expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 1, 2011

Tips untuk mendapat LIKE banyak-banyak contest facebook!

Salam semua. Em ramai yang tanya aku apakah tips-tips untuk mendapatkan undian/vote/like yang banyak dalam apa-apa contest facebook yang disertai. Alhamdulillah dengan menggunakan beberapa kaedah ni, kebanyakan contest yang aku join, berjaya sebagai pemenang. So, aku share sikitlah beberapa kaedah mudah yang boleh digunapakai untuk mereka-mereka yang obses dengan contest fb macam aku. hehe..

1st : Paste link melalui komen atau wall

Kaedah ni senang je tapi kena rajin meng 'copy dan paste' link contest korang kat komen atau wall kawan-kawan. Tapi biasanya kaedah ni ada limit sebab fb kadang-kadang akan block sementara waktu bila kita dah terlampau banyak sangat paste link. huhu.. 

2nd : Inbox/Private Message(pm)/ chat

Yang ni biasa juga orang guna. Hantar seberapa banyak mesej minta undian kepada rakan-rakan yang rasa-rasa akan like contest korang. Makesure bukan kawan yang jenis emo sebab ada setengah orang akan maki kita balik hantar link bukan-bukan. huhu. Sama juga paste link kat wall atau komen. Ada limit.

3rd : Create event 

Yang ni kalau rajin buat event, lebih mudah guna cara ni. Reka satu event untuk ajak kawan-kawan like contest korang. Tulis lah description yang menarik minat orang nak undi. Tapi ingat! Jangan memaksa. Korang invitelah sesiapa yang korang nak. Ala-ala nak jemput majlis kahwin camtu. Contoh : SINI

4th : Wall sendiri

Lupa plak! Ni cara pertama sebenarnya. Bila contest korang dah publish oleh penganjur, sentiasa post/share contest kat wall. Bagi kawan-kawan alert. Kalau dorang tak undi pun takpe asalkan dorang tahu. Maybe bila dorang bosan-bosan, ternampak contest korang, terus dorang sudi nak like. Sesiapa pun takleh nak marah kalau korang post/share banyak kali pun sebab wall korang kan? Lantaklah nak post juta-juta kali pun. huhu..

5th : Blog 

Wat mereka yang ada blog, untung gak kaedah ni. Especially yang dah ada follower beribu-ribu tu. Promotelah dalam blog korang. Then, share kat facebook, nuffnang, twitter dan sebagainya. Lebih sesuai guna English sebab omputih pun leh like. hehe.. Contoh : Tolong Undi Saya!!


6th : Iklan

Yang ni memang sangat jarang dilakukan melainkan korang banyak duit. huhu. Biasanya orang buat bisnes yang iklan-iklan ni. 

7th : Fan page 

Haa yang ni biasanya mereka-mereka yang agak femes macam artis, model, blogger dan sebagainya. So far, aku tak berminat lagi mahu buat fanpage. Susah nak kawal. Kena upah admin yang leh tolong jaga. Tapi tak perlulah sebab aku bukan femes pun! Wakaka..;p Tapi cara ni menyusahkan juga sebab bukan semua orang akan like fanpage kita. Contoh : Alya Syaqiera

8th : Beli vote/like

Yang ni kaedah paling laris di oversea. Dorang boleh dapat beribu-ribu vote dengan hanya membayar beberapa US Dollar! Tapi duit Malaysia banyaklah jadinya. So far aku tak berminat pun! Contoh : SINI

9th : Exchange votes

Ok, kaedah ni makin femes sekarang. Tapi kaedah ni korang kena rajin sesangat! Rajin create account dan mengexchange (tukar-tukar). Ada sesetengah orang pinjam akaun family/sedara-mara/kawan-kawan tukar vote dengan orang lain yang juga join contest. Tapi ada setengah orang memang rajin reka akaun fb banyak-banyak dan exchange votes dengan orang lain. Tapi kena makesure ia dibenarkan oleh penganjur contest.  Silap hari bulan korang disqualified tau! Sebab yang like bukan friends kita tapi orang luar yang turut create banyak akaun fb. Kira adillah tukar vote suka sama suka. Dan JANGAN MENIPU tau. huhu. 

10th : Group/Community

Yang ni korang leh luaskan lagi empayar like-mngelike ni. Leh combine dengan kaedah-kaedah di atas dan ajak kawan-kawan tolong undi/exchange. Kebanyakan orang yang buat group ni adalah orang-orang yang sama-sama memerlukan bantuan like. Contoh : SINI

11th : Emel/YM/Skype/Twitter/Social Webs

Cara ni taktaulah ok ke tak. Kalau emel tu, agak leceh jugalah sebab bukan semua orang buka emel. YM, Twitter and other social webs pun sama juga. Skype plak, aku tak pernah guna, taktau camne korang nak promote! Hehehe..

Ok itu sahaja tips yang dapat aku kongsikan wat masa ni. Selamat mencuba! Hopefully korang berjaya dalam setiap contest yang korang join k! Good luck!^^



Cik Misya : Menang kalah adat bertanding.

4 comments :

aLya said... Reply To This Comment

hey hey,,, nama saya ada di situ! HIHI.. btw, create page hanya untuk ping entry blog. bukan nak suh org like byk2 pun. sbb tak pemes. hehehhe

~AiMi SyAhiRAh~ said... Reply To This Comment

Hehe... promote u juga..:) u femes ape.. pnah masuk majalah kan? best2! huhu

Ummu Ukasyah said... Reply To This Comment

tq atas infonya.. tolong share and promote boleh?.. nak juga menang ni..

Minta kerjasama untuk like UKASYAH BIN MUHAMMAD FAIRUZ.. TERIMA KASIH.. untuk like klik sini.. http://www.babybee.com.my/facebook/babybee-happy-cute-contest-participant.asp?id=bb-30

MUHAMAD IKHWAN said... Reply To This Comment

ok.. hyee semua friend.. now ikhwan perlu pertolongan korang semua ikhwan harap kornag boleh tolong ikhwan undi ikhwan dalam pertandingan klik dengan bijak. korang klik link ny https://apps.facebook.com/peraduanfotokreatif/detail.php?id=105 lepas klik pada link ni... korang boleh ikuti langkah - langkah cmane nak vote dengan view gambar dalam photo album ni step by step... https://www.facebook.com/ikhwan.ramli.9/media_set?set=a.630126563712062.1073741831.100001441716044&type=1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...