expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 31, 2011

Dari berpurdah terus bertudung biasa dan akhirnya free-hair!!

Salam semua.. Apa khabar..? Em minggu ni aku bercuti..! Yeay! Bestnya.. huhu.. Kebetulan aku duk kat Putrajaya so, esok cuti umum sempena Hari Wilayah.. Buat mereka-mereka yang stay kat Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan, wish you all Selamat Hari Wilayah..:) Negeri-negeri lain tak cuti.. huhu..
Yesterday, aku dan sefamily jalan-jalan ke majlis perkahwinan anak-anak kawan ibu dan ayah aku. Ada 3 majlis berlangsung pada hari yang sama. So, kami pun plan lah elok-elok supaya dapat pergi ketiga-tiga majlis. Kali ni aku rasa majlis yang kami hadiri serba-serbi lengkap. Mana taknya, dari pasangan pengantin berpurdah hinggalah free-hair! hehe.. (Mesti korang tertanya-tanya maksud tajuk entri aku kan?)^__^

Okeys, lets check out wedding-wedding yang telah aku hadiri semalam.. (30 Januari 2011)

1st : Wedding bertemakan ala-ala Arabian.. Sebab pengantin wanita mengenakan purdah dan memakai kasut balet (Macam wanita arab). Lelaki pula hanya pakai capal.. Ikut sunnah Nabi rasanya. Wedding ni diadakan di Dewan Presint 9 Putrajaya. Sesampai je di majlis, tetamu agak crowd. Sampai berlaga-laga bahu. Dewan tu tak berapa besar tapi kira grand lah juga.. Dari segi design pelamin dan makanan oklah.. Cuma makanannya agak kurang sedap. Menu ala-ala Jawa tapi kurang enak. Tak tahulah kenapa.. Pape pun aku salutela family ni.. Mengekalkan ciri-ciri keislaman yang patut ada dalam setiap majlis.. Jaranglah wanita Islam sekarang nak berpurdah sekarang ni.. Aku pun kadang-kadang terlintas juga nak berpurdah semua tu. InsyaAllah..

Pelamin yang indah.. Diselitkan dengan bunga ros merah which is my favourite colour.:)

Inilah pasangan pengantin yang diraikan. Menarik kan? Semoga mereka berbahagia hingga akhir hayat. Amin..

Hiasan bunga yang menarik perhatian aku..:)

Signage di luar dewan

2nd : Wedding kedua ni pun diadakan di Putrajaya juga. Bertempat di Dewan Seri Melati, Perbadanan Putrajaya, kelihatan majlis ni agak grand. Mungkin sebab design dewan tu sendiri yang ala-ala hotel 5 stars. Bertemakan warna favourite aku, pengantin memakai busana warna merah plus krim. Pelamin pun bertemakan warna merah. Yang ni bagi aku biasa-biasa je.. Seperti juga majlis-majlis lain. Tapi sewaktu pengantin berarak masuk ke dewan, alunan Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W berkumandang. Syahdunya time ni.. Lebih afdal dan lebih tenang. Lagi satu aku suka sangat bacaan doa dari seorang Uztaz yang sangat menyentuh perasaan. Mendoakan pasangan pengantin dan keluarga mereka dengan perkara yang baik-baik. Bila aku dengar bacaan doa tu, rasa sayu sangat-sangat. Then, diaminkan oleh puluhan tetamu, moga dimakbulkan oleh Allah s.w.t.. 

Kedua-dua mempelai di atas pelamin.. Persalinan merah- my feveret colour again! hehe

3rd : Yang terakhir ni, majlis diadakan di kawasan rumah kat Taman Sri Serdang. Hujan yang turun tak menghalang kami and tetamu yang lain untuk memeriahkan majlis.. Majlisnya agak simple. Maklumlah ini majlis sambut menantu sebab anak kawan ayah ibu aku ni lelaki. Jadi, majlis agak kecoh dan riuh dengan kehadiran kawan-kawan pengantin lelaki. Bertemakan merah maroon, pengantin perempuan kali ni free-hair.. Orangnya manis.. Tapi disebabkan keadaan hujan dan suasana riuh rendah oleh kawan-kawan pengantin lelaki membuatkan kami kurang selesa dan ingin beredar lebih awal. Tapi yang bestnya majlis ni, makanan dia sedap! Cuma sebab aku dah kenyang, tak dapat makan banyak-banyak. huhu. Disebabkan dorang ni duk kat Taman Perumahan, so yang membantu dalam majlis ni adalah dari Persatuan Penduduk situ. Patutla sedap masakannya. Masak sendiri..:)

