expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, November 18, 2011

Al-Fatihah buat arwah...


Al-Fatihah buat ayahanda incik abang ku yang kembali ke Rahmatullah pada 17 November tepat jam 2.49 petang.. Memang menyedihkan tapi apakan daya Allah lebih menyayangi beliau.. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin..

Walaupun tak sempat mengenali lebih rapat tapi aku tahu banyak juga benda tentang beliau. Merupakan seorang ayah yang tegas dan telah berjaya mendidik anak-anaknya dengan baik. Masa aku mendengar berita sedih ni, aku terus terduduk dan menangis.. Memang beberapa hari sebelum tu arwah telah dimasukkan ke wad kerana penyakit yang dihidapinya.. But arwah sangat-sangat sabar menghadapi penyakitnya yang telah bermula setahun yang lalu.. Kompilasi jantung, buah pinggang dan kencing manis.. 

Em tapi pape pun aku respect dan kagum dengan semangat incik abangku.. Aku yang beria-ia nangis, dia pulak yang pujuk aku dalam telefon. Dia kata dia redha dan memang dia dah bersiap-sedia untuk hadapi pemergian ayahanda tercinta. Tak perlu bersedih atau menangis kerana semua ni urusan Allah swt dan satu hari nanti kita pun akan alami benda yang sama. Arwah pergi dengan keadaan yang amat tenang. Sememangnya arwah berjaya mendidik anak-anak supaya kuat semangat dan tabah hadapi dugaan. Syukur Alhamdulillah.. Semoga family sayang saya ni tabah hadapi dugaan ini.. InsyaAllah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.. 




Cik Misya : Al-Fatihah....

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...