expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 31, 2011

31 Ogos : Ada benda lain yang lebih bermakna daripada sambutan Merdeka ok!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 31 ogos 2011.. Alhamdulillah dah 54 tahun dah negara kita merdeka.. Syukur negara kita dilimpahkan nikmat keamanan dan kesejahteraan hidup rakyatnya. Tapi jangan dilupakan pejuang-pejuang negara kita yang telah berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara kita 54 tahun yang lepas. Tahun ni juga amat bermakna apabila merdeka disambut serentak dengan Syawal mulia. Hari ni 2 Syawal 1432 Hijrah.. Dah masuk raya kedua dah ye.. huhu..


So, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia tak kira di mana anda berada. Dan tak dilupakan juga anak-anak merdeka yang menyambut ulangtahun kelahiran pada hari ini. Selamat Hari Lahir buat korang semua. Semoga kita semua bebas daripada jajahan mental dan fizikal dari anasir-anasir yang tidak baik dari dalaman mahupun luaran. InsyaAllah..:)


And... Yang paling best 31 Ogos ni, nak tahu tak apa dia benda lagi special buat aku? huhu.. Actually tarikh 31 Ogos ni sangat bermakna buat aku selain daripada menyambut kemerdekaan tetapi pada 31 Ogos tahun 2011 ni, merupakan hari ulangtahun pertama hubungan aku dan incik abangku, Ahmad Nurhazafi..^_^ Syukur sangat-sangat.. Dah setahun dah hubungan kami and Alhamdulillah sepanjang setahun perkenalan kami, segala dugaan dan cabaran dapat ditangani dengan baik. Kalau selisih faham tu biasalah tapi tak pernah sampai bergaduh teruk-teruk hingga tak bertegur sapa dan sebagainya. Semua masalah dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Itu pun sepanjang setahun ni sekali dua je pernah selisih faham. Aku berharap hubungan kami berkekalan selamanya dan dipanjangkan jodoh kami sehingga akhir hayat. Amin.. Doakan kami ek.. I love you so much AJ!!=)

Gambar berangan! hehe.. InsyaAllah ada jodoh, dapatlah bersanding betul-betul..:)

I will love u till the end of my life.. InsyaAllah, we will prepare for the next stage, soon..;) Amin..


Cik Misya : Tengah fikir, nak join ke taknak show tarian Hari Merdeka ni.. Takut tak termampu nak hafal step yang sangat banyak dan susah tu! huhu... 

Tuesday, August 30, 2011

Syukur dapat sambut Aidilfitri tahun ini..:)

"Mari puji-memuji.. Kepada Tuhan.. Titiskan kasihNya melimpah seluruh alam....." 

Syukur Alhamdulillah.. Syawal menjelma kembali setelah sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa di Bulan Ramadhan. Tahun ni aku beraya di Johor. Dah lama tak raya kat Johor sebenarnya. Kali ni agak istimewa sebab beraya di tempat baru..;) Nak tahu kat mana? Oops mana leh bagi tahu kat sini. huhu..

Okla, takde apa nak dicoretkan pada entri kali ini. Just want to wish... 
Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir dan Batin
to all my followers in blogging world and all Muslim peoples in the world! =)

Yang paling penting, buat family ku tersayang.. Ayahbonda tercinta, adik-adikku.. Tak dilupakan semua pakcik-pakcik, makcik-makcik, sepupu-sepapat dan anak-anak saudara yang disayangi.. Juga Tok Bok (nenek) yang tercinta.. Ampunkan salah dan silap ku pada semua.. Love you all so much. Kalau buat gathering sekaligus pasti meriah.. Pada yang telah tiada, Al-Fatihah buat mereka..


Untuk rakan-rakan sekolah, universiti, di oversea, jiran tetangga, rakan taulan yang disayangi.. Maafkan daku jika ada salah silap yang mengguris hati korang semua. 0-0 ek..?:) Also buat stalker, hacker, hater, or sesiapa sahaja yang membenci diri ini. walaupun korang tak minta maaf, aku maafkanlah juga perbuatan korang. tapi makesure korang insaflah ek.. Kalau tak, Syawal korang tak bermakna apa-apalah tahun ni..:)



Ikhlas buat rakan sekerja tempat aku mencari rezeki, kalian sentiasa di hati ini. Tempat pertama aku memegang wang hasil titik peluh ku sendiri. Will do my best in carrier for succesfullness! (Betul ke eja):p hehehe.. InsyaAllah.. Sorry lah kalau sepanjang sama-sama kita bekerja, ada yang tersinggung ke apa kan.. Korang tetap best!=) Ke arah transformasi kerajaan... Cewah!;p Also buat team Tadarus, jangan lupa our potluck after balik cuti Raya ni..:)