Simple but nice... Tapi bila tengok pasangan ni, teringat majlis kahwin my ex-schoolmate (Rahimah Noh Hassan) sebab wajah dan fizikal pengantin perempuan ada iras-iras macam dia kat bawah ni..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V

Ada iras-iras tak? hehe..

Kemeriahan di majlis... Kawan-kawan pengantin lelaki menyerbu pelamin untuk bergambar. Aku rasa aku kenal salah seorang dari dorang ni. Paling kiri sekali, macam driver office aku. huhu..

As conclusion, memang complete satu hari wedding yang aku pergi semalam. Complete dari segi apa? Dari segi penampilan pengantin. huhu. Daripada yang bertudung litup dan berpurdah, kemudian yang bertudung biasa-biasa, then finally yang tak pakai tudung langsung. Boleh bikin drama! hehe.. Contoh, perempuan yang asalnya alim sangat-sangat suddenly berubah penampilan sedikit demi sedikit. Dan akhirnya terus free-hair. Mungkin boleh buat drama kisah seorang gadis yang terpengaruh dengan kehidupan sekeliling sehingga mengubahnya 100%. Begitulah kuatnya pengaruh sekeliling kalau tiada iman yang kuat di dada. Wah! Jauhnya aku berimaginasi. huhu.

Em oklah.. That's all for this entry. Nanti aku akan update lagi kemudian. Tapi baru aku perasan, wedding-wedding yang aku pergi ni semua guna tema hampir serupa. Merah! Yes! Merah maroon, merah darah.. huhu. Best! Apa-apa pun, Selamat Pengantin Baru kepada ketiga-tiga pasangan.. Dan kepada mereka-mereka yang mengikat tali perkahwinan pada hari yang sama. Semoga anda semua berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat..:)


Cik Mesya : Bilalah giliran aku pula ya...;)








Thursday, January 27, 2011

Yeay!! Aku menaNg cOnteST!! |o|

Alhamdulillah... Aku menang!! Yeayy!! hehe.. Menang apa pulak ni? Contest ke? Yes! Contest! Tapi bukan yang pencarian model tapi yang ni merupakan contest  pertama yang aku join dalam dunia blogging... Contest yang bernama Lucky Giveaway by Cik Dya.. Khas untuk blogger sahaja ya..:) 

Seronoknya bila dapat jadi one of the contestant yang terpilih antara puluhan peserta yang lain. COntestnya sangat simple macam contest-contest blog yang lain. Just buat entri tentang contest tersebut then, follow syarat-syaratnya. Pastu inform Cik Dya dalam blog nya ini, then dah jadi one of contestant. Happy!:) Nak tengok entri yang aku buat untuk join contest ni? Boleh tengok kat SINI.

Walaupun hari ni aku agak stress dengan beban kerja kat officce dan juga beberapa masalah lain, tapi bila dapat tahu aku one of the winner, memang happy la! huhu.. Kelakar pun ada rasa. Rupa-rupanya camni rasanya kalau menang contest kat blog. Sangat seronok!:D Patutla ramai blogger-blogger lain ramai yang obses join contest. 

Hadiahnya apa? Em hadiahnya akan dikirimkan oleh Cik Dya. Berupa felt keychain untuk 12 orang pemenang. So, aku adalah salah seorang daripada 12 pemenang yang terpilih. huhu. Then yang paling best, aku adalah pemenang ke-9!! My lucky number! Yes, 9! hehe.. Aku sayang nombor 9! hehehe.. Birthday aku pun bulan 9. Kalau tak percaya boleh tengok kat senarai pemenang. Tu yang berganda happy tu!:D:D:D

Camne pemenang dipilih? Untuk pilih pemenang ni bukan Cik Dya yang tentukan. Tapi melalui random.org. Aku pun tak tahu sangat apa bendanya ni tapi pemenang dipilih berdasarkan nombor random (rawak). Aku contestant ke 122 then tau-tau aku menang. Best!:)

