expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 2, 2011

Tengok ni!!! Khas buat mereka yang suka kondem fesyen bertudung sekarang.

Korang mesti selalu dengar kata-kata sebegini;

"Pakai je tudung tapi perangai macam @^**&%. Baik tak payah pakai tudung!"
"Entah apa-apa punya style ntah tudung belit sana-sini. Rimas!"
"Fesyen tudung sekarang macam paderi /rahib kristian!"

Uish.. Nauzubillah... Mungkin tanpa kita sedar kita sendiri pun pernah berkata sedemikian rupa. Cuba kita fokus mana yang lebih penting; orang bertudung macam-macam fesyen atau orang yang langsung tak bertudung? Cuba hayati pandangan Uztaz Zulkifli Ahmad nih..


Aku teringat ada seorang wanita, free-hair, masih belum berkahwin dan agak berusia. Wanita ni pernah sound aku gara-gara aku pakai tudung ala-ala Hana Tajima. Dia kata "eii entah apa-apa jenis tudung ko pakai ni. Selekeh je aku tengok! Takde tudung lain ke nak pakai??" Aku senyum je masa tu.. Sebab aku fikir, sekurang-kurangnya Allah masih memberikan aku hidayah untuk menutup aurat ku iaitu rambut berbanding dengan wanita tersebut yang usia hampir mencecah setengah abad tapi masih belum mahu mengenakan tudung/hijab. Dan beliau sorang sahaja yang kata aku selekeh sedangkan sahabat-sahabat aku yang lain suka dengan cara aku bertudung. Kemas, selesa tapi masih sopan. (Jadi ikon fesyen Muslimah; Alhamdulillah..) Mungkin sebab dia tiada pembimbing (suami) untuk menyuruhnya menutup aurat rambutnya. Dan Alhamdulillah aku istiqamah memakai tudung walaupun aku terlibat dengan kumpulan tarian dan juga modelling. Doakan aku untuk terus istiqamah okeys..:)


So, aku harap kepada sesiapa yang suka sangat nak kondem wanita-wanita yang memakai tudung pelbagai fesyen tu, fikir-fikirlah dulu k. Soal perangai teruk ke, apa ke itu antara dia dengan Allah. Kita sepatutnya mendoakan orang tu berubah manjadi lebih baik dan lebih baik dan lebih baik termasuklah dari segi berpakaian. Bukannya dengan cara mengutuk atau membandingkan wanita Islam dengan wanita agama-agama lain seperti kata Uztaz Zul tersebut. 

Wallahualam..


Cik Misya : Ada kawan lelaki, even nampak orang bertudung labuh pun leh cakap benda-benda tak senonoh! Orang camni pun patut diberi perhatian lebih.  Em semoga dia bertaubat hendaknya..

4 comments :

mishnurlin said... Reply To This Comment

kite pun ada buat pasal entry macam ni jugak.. hehehe seeloknya memutup aurat tu yang penting.. segala kekurang kita boleh perbaiki perlahan-lahan.. :)

~AiMi SyAhiRAh~ said... Reply To This Comment

betul tu yang.. tiada manusia yg sempurna di dunia ni tp sekurg2nya we try our best utk memperbaiki diri ke arah lebih baik dan berjaya.

'rudy Tensai' said... Reply To This Comment

dalam surat An-Nur ayat 31 : ...Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya...

igt.. apa yg di katakn ustaz tu, pakai la tudung cmn pn bt "ms ni", di tujukan kpd org yg bru nk berubah... sbb tu die bg contoh artis2 yg baru nk pkai tudung..

tp bukan lesen untuk mengabaikan amalan pemakaian tudung yg betul kan? mcm yg surah ni mksudkan.. =) sory ter komen pnjg,,,

~AiMi SyAhiRAh~ said... Reply To This Comment

Thanks for comment.. InsyaAllah kita sama2 berdoa agar setiap org menjadi lebih baik kepada yg lebih baik. itu lebih afdal..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...