Photography dan Jubah Habibi Alkenali..


Pada asalnya, selepas proses undian tamat, Top 20 peserta yang mendapat vote tertinggi dalam facebook akan dipanggil untuk peringkat seterusnya. Aku tengok-tengok juga vote aku, dapatlah dalam 800 lebih votes. Banyak tu! Memang termasuk dalam Top 20 la kot. Hasil kerja keras aku promote sana-sini. Dan telah berjaya mempopularkan page fotografi ni. 

TAPI!

Apabila ditanya apa perkembangan seterusnya, tiada feedback! Rakan-rakan lain yang join pun tertanya-tanya juga apa sudah jadi? This is my first contest yang aku join for modelling. Tak sangka jadi macam ni. Tapi syukurla, selepas dianiaya ni rezeki semakin mencurah-curah. Walaupun tak sefamous Amber Chia atau Nasha Aziz, tapi aku dapat kembangkan bakat aku dalam modelling melalui kaedah lain.


Lama-lama barulah organizer maklumkan pencarian ini ditangguhkan sementara waktu akibat kekangan bajet dan masalah teknikal yang lain. But now dah nak habis tahun, takde pape berita langsung! Dahlah penat-penat promote undian, page dorang bertambah famous, sepatah ucapan TERIMA KASIH pun takde!! Aku bukannya nak kondem or pape tapi aku rasa teraniaya lah juga bila ada contest-contest camni, pihak-pihak yang terlibat taknak bertanggungjawab. Kecewa tau! huhu.. You all buat bisnes kat Malaysia ni, pusing-pusing situ juga jumpanya. Bukan bermakna aku nak memburuk-burukkan or pape tapi sebagai salah seorang model, aku tak berapa berkenan bila ada benda-benda gini. Nanti sok lusa, jumpa juga kan? Please la, to all organizer yang nak buat contest sebegini, makesure BE PROFESIONAL dan JANGAN ANIAYA orang lain. Ingatlah, rezeki yang Allah nak bagi atas daya usaha dan kebaikan anda serta doa orang-orang lain. 



Kecewa juga takde pape perkembangan. Teringin nak menggayakan jubah-jubah cantik daripada Habibi Alkenali tapi camni pula jadinya.. Hmm... Wallahualam... 



Cik Misya: Orang Melayu kalau wat bisnes memang camni ek?

6 comments :

Alisya said... Reply To This Comment

sabar je la ye...

~AiMi SyAhiRAh~ said... Reply To This Comment

@alisya: thanks.. InsyaAllah selagi masih boleh bersabar, sy akan bersabar..:)

nuruhuda_329 said... Reply To This Comment

dtg jenguk n baca entry kamoo dear..nice..keep it up =)

NasZ said... Reply To This Comment

tak tau nak ckp pe lg kecuali sabar je la.

~AiMi SyAhiRAh~ said... Reply To This Comment

@nuruhuda: thanks sudi jengah blog sy.:)

~AiMi SyAhiRAh~ said... Reply To This Comment

@nasz: hehe tu la.. tgh bersabar ni. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...