Lucky Blogger NO 9
122. Syahirah

Pape pun thanks to Cik Dya yang sudi buat contest ni. This is my first time join contest in blogging world. Lepas ni kalau ada contest lagi bolehlah saya join lagi. hehe.. Congrats juga buat winner-winner yang lain. Teruskan berblogging..:)


Cik Mesya : Tak sabar nak tunggu hadiah keychain tu. hehe.. And berdebar-debar menanti result Contest Pencarian Model Habibi by Precious Moment Photographer yang akan diketahui selepas 27 Januari... Grrr....^_^



CoretAn RaSa hARi iNI

Sakitnya hati ni.. Ya Allah hai.. Tuhan jela yang tahu. 

Hari ni aku mencari sesuap rezeki dalam keadaan yang sangat tertekan. Terpaksa menanggung tugas untuk beberapa orang pegawai. Macam nak terkeluar isi otak.

Apa yang aku kesalkan, di saat aku tengah tension dengan kerja datang pula dugaan lain. Sakitnya hati ni memang tak terperi.. 

Takpelah, akan ku tabahkan hati ini.. Demi maruah yang sedikit tercalar. Setelah aku bersujud tanda mengalah. Akan ku teruskan hidup walaupun dilanda masalah.

Hidup manusia memang begini. Kadang-kadang perkara yang tiada kaitan dengan kita pun, sesekali terpalit jugak kesan tempiasnya. Kadang-kadang sampai basah lencun. Dan menunggu lama untuk mengeringkan hujan di hati.

Nasib baik aku diberi kekuatan. Dari Yang Maha Esa. Dan mereka yang menyayangiku. Aku tak boleh puaskan hati setiap jiwa. Seperti seorang ibu tak dpat nak puaskan hati 10 orang anak. Pasti akan ada yang terluka mahupun melukakan. 

Apakan daya. Bukan tak berusaha. Tapi Tuhan penentu segalanya. Kalau benar itu untukku. Aku redha dan pasrah. Cuma satu ku pinta. Biar tanggungjawab ku kepada setiap insan di dunia ini, dapat aku tunaikan sebaiknya. Biar kita memulakan tapi jangan kita menamatkan. Kerana penamat sesuatu perkara, kuncinya pada diri kita. Seperti juga kemaafan.

Aku suka berkongsi cerita. Tapi bukan semua orang suka mendengar atau membaca. Aku suka nak tahu sesuatu. Tapi bukan semua orang suka dan sudi nak memberitahu. Aku tak faham dan orang lain lagilah tak faham..:p

Apa-apa pun, jangan toleh belakang lagi. Sebab kejayaan dan kebahagiaan ada di depan. Tu sebab kena cari dan usaha sampai dapat. Kalau masih pandang ke belakang, masa terbuang camtu sahaja. Cahaya bahagia dan kejayaan makin suram. Dan terus pergi jauh tinggalkan kita.

Oklah, aku nak teruskan kerja aku. Aku bukan macam dulu. Mudah rebah bila diuji Allah. Semua ni mendewasakanku. Dari seorang yang baik jadi lebih baik. Itulah azam ku. Good luck to myself!!

Baca ni: Surat khas untuk PM Malaysia...!!

Assalamualaikum semua.. Menitis air mataku tatkala membaca warkah yang dikarang oleh seorang remaja berusia 19 tahun yang kandungannya penuh dengan iltizam dan kekuatan semangat demi negara tercinta.. Surat ni ditujukan khas untuk PM kita iaitu Dato' Seri Najib.. Taktahulah surat ni dah sampai ke pengetahuan PM atau tak. Tapi kalau saya yang membacanya pun boleh terasa sebak, apetah lagi PM yang tentu lebih berusia dan berpengalaman mempunyai hati dan perasaan selepas membaca surat khas untuknya ni. So, aku kongsikan kat sini bait-bait tulisan dari seorang remaja ini.. 

Dan ambillah ia sebagai salah satu iktibar kepada kita sebagai umat Islam terakhir di muka bumi ini.
 
.............................................................................................................

