expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 28, 2011

Syukur..Aku tersenarai dalam Top 20 Pencarian Duta KrulMatric Photography!!

Salam semua.. Anda pernah vote/like tak gambar bawah ni..?

Kalau tak pernah takpelah.. Proses voting / menge 'like' pun dah tamat. hehe. Nak tahu lebih details leh refer SINI.

Lepas juri-juri daripada KrulMatric Photography membuat kiraan undian, Alhamdulillah aku mendapat tempat ke-4 dalam senarai Top 20 Finalis Pencarian Duta KrulMatric Photography.. 

Jadi, untuk assignment seterusnya, aku dan 19 finalis lain perlu menghadiri sesi beramah-mesra bersama-sama krew KrulMatric di STudio 88, Sri Pristana, Sungai Buloh. Jauh juga tempat ni sampai hampir putus asa untuk terus mencari studio akibat tersesat! Tapi demi minat dan kesungguhan, aku tabahkan jua ke studio ni. Nice design for this studio. Just sebuah rumah teres 2 tingkat yang serba-serbi lengkap dengan peralatan untuk photography dan videogrpahy. Memang lengkap dan profesional lah dorang ni!=)
Aku pilih gaya ala-ala Hana Tajima for this 'suaikenal' event.:)

1st task: Interview.. by orang kuat KrulMatric dan juri-juri yang profesional. Alhamdulillah aku dapat jawab dengan baik setiap soalan yang dikemukakan. Ntah boleh terima ke tak jawapan aku, terpulang pada juri untuk menilai.:) Dan tanpa disangka pihak KrulMatric menghadiahkan aku sebuah hamper besar khas untuk 5 orang peserta yang mendapat vote tertinggi!!

Thank you so much to all my voters yang sudi like gambar aku untuk contest ni. Nak skit hamper ni? huhu ramai sangat..;p Pape pun thanks wat KrulMatric for this lucky prize! Tak sia-sia datang dari jauh.

Next task, apa lagi? Pose la! huhu.. Ada 4 checkpoint yang aku perlu selesaikan yakni photoshoot. Dari indoor sampai outdoor. Sangat best! Abang-abang photog semuanya baik-baik. Aku pun senang hati nak buat pose-pose yang menarik. Hopefully dapat bekerjasama lagi dengan dorang. Amin..

So, keputusannya? Erm nanti dulu.. Masih ada 2 assignment yang perlu diselesaikan.. Apakah ia? Tunggu......................;) Doakan aku nanti ek.

Good luck juga untuk 19 finalis yang lain.:) Comel-comel adik-adik yang datang. Good! Teruskan keyakinan untuk capai kejayaan. InsyaAllah..



Cik Misya : Aku suka bila dapat bekerjasama dengan photog yang profesional tapi tak sombong.:)

2 comments :

al_hakim said... Reply To This Comment

untunglah..=)

~AiMi SyAhiRAh~ said... Reply To This Comment

Alhamdulillah.. doakan sy berjaya ya.. Amin..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...