expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, November 10, 2011

Akhirnya aku dapat jumpa bakal ibu mentua ku!!

Salam semua... Sempat juga update entri di tengahari Khamis ni ye.. huhu... Just want to share with all of u my happy day!! huhu.. Syukur Alhamdulillah tanpa diduga aku dapat bertemu dengan bakal ibu mentuaku.. [ni pun nak bagi tahu ke??] haha.. Hello? Korang kalau jumpa bakal mentua, takkan takde pape rasa kot? Ke memang korang takde perasaan? hehe..

Alhamdulillah berkat doa dan kesabaranku aku dapat bertemu dengan beliau di majlis perkahwinan sepupu incik abangku. Ni pun last-last minute ok! Memang sangat nervous dan gementar.. Yela, plan nak jumpa lambat lagi, suddenly incik abang aku ajak gi majlis ni sebab nak jumpa kan aku dan mak nya. huhu.. 

Wajah gementar + happy + takut + macam-macam ada la! Sebelum jumpa. huhu..

Alhamdulillah sangat-sangat pertemuan tak diduga ni memberikan aku semangat untuk terus menjaga hubungan ku dengan incik abangku. Saudara-mara dia semuanya menerima baik kehadiran ku. Nasib baik aku jenis suka berbual-bual a.k.a ramah dan mudah menyesuaikan diri. Dorang semua bagi support pada kami untuk teruskan hubungan dan mendoakan kami lekas-lekas kahwin. hehe.. Amin... 

Yang paling aku terharu, masa sesi fotografi pengantin, bakal ibu mentua aku jemput aku naik pentas untuk bergambar ngan pengantin. Special ok! huhu.. Tapi gambar tu ada pada photographer rasmi wedding ni. Tak dapat nak tunjuk. Takpelah, biar jadi kenangan..:) Ku bahagia!!! huhu...

Haa.. Ni bukan pelamin aku derr..  Baru jumpa takkan terus langsung! huahua..

Masa pengantin berarak masuk ke dewan..

Semasa bersanding... Nadia dan pasangannya Shafiq.. Sangat sepadan! 

 
They have a big family!! Seronok jumpa dorang semua..:)


Selamat Pengantin Baru Nad & pasangan.. Cepat-cepat dapat baby tau! Kak Syira nak dukung nanti.. hehe..

Kalau korang semua perasan, wajah Nad ni seiras selebriti Sazzy Falak! She's so cute! ^_^




Cik Misya : Kahwin? Nanti dululah.. Dont have to rush...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...