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.



Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).



Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.



Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.



Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!



Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR



Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?



Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?



Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.



Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.



Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!



Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?



PELAN TRANSFORMASI EKONOMI



Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.



Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.



Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.



Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.



Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?



Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.



Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?



IFF dan AURAT
Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa
adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.



Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?


Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?



Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?



Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?



Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?



KEMISKINAN dan HARGA NAIK
Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.



Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.



Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!



Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).



Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.



Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.



Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.



SUARA RAKYAT
Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.



Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.



Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.



Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?



Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.



Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?



Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?



REFORMASI
Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.



Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.



Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.



Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.



Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?



Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.



Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!



Credited to Kami Sokong Tokguru






Cik Mesya : Sedarlah wahai Malaysia.. 

Wednesday, January 26, 2011

Wah! Ada orang baik hati promotekan contest aku!^__^

Salam semua... Hari ni rasa letih sangat-sangat. Petang tadi aku terpaksa juga melelapkan mata yang tersangatlah mengantuk untuk sejam dua lepas uruskan hal-hal yang sepatutnya. 

Em malam ni just nak buat satu entri sebagai feedback kepada entri yang ditulis oleh seorang blogger bernama En. Hasrul Hassan.. Wah, nape plak ni? Ada isu panas ke? haha takdelah.. Actually, aku nak berterima kasih kat dia sebab sudi tolong aku promote untuk contest yang aku join. Wah, tetibe je ni? huhu. Aku tak kenal pun dia. Tapi kelmarin aku ada ternampak komen dia dalam facebook.. Dia dengan bermurah hati nak tolong sesiapa yang perlukan pertolongan dia untuk promote kita dapatkan undi dalam contest. Aku try la usha-usha blog dia and memang betul ada seorang contestant gunakan blog dia untuk dapatkan undi. 

So, aku pun try lah message dia, then dia setuju untuk tolong aku. Mula-mula ingatkan berbayar tapi dia kata free je. Memang ikhlas dia nak tolong orang. Terima kasih banyak-banyak ye En. Hasrul. Lepas 2 hari aku check, memang dah ada entri pasal contest yang aku join. Dan dalam masa yang sama, aku pun leh promote blog aku kepada kawan-kawan dia. Sebab follower dia pun agak ramai berbanding aku yang baru je nak bertapak dalam dunia blogging ni.

Inilah blog Hasrul..


Nak tengok lebih lanjut entri khas yang dibuat oleh Hasrul? Klik di------->>> SINI. Kalau ikutkan aku join 4 contest tapi aku just minta tolong dia promote salah satu je.. Iaitu Contest Ainna's Scarves by Butik Mama. Oklah kan? Pape pun thanks to Hasrul. Sebagai balasan, aku jadi follower blog dia. Best juga entri-entri dia. Tapi tak sempat nak tengok semua.. Kalau korang masih tak tahu apa ke benda contest-contest ni? Klik gambar-gambar yang sedia ada kat sidebar blog aku ni. Ada 4 contest yang memerlukan jasa baik korang untuk vote aku. Tak susah pun.. Again, thank you so much wat semua voters and supporters.. Also kepada blogger Hasrul ni. Kalau ada antara korang join contest macam aku juga, boleh tanya dia. InsyaAllah, dia akan tolong.  Ok take care. 

Salam...


Cik Mesya : Kadang-kadang orang yang kita tak kenal tu lagi senang nak beri pertolongan berbanding orang yang kita dah kenal. Sebab yang kenal pun kadang-kadang memakan diri kita balik..

Tuesday, January 25, 2011

RaSA taK SihAt...:(

Morning guys..

This morning, i'm not feeling well... Sakit tekak + batuk-batuk and maybe akan demam.. :( Tak suka betullah.. But i still come to office untuk settle down kerja-kerja terbekanglai. Bos baru kata kena ada short discussion every morning tapi dia pun kelihatan busy. Takpelah, just prepare pape yang patut. Nanti kelam-kabut plak Walaupun tak berapa larat takpelah. Tugas perlu diutamakan! Kalau tak larat sangat baru akan buat pape yang patut. Makan ubat ke pergi klinik ke.. So far, boleh tahan lagi.. Pray for my healthiness (Betul ke eja?) ye.. Selamat Sejahtera juga buat korang semua...




