expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 9, 2011

Congratz to my team for this wedding event!!

Syukur Alhamdulillah... First time photoshoot pakai kostum wedding, first time juga aku mendapat tempat dalam contest!! Termasuk dalam Top 5, dah kira terbaiklah tu. Korang pernah tengok portfolio aku untuk persalinan wedding ni? Boleh tengok koleksi gambar di SINI.


Ahad lalu, organizer event Wedding Classic & Modern 18 September 2011 telah mengumumkan pemenang. Tak disangka join sekadar suka-suka membuahkan hasil. Thank you so much to my team yang sangat cooperative! Make-up artist Kak Ninie @Que Ninie, my main photog abg Rosman & Assist Photog @Shud.. Alhamdulillah team kita berjaya walaupun sekadar tempat kelima. Bukan senang nak dapat tempat sebab team sangat banyak dan hebat-hebat belaka. Tahniah juga buat semua pemenang!


Antara kenangan takleh lupa masa event ni:

1. Pada awalnya baju yang aku dapat terlampau besar (warna oren). Jadi atas jasa baik dan budi bicara kak Ninie & penaja, aku dapat baju warna silver ni. 
2. TAPI veil/layah nya pulak old-school.. Kak Ninie pening kepala camne nak bagi menarik. Nasib baik aku bawa crown dan sesuai dengan tudung yang aku pakai. Kira mix-and-match je.
3. Langsung tiada aksesori tambahan seperti rantai, anting-anting dan sebagainya kecuali brooch bulat besar yang aku sempat bawa dan sematkan di leher baju.
4. Tempoh shoot sangat pendek iaitu 1 jam. My photog just tangkap gambar sikit-sikit tetapi masih menggunakan teknik-teknik lighting yang menarik. Thanks to both of u. 
5. Photog aku iaitu Abang Rosman dapat hadiah awal sebab photog pertama yang hantar gambar kepada organizer. Tahniah bro!
6. Masa bersiap-siap, hujan turun dengan lebatnya! Ujian... Kami terpaksa bersiap-siap dalam keadaan angin kencang dan tempias hujan.
7. Ada sesi catwalk sebelum shoot. Kali kedua kena catwalk, menggigil gak badan. huhu



Hopefully ada lagi kejayaan-kejayaan lain yang menyusul tak kiralah dalam apa jua bidang sekalipun. Amin..



Cik Misya : First time pakai baju pengantin, lain macam rasa. huhu...

3 comments :

queninie said... Reply To This Comment

Tahniah team 26 aimi, abg rosman n sapphire black... hope dpt berkerjasama lg lepas ni...

..yana.. said... Reply To This Comment

awak kena tag..jum terjah blog saya

~AiMi SyAhiRAh~ said... Reply To This Comment

@kak ninie: huhu best dpt kerjasama ngan akak. sgt suka mekap akak. insyaAllah kot2 sy nak kawin gunakan khidmat akak ke. huhu..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...