Juga tak dilupakan rakan-rakan ku dalam dunia modelling yang baru aku baru berjinak-jinak.. Buat semua photographer, model (talent), Make-Up Artist, Krew-krew, butik-butik, organizer-organizer event dan sesiapa yang terlibat dalam modelling ni, ucapan maaf ku hulurkan jika ada yang menyinggung dari segi perbuatan mahupun perkataan. Also penyokong-penyokong/peminat-peminat (ade kerr??):p yang tak jemu-jemu bagi support kalau aku join contest or pape yang memerlukan vote dan doa korang. Cayang korang! InsyaAllah ada rezeki, aku nak ke tahap yang lebih tinggi satu hari nanti. Doa-doakanlah ek..:)



And the last but not least.. My beloved Honey.. Incik Japster.. Maafkan saya kalau sepanjang perkenalan kita, saya ada buat salah sehingga mengguris perasaan awak.. Saya tak sengaja! Betul! hehehe.. Hopefully awak dapat balik beraya ke Cybertron tahun ni. (Bajet Optimus Prime ler tu!) huhu.. Saya harap hubungan kita berkekalan dan menginjak ke peringkat seterusnya. Amin....  Love you so much! Cayang awak ketat-ketat! You are my great friend yang sentiasa bagi support tak kira masa susah atau senang. =)

Alhamdulillah selamat semuanya.. Pada yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya k. Dan bila menjamu selera tu, berpada-padalah time makan. Amalkan pemakanan yang sihat ok! Juga sediakan makanan dengan cara yang bersih dan selamat supaya tak berlaku keracunan makanan. (Pesanan KKM). Semoga Hari Raya kali ni membawa seribu makna buat semua. Bergembira tu, ingat-ingatlah mereka yang susah dan tidak berdaya.. InsyaAllah pasti diberkati..=)

Salam Aidilfitri semua!=)

^_^


Cik Misya : Rindu pada arwah atok dan nenek.. (Hj Dawan & Hjh Dasimah) Al-Fatihah.... 

Sunday, August 28, 2011

Nak tahu siapakah Finalis Gadis Warisan by Majalah Warisan Chanteq?

Pencarian Gadis Warisan oleh Warisan Chanteq

Hai semua! Sebelum ni aku ada umumkan keputusan contest ni melalui entri INI. Alhamdulillah aku terpilih sebagai salah seorang daripada 30 orang yang mendapat undian tertinggi. Untuk pusingan seterusnya, adakah aku layak terpilih sebagai finalis? Atau terkandas di peringkat semi-final? Jom tengok video klip ni...


(Cuba forwardkan ke minit 3.00) hehe...

So, amacam? Dah tahu dah siapa finalis nya? Finally, Alhamdulillah aku terpilih sebagai salah seorang finalis Gadis Warisan untuk assignment seterusnya.. Kalau tak percaya boleh refer link Warisan Chanteq di SINI. Pape pun, terima kasih bebanyak buat team Warisan Chanteq yang sudi anjurkan pertandingan bakat seperti ini. Mula-mula aku agak terkejut sebab pada awalnya aku sangka contest ni sekadar nak cari wajah cover girl untuk majalah Warisan Chanteq yang akan dicetak dan dipasarkan tak lama lagi. But masa photoshoot hari tu, kami semua diberi taklimat bahawa kami perlu menyelesaikan beberapa masalah tugasan untuk dipertandingkan semasa majlis pengumuman pemenang nanti. Perghh its so surprise ok! Dah macam rancangan realiti TV Malaysian Next Top Host jek! huhu.. 

Apa tugasan seterusnya? Nantikan kemunculan kami pada Oktober 2011 nanti. Doakan aku dapat buat yang terbaik untuk setiap tugasan yang diberikan tau! Cayang korang semua! Muah!;)


Cik Misya : Nervous siot!! :p 

Yeay, aku menang lagi! =)

Syukur Alhamdulillah.. Rezeki lagi..!:) Kira hadiah Hari Raya di tahun ini.. SYUKRAN... Sebelum ni kalau korang ingat aku pernah join 1 contest ni.. Bersekali dengan another contest by Afra Makeup Studio.. Tapi contest ni nama nya STYLE UR DRESS by IzwanIzzati Pretty Collection.. Tak ingat?? Ok takpe, leh tengok entrinya di SINI ya. 

Contest ni dah tamat pada 20 Ogos 2011 yang lalu. Thank you so much to all voters and supporters yang tak henti-henti berikan sokongan dalam setiap contest yang aku join. Yang penting korang LIKE kan?? huhu.. So, you want to know the results?? Jeng-jeng-jeng....;)))
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Keputusannya adalah..... 
(Drum scroll)
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Tak percaya?? Sila refer keputusan penuh di link INI =)
Alhamdulillah terpilih sebagai pemenang..:) Hadiahnya merupakan sesi photoshoot bersama koleksi terbaru IzwanIzzati Pretty Collection, Barangan Istimewa daripada IzwanIzzati Pretty Collection dan Hadiah Misteri... Apakah itu? Wallahualam... Yang penting aku dapat kembangkan bakat aku lagi dalam dunia modelling..:)

Thanks so much to IzwanIzzati Pretty Collection sebab sudi invite saya to join this contest..:) Dan Alhamdulillah hasil undian para penyokong saya terpilih as a winner.. Buat pemenang-pemenang tempat kedua dan seterusnya juga diucapkan tahniah..!=) Pape pun, tanpa pengundi, siapalah saya.. Hahaha statement artis bila terima award! Tak leh blah langsung.. huhu...;p