Cik Mesya : Demam join contest banyak sangat kot..^...^

Monday, January 24, 2011

4tH ConTesT || "GOjES piNkY GiRL"^__^

Salam semua.. Bertemu kembali untuk seketika. hehe. Again and again and again.. Aku mahu mengkhabarkan tentang another contest yang aku baru je join. hehe.. Yang ni memang perlukan pertolongan anda semua.. Sama juga macam 3 contest pencarian model yang aku join before this. Boleh refer kat sidebar blog. Undian untuk semua contest tu still berjalan. Pada yang dah vote, ku ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga wat anda semua especially my friends and family. Also kawan-kawan blogger yang sudi menjengah blog ku ini dan membuang undian. (Demam Pilihanraya DUN Tenang ke?) haha.. Sorry start mengarut jap.

Continue to contest yang aku join ni ada kena mengena dengan favourite aku which is my favourite colour... PINK?? Yes PINK! hehe.. Memang contest ni special untuk girl yang pernah bergambar dengan tema pink. Tak kira lah baju ke tudung ke background ke tapi mesti tema pink. Mula-mula macam malas nak join tapi macam best plak hadiah dia. Tapi yang ni bukan untuk jadi model. Hadiah dia bese-bese je.:) Just want to try my luck in wearing pink! Ada ong ka takda ong?? hehe..

How to vote me? First of all, you must get into your facebook account. Mostly korang ada kan.??;)

Then, click this page http://www.facebook.com/pages/Gorgeous-Collection/167825903236290, then click LIKE button to get enter to the contest. 
Please click LIKE under my picture... Makesure "like" at correct picture below...

Smiling from Pinky Girl..^^

Now you are done voting.. Not here but inside the contest okeys...:) So, again, if you like to vote for me, i really appreciate it.. For blogger yang baru follow saya and yang terblogwalking ke sini, sudi-sudilah vote saya ek.. Thank you so much!! I will follow you back.:) And don't forget vote for me for another 3 contests also. Please click the pictures at my blog sidebar.

Lots of LOVE from me and keep voting!! Smile.............^______^



Cik Mesya: Tengah menggila join contest.. New experiences!:)

::Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool::

Again!! I'm joining new contest! hehe.. But don't worry.. You don't have to vote for me. hehe.. This is just a blogger contest. But kepada blogger-blogger di luar sana yang berminat boleh join dan tag kan nama saya kalau sudi okeys..:)



Contest ni antara yang menarik minat aku adalah sebab aku tak pernah dengar pon! hehe.. Dengar pada nama pun, wow! Interesting! Tapi memang salute lah blogger yang anjurkan contest ni sebab dia memang kaki contest! hehe.. Kalau tak caya, jom tengok-----> SINI. Oklah, dah nama contest ni pun contest bergambar, so kenalah letak gambar kan.. Gambar siapakah yang mysterious tu? Jeng-jeng-jeng..........;)
:
:
:
:
:
:
:

Gambar siapakah ini..? Mestilah korang tahu kan gambar siapa... Yang tak tahu tu boleh je bertanya siapakah gerangan gadis manis ini. Cewah! ^^ Setakat ni, gambar ni jela yang aku rasa paling sesuai untuk contest ni. Tak tahulah ada kena mengena ke tak ngan nama contest ni. Nampak mata je, tak nampak muka. Bolehlah ek..? Wakaka..:p Harap-harap terpilihlah. huhu.. Oklah, just nak cukupkan syarat penyertaan, aku nak tag Cik Nana, Mama Najla & Fadheela. Nak join? Boleh refer syarat-syarat penyertaan melalui klik pada banner kat atas entri ini or kat sidebar blog ni ye.. Deathline bila? 25 Mac 2011. Lama tuuu!! Cepat join! hehe.. Selamat bercontest! hehe...





Cik Mesya : Wajah seorang gadis ala-ala Arab la kononnya...:p






Sunday, January 23, 2011

mAsaK-MasAk dengAn Cik Mesya

Hola! :) Entri baru lagi... haha.. Oklah kali ni just nak share tentang one of my favourite activity which is  cooking. lol Cik Mesya pandai masak kerrrrr...?? hahaha.. Nak kata pandai sangat takdelah.. Tapi aku suka nak cuba macam-macam masakan. Tak kiralah lauk-pauk ke, biskut raya ke, kek ke.. Yang penting ianya simple disediakan and mesti sedap. That's my mission in cooking world! Wah, over!! hehe..

