Bagaimana saya boleh jadi model? Jom tengok kaedahnya!

Salam semua.. Ramai yang bertanya macam mana saya boleh berkecimpung dalam dunia model ni. Nak explain, agak panjang ceritanya. huhu. So saya pendekkan cerita melalui blog saya ni.

Actually jadi model ni memang senang. Tapi the way you bring yourself tu yang susah. Mula-mula yes, sayau rasa agak kurang confident. Yela, model ni selalu dikaitkan dengan kecantikan, kulit yang licin, tinggi lampai atau erti kata yang lain 'sempurna' la. Macam kat iklan-iklan TV tu. Sedangkan saya hanya gadis biasa yang memakai braces!!



Ok soalan yang biasa saya dapat; "Kak, saya minatlah nak jadi model. Camne caranya ya?" Minat memang kena ada tapi minat hanya boleh dieksperesikan melalui usaha dan kesungguhan. Wah, berfalsampah plak saya. Hehe. Walaupun tak cantik, u still can become a model. Yang penting confident dan profesional. InsyaAllah..:)

1. Contest
Ok2, saya dulu pun bermula dengan minat. Kebetulan saya ada masa lapang (tengah menganggur- kontrak kerja tamat), tiba-tiba saya terjoin satu contest dalam facebook. Bermula daripada Contest Pencarian Model ni la saya terus mengorak langkah dalam dunia modelling. Mesti ramai tahu tentang contest like-like ni? So, daripada situ saya berusaha gigih untuk mendapatkan undian tertinggi. Alhamdulillah berkat sokongan kawan-kawan dan family, saya berjaya dapat vote paling tinggi tapi sayangnya, penganjur contest tersebut berpaling tadah  menangguhkan keputusan contest tu. Dah hampir 5 tahun tapi masih tiada jawapan!! Dugaan pertama. Tapi saya tak patah semangat, saya teruskan plak join contest-contest lain. Syukur feedbacknya sungguh memberangsangkan. Banyak yang saya berjaya termasuk dalam senarai finalis dan ada juga yang menang. So, kalau anda semua minat ngan modelling, cer try pape contest untuk test market. Bukan nak cari pakwe/suami ye. huhu.. Just to ensure korang dapat sokongan ke tak.

2: Event
Ok, kalau tak menang contest takpe. Jangan patah semangat k. Teruskan dengan cara lain. Sesi photoshoot saya bermula dengan menyertai event-event photoshoot yang dianjurkan oleh photographer, Make-Up Artist (MUA) dan talent-talent lain. Memang akan rasa rendah diri tapi rasa rendah diri tu yang bagus. Mesti ramai suka tapi jangan sampai rendah diri yang melampau. Kalau taktahu sesuatu, cari dulu maklumat baru tanya. Sometimes saya tengok talent baru ni hanya pandai bertanya tapi tak pandai nak cari maklumat. Saya mula-mula dulu, tanya senior-senior dalam 2-3 soalan. Selebihnya saya korek sendiri maklumat. Lagi puas hati sebab kita BERUSAHA.:)

3: Portfolio
Yang ni memang sangat penting. Kalau korang ada rakan-rakan dari kalangan photographer memang sangat beruntung. Portfolio ni maksudnya koleksi gambar-gambar shoot korang. Thats why kena join event (studio/outdoor). Dan tolong jangan demand! Sebagai newbie, korang janganlah minta bayaran bila orang nak shoot. Biarlah diorang nak bayar ke tak. Kalau dah tahap supermodel, yes you boleh demand. Sekarang banyak dipanggil win-win situation. Talent+Photog+MUA dapat benefit yang sama melalui satu sesi photoshoot. Berbaik-baiklah dengan ramai talent, mua & photographer k. Contoh portfolio boleh refer page INI. Album facebook korang pun dah leh jadi portfolio tau. Biasanya butik, majalah or pape agensi akan tengok portfolio korang sebelum offer apa-apa tawaran.

Jangan lupa baca tentang istilah-istilah penting yang wajib anda ketahui apabila bergelar seorang talent/model di SINI. So far ni je tips yang saya dapat share untuk permulaan. InsyaAllah next time saya share lagi. Salam.


Misya: Saya juga masih baru. 

Comments

  1. welcome.. insyaAllah kita sama2 berkongsi ilmu.:)

    ReplyDelete
  2. thank q...suka tengok u..comel...cubit pipi kejap...

    ReplyDelete
  3. @sekamar rindu : belum cuba belum tahu..:)

    ReplyDelete
  4. nk share jgk la tips kamoo.. :)

    ReplyDelete
  5. tips yang bagus. tapi akak dah terlambat. sebab badan dah keba bomsss. Lagi pun akak tak minat. So, bagi je la yg muda muda dan lebih berminat.

    Akak cuma suka bersilat kat umah ngan anak anak. ngeee

    ReplyDelete
  6. @wantie: hehe ok gak tu bersilat ngan anak. senaman. huhu

    ReplyDelete
  7. ajak lah kite kalau ade event. hehe *takmalunyasaya. ;)

    ReplyDelete
  8. oh okeyy..jawapan utk pertanyaan sy dah terjawab ehehe

    nice tips..thanks ya for sharing :)

    ReplyDelete
  9. Slm akak.. cmne sy nk cube nsib jd Model pgantin...tp rupa sy bknlah dlm ktegori mnarik.tggi sy 168sm....so skang ade pluang ta utk sy jd mdel pgantin?skLi dlm hdup pun ta kisa....huhu

    ReplyDelete
  10. Salam,akak .....sy dh lme tringin untuk jd model pgantin,wjah sy ta la dikategorikan cnti...dan ta la buruk sgt huhu...tp sy ade ktgian mccah 168sm.so ada peluang ta untuk sy jd model pgntin?skali dlm hdup pun tape........

    ReplyDelete
  11. Kalau macam contest tuh semua kita punya pakaian sendiri ke kak ?

    ReplyDelete
  12. salam..thanks 4 the tips..klu ad yg nk cari model sambilan utk tudung esp..gtau ye..minat sgt2

    ReplyDelete
  13. Alahai nakk sangat2 jadi model mcm2 nii tapi tak tahu mcm mna :(

    ReplyDelete
  14. 0174885412 kloo ad ksong untuk sy jdi model calll sy k

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts