expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, December 7, 2011

Gigi lain yang dicabut, gigi bongsu pulak yang sakit!!

Aduhai.. Dah kat 4 hari aku menderita sakit gigi. Sangat menyiksakan! Macam-macam jenis ubat penahan sakit aku makan. Actually semalam aku dah cabut sebatang lagi gigi bagi memberi ruang kepada braces untuk merapatkan gigi-gigi yang masih belum rapat. Yang menyakitkan adalah bukan kesan cabutan tu tapi gigi bongsu aku! 

Huaarghh rasa nak menangis je! Dahlah yang bekas cabutan tu still bleeding sikit. Makan panadol kuranglah sakitnya dan Alhamdulillah hari ni dah tak sakit. Cuma rasa ngilu-ngilu dan tak berani aku nak usik! Horror! Huhu..


Yang gigi dah cabut tu ok lah. Yang menjadi masalahnya gigi bongsu yang baru tumbuh separuh dan senget tu! Aku terpaksa makan menggunakan bahagian gigi bongsu tu. Bertambah-tambahlah sakit!! Gusinya pun dah bengkak. Berdenyut-denyut! Tapi aku bertahan jua... Gigi bongsu ni tak boleh dicabut sebab doktor braces aku nak gunakan gigi tu. Katanya dia akan tegakkan gigi bongsu tu, then bolehlah digunakan sebagai geraham yang baru untuk tarik gigi bawah. Agak complicated! huhu. 

Aku rasa gigi bongsu aku berada dalam keduduakan Distoangular.. Dia nak keluar semua tapi tak boleh sebab gusi menghalang.. Nanti doktor pacak besi untuk tarik bagi tegak. 

Aku harap gigi bongsu ni cepatlah sembuh. Sebab dia sakit adalah kerana dia nak tumbuh tapi terpaksa mengoyakkan gusi yang menghalang. Takut tak? huhu.. Tapi sebenarnya sakit dia sedap. Kadang-kadang saja je aku tekan-tekan bagi lagi sakit. Huahua.. ;p Tapi sesetengah orang, leh jadi sampai demam. Nasib baik aku ok lagi. 


Cik Misya : Setahun lagi perlu memakai braces.. Ngeee...

8 comments :

masz86 said... Reply To This Comment

tak suka sakit gigi...
Bila sakit gigi ni...
Lain gigi yg sakit...
Lain gigi pula kena cabut...
Kadang2 tu... bila sakit gigi ni...
kepala pun sakit...

***Semoga awk cepat sembuh***

~AiMi SyAhiRAh~ said... Reply To This Comment

huhu.. biasalah, urat-urat gigi ni saling berhubung kait. ibarat cubit peha kiri, peha kanan terasa. cewah! huhu. Thanks ye..:)

azam said... Reply To This Comment

xsuka.....sakit yg teramat dahsyat

fany wany said... Reply To This Comment

kumur dengan air garam, mak selalu suruh buat macam tu. kurang sikit kod.

hehe, saya nak jadi doktor gigi :)

~AiMi SyAhiRAh~ said... Reply To This Comment

@azam : huhu mmg sakit.. tapi sakit ni dugaan Allah bagi menghapuskan dosa.:)

~AiMi SyAhiRAh~ said... Reply To This Comment

@fany wany : erm nak try gak guna air garam tapi takut efek bekas cabutan gigi tu. errr takot!!;p

Cik Albab said... Reply To This Comment

itulah karma untuk awak! balasan! moga-moga dosa awak akan berkurangan!

p/s: berfesyen pun berfesyen juga! pakai tudung serupa tak pakai tudung! jangan salahkan org lain bila mereka fikir awak tak bertudung. kerna awak bertudung serupa tak bertudung!!! sila insafi kelakuan diri!

nurmujahidah said... Reply To This Comment

jom join says.my.. mcam churp2 je,, best!! muja follow :D http://mujadafewa.blogspot.com/2011/12/ape-itu-saysmy.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...