So, just want to share hasil air tangan ku di dapur.. Sedap ke tak? So far, tiap kali aku masak memang family aku makan sampai licin. Alhamdulillah.. Cuma ketidakcukupan masa menyebabkan aku tak dapat duk kat dapur hari-hari. Hujung minggu kalau tak kemana-mana, memang ke dapurlah jawabnya.. Kalau nak resepi, nanti aku share kan dalam entri yang lain. Tu pun kalau ada permintaan lah.. Lets see my severals own recipes....(Campak-campak plus resipi turun temurun dari family) hehe..

Asam Pedas Ikan Bawal

Sayur Campur Broccoli

Roti Cheese bersalut Telur

Corn Dadih (Tak tahu dalam english):p

Fried Sambal Belacan Sarawak

Egg Salad


Fried Spagetti

Moist Chocolate Cake

Suji/Arabian Biscuits

Beef Soup

Chicken Soup

Black Pepper Chicken (Belum gaul dengan sosnya)

Cornflakes Madu (Belum masuk dalam paper cup)



Actually ada banyak lagi masakan yang aku dah buat tapi lupa nak tangkap gambar. Tahu-tahu dah licin orang makan. huhu.. 





Cik Mesya : Sharing is caring.. Makan-makan juga, kesihatan jangan dilupa..:)








NeW Contests! Mari VOTE saya beramai-ramai..!!:)

Assalamualaikum semua..:) Bestnya cuti-cuti di hujung minggu ni. Just take some rest and relax.... Kalau hari-hari camni kan best! hehe..

Oklah, last entry aku ada sebut tentang contest baru yang aku join. Boleh refer link ini. Contest apa tu?;) Actually ada 2 contest yang aku join.. Aku saja-saja je try send gambar and Alhamdulillah gambar aku terkeluar as one of the contestant. Thanks to Orange Photography and Butik Mama. Terkejut juga semalam. Apa lagi, excited lah aku berkempen! Kehkeh.. Tapi kali ni slow sikitlah sebab Mr. B a.k.a Berukband aku ni wat hal.. Dah nak kat limit, jadi lembab sangat-sangat. Gara-gara cousin ku mendownload lagu yang sangat banyak hari tu, cepat jela memori dia nak sampai limit. Takpelah, family punya pasal.. Yang penting dia vote aku dalam contest tu. Wakaka.. :p

Eh apa lah yang aku merepek meraban ni. Continue to the contest that i'm joining now.. Ada 2 contest iaitu:

Pencarian Model Sinar Inspirasi by Orange Photography

&


Second: Calon-calon Gadis Ainna's Scarves Pusingan 4 by Butik Mama


How to vote?
First of all, for sure korang kena ada akaun facebook.. Pada yang takde tu, cepat-cepatlah sign-up. hehe. (Dapat komisen tak sebab tolong promote facebook?):p

Now we go to the instructions. Both of contest have same instruction but using different links..

For the 1st contest, please Click LIKE button for both links below..

For the 2nd contest, please Click LIKE button for both links below..

For those yang dah mengundi, thank you so much!:) Really appreciate it. Muah2x!;) Kepada yang belum, silakan mengundi.. And don't forget undi untuk contest sebelum ni juga tau.. Pencarian Model Habibi by Precious Moment Photographer.. Contest ni akan berakhir pada 27 Januari ni. Cara nak undi, klik kat Gambar saya (Tudung puth berbaju biru) di bahagian kanan blog ni..:)

And sesiapa nak join, boleh je hantarkan gambar kat penganjur.. Untuk Orange Photographer tu, tarikh tutup sehingga 28 Febuari 2011. Yang Butik Mama pula sehingga 9 Februari. So, kalau korang berminat cepat-cepat hantar gambar ok.. Dan jangan lupa vote saya sebab saya akan vote anda balik sebagai tanda sokongan.:)

Thank you and selamat mengundi...:) Salam...


Cik Mesya : Kelakar je bila ada haters cuba nak sabotaj aku join contest ni. Pesan aku, tiada paksaan untuk memberikan sokongan dan setiap orang berhak untuk berusaha dalam mempertingkatkan prestasi diri..:)

Friday, January 21, 2011

AkU JoiN cOntesT lagi. hehehe..

Salam Jumaat semua...:) Tengok tajuk entri aku ni, mesti korang dah agak dah aku join contest lagi. haha.. Apakah contest itu..? Jeng-jeng-jeng...;)

Buat masa ni contest tu dirahsiakan. Bila dah betul-betul penyertaan aku disahkan, baru aku akan inform kepada anda semua. Em mungkin tak banyak berbeza dengan contest-contest sebelum ni. Nanti aku story dalam entri lain ok. Bukan apa, nanti cerita awal-awal benda tu jadi tak surprise. Lagipun takut nanti penyertaan aku tak layak, macam mana? Ngeee...

Sekarang ni aku memang tengah obses + gila + obses nak join contest. Dulu aku tak tahu pun boleh join benda-benda camni selain daripada menghadap PC tanpa buat apa-apa. Tak mendatangkan benefit. Sekurang-kurangnya dapatlah macam-macam benda baru yang tak tahu selama ni. 

Pape pun, korang semua tunggu ya contest apakah yang aku join... Dan aku harap dapat sokongan daripada keluarga dan family aku. Love you all.. Muah!;)

Tunggu.......................



Cik Mesya : Menang kalah adat pertandingan. Yang penting mencuba.:)

Thursday, January 20, 2011

SpeCiaL fOr yOu^^

This entry special for my beloved friend...:)

"Happy Birthday to you... 
Happy Birthday to you... 
Happy Birthday to Hasni Falina... 
Happy Birthday to you.............................":-)


Dear Hasni,

I wish you....

Always be blessed by Allah s.w.t..
Success in your life..
Achieved your dreams..
Happy forever and ever..
Dimurahkan rezeki
Panjang umur
Senyum sokmo
^_^

AND
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Cepat-cepatlah kahwin! hehehe.. Jangan marah tau.;)

This video will makes you smile......:))))



Last but not least...
Thanks for giving me opportunity to become one of your friend again..
Take care and pray for my happiness too..
All the best in your life..:)
Muah3x!!;)




Cik Mesya : Happy Birthday juga untuk Erin..:)

SiapA vOte akU??

Salam semua..:) Wah dah lama aku rasa tak update sesuatu dalam blog kesayangan aku ni. hehe.. Korang semua sihat? Dah makan? Dah mandi? haha.. General question yang aku selalu dengar. Korang pun sama kan? Especially untuk orang-orang yang sedang bercinta. (Aku ler tu..)-_- huhu. 

Em nak story apa ek? Urmmm.........(Thinking)^^

Owh! One story! Actually bukan story apa sangat pun. Just want to share about contest Pencarian Model Habibi yang aku join dalam facebook tu. Alhamdulillah dapat undian yang banyak. hehe. Daripada mana datangnya undi-undi tu? Erm... Banyak sumber. Dengan bantuan my friends, families, myself and of course my beloved Honey, Mr. J. Susah-susah je dia tolong promote. And thanks to my sis yang sudi tolong along nya ini promote. Thanks dear.. Nanti along belanja k.:)

Kajian yang aku lakukan ke atas total of votes yang aku dapat, mendapati about 39% sahaja dari kalangan friends dalam facebook aku. Including my family. Tapi family aku semua bagi support. Alhamdulillah.. Cuma tentang friends tu. Yang vote kebanyakannya dari kalangan orang yang aku kenal. Oklah, friends aku ada dalam 1000++. Tolak family adalah dalam 20 orang camtu. Kenalan yang aku betul-betul kenal dan vote aku lebih kurang dalam  150++ camtu. Yang lain-lain aku tak berapa kenal. 

~~~ Start pening jap. hahaha..:p (Don't like math!)

Oklah, yang 39% tu dalam 200++ camtu. Selebihnya 61% adalah foreigners yang sama-sama nakkan vote dari aku. Takpelah, aku murah hati balas lah balik vote dorang.@_@ Tapi memang macam tu adat contest sebegitu. Kena rajin vote orang baru orang vote kita. Baru aku faham semua ni.:)

Eh dah-dah, merepek benda lain plak. hehe. So, keseluruhan friends dalam facebook yang keluar mengundi aku adalah  dalam 200++ camtu. (Dah macam PRU Malaysia plak ye) hehe.. Yang menjadi kemusykilan aku, mana lagi 800++ friends aku yang lain? Aku tak tahulah mana datang ramai-ramai friends aku tu. Walhal sebelum accept ke apa, aku dah saring dah identiti dorang. Kalau macam pelik-pelik je nama atau profile picture memang aku reject! Menyemak fb aku je nanti. (Kasar nampak);) hehe..

One more thing, aku rasa ada vote yang hidden lah. Sebabnya, bila aku tengok dari fb orang lain, berbeza dengan vote yang ada dalam fb aku. Tapi just beza 1 vote je. Contohnya, aku tengok dari fb adik aku, ada 10 undi, tapi bila aku on fb aku, berkurang 1 vote jadi 9. Em aku tak larat nak check satu-satu siapa yang vote. Tambah-tambah yang bukan friends aku. Wah, ada peminat misteri nampak! Secret admirer!! Wow! haha.. Dah lama takde secret-secret admirer ni. Dulu masa sekolah memang berlambak-lambak secret admirer aku. Tapi aku malas nak layan. (Ayat bajet ayu) haha.. Em kalau ada hidden vote tu, nanti si penganjur tu tahu ke? Walaupun 1 vote tetap bermakna. Maybe kesilapan teknikal kot. Tapi tiap kali aku check, memang begitulah terjadi. Hmm... Siapakah voter itu? Jeng-jeng-jeng.. haha.. Kalau ikhlas nak mengundi takpelah. Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tapi kalau ada niat tak baik, lebih baik bertaubatlah. huhu. Suka hati aku je. Ke pengundi hantu??? Takkan si Toyol kot? Dia masih minat aku ke? Giteww...!;p (What the......!) Fikir sendiri.

Entahlah, kadang-kadang bila kita fikir balik ada kawan yang ramai tapi belum tentu semua boleh pakai. Yang mana bagi aku support tu memang aku tabiklah. Terima kasih banyak kat korang-korang yang vote aku. Aku sekadar cuba-cuba je, tapi bila tengok dapat vote agak tinggi dan terus meningkat, bertambah-tambahlah semangat aku nak usaha lebih lagi. Ada satu komen dalam album contest tu, aku memang LIKE! hehe..

Komen dia berbunyi begini "good luck utk sume!!korang sume ade bakat..org je xnmpk..doesnt matter pe org nk ckp k!" From Nena... huhu. Sebelum komen ni keluar, ada lah suara-suara sumbang cakap macam-macam kat contestants. Biasalah, bukan semua orang tu berhati baik. Lebih-lebih orang Melayu. Ada je nak mendengki. Bukanlah nak kutuk orang Melayu sebab aku pun orang Melayu tapi memang aku tengok dari dulu sampai sekarang begitulah keadaannya. Ada je nak didengkikan. Benda-benda camni pun nak jadi bahan. Tapi so far alhamdulillah aku takdelah dapat komen-komen yang tak best. Semuanya best-best.:) Thanks to all voters. 

Again, undian masih boleh dibuat sehingga 27 Januari 2011. Lepas tu, aku pun tak tahulah apa program untuk contestant nanti. Kalau ada rezeki dapatlah aku merasa jadi model. Bukan apa, dapat juga tambah pendapatan. Nak kumpul duit sebab nak kahwin. Amin.. hehehe.. How to vote? Click at my picture entitled "VOTE FOR ME HERE". After that follow the instructions which will be displayed. Ok done! :p

So guys, i want to get rest now and take care of yourself. Opps! Teringat kisah Mamat Pelik sebelum ni. "xpayah suruh pun saya jaga" ----> Hakhakhak.. Ayat dari seorang budak lelaki yang.... Entah! Memang pelik! haha. Selamat malam and Assalamualaikum...~_~



Cik Mesya : "Usaha tangga kejayaan"- Dah lama tak gunakan pepatah ni.:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...