Cik Misya :  Korang jangan lupa shopping kat IzwanIzzati Pretty Collection nanti tau..!=)

Last Minute shopping!! Koleksi Aidilfitri 2011 & Jualan Mega Raya Butik MaMa

Masih ada sehari lebih lagi jualan murah di Butik Mama!! Cepat-cepat ke Butik Mama, Bandar Baru Bangi sekarang! Sebagai wakil (model) Butik Mama, dah menjadi tanggungjawab aku untuk mempromosikan Butik Mama.. Jom, tak rugi punya shopping di Butik Mama.. Mesti puas hati dan berbaloi-baloi...:)


From Butik Mama...
"Salam Alhamdulillah, demand terhadap Jubah Bussaina memang tak disangka - sangka. Semakin ramai menyukai dan meminati Jubah Bussaina moden yang eksklusif dan menawan. Koleksi Aidilfitri telah pun berasa dipasaran sekarang! Koleksi Ibu dan Anak juga menjadi pilihan ramai. Mesti si anak gembira memakai Jubah Bussaina yang sedondon dengan ibunya. Jom dapatkan Koleksi Jubah Bussaina Koleksi AIDILFITRI di Butik MaMa & di semua rangkaian rakan niaga Butik MaMa diseluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.

Selain itu Jualan Mega Raya juga kini sedang berlangsung di Butik MaMa HQ di Bandar Baru Bangi. Pelbagai tawaran menarik menanti anda dimana diskaun sehingga 70% untuk semua barang terpilih. Jangan lepaskan peluang mendapatkan Koleksi Butik MaMa yang eksklusif dan terkini dengan harga terendah!

Promosi menjadi RAKAN NIAGA kini dengan hanya RM699 sahaja! Terhad kepada 20 rakan niaga yang pertama sahaja! Keuntungan sehingga 40%. Jika anda berminat boleh terus berkunjung ke Butik MaMa di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi atau hubungi SMS 012-3056727 untuk keterangan lanjut.."

So, nak tengok koleksi terbaru Butik Mama boleh klik di SINI

Koleksi ibu dan anak...=)

Jubah Busainna beropol..:)

Jubah Bussaina bertingkat...:>

Hot sales! Selendang Zulaikha vol. 2...

So, apa tunggu lagi jom shopping kat Butik Mama sebelum terlambat. Masih ada masih sehingga esok (Isnin). Selamat Hari Raya Aidilfitri semua..=)



Cik Misya : Rindu nak photoshoot koleksi Butik Mama. hehe...


Tuesday, August 23, 2011

Siapa nak beli android ipad saya? Less than 33% daripada harga asal!!

Saya mahu jual ipad saya! huhu.. Baru je 3 minggu aku pakai. Sesuai untuk orang-orang yang memerlukan internet macam aku. hehe.. Actually aku nak upgrade yang baru, so takkan aku nak pakai 2 ipad plak kan? Tamak tu.. Satu sudey..:)

Ni gambar contoh android ipad. Yang aku punya nanti aku tangkap gambar dan masukkan. 

Ni spesifikasi android ipad aku yang sedia ada.


Hardware
Performance
CPU
ARM11  TCC8902  1GHZCPU+GPU+VPU)
RAM
DDRII 256MB
Built-in storage
4GB
LCD Display
7 inch resistive touch screen, Resolution: 800 x 480 pixels
Internet Solution
Support WIFI 802.11 b/g
Lan Ethernet 10/100M
I/O Ports
§  1 x Built-in microphone
§  2 x Built-in Stereo speakers
§  1 x 3.5mm audio output
§  1 x Micro SD card slot (support up to 32GB)
§  1 x Mini USB (Support OTG)
§  1 x HDMI Slot
§  1 x 2MP Camera
§  1 x DC jack
Button
§  1 x Power button
§  1 x volume control button
§  1 x Menu button
§  1 x Back button
Operating System
Android 2.3 (Support FLASH).
Support Language
Chinese, English, German, Japanese, Spanish, Greek, Italian, Dutch, Arabic, Czech, Danish, French, Hebrew, Portuguese, Russian, etc
Battery
3500 mAh 3.7V.li Polymer Battery
Battery time
3.5 hours(Wifi on) 6 hours(Wifi off)
Color
Silver back and black front
Size
Approx. 195 x 120 x 16mm (L x W x H)
3D Game
ARM Mail 200
Power
Input: 110V-240V, Output: 5V DC, 2A
3G
Accept Huawei modem(E220/E230/E169G/E160X/E1750)
Media Player
AVI,WMV,ASF,MPE2,MPEG4,H264,3GP,MP3,WAV,
WMA,RMVB.(1080P)


Antara detail-detail lain tentang android ipad ni adalah seperti berikut:

 Little Entertainment Electronic (LEE) merupakan pengedar android ipad ini dan didatangkan dengan : 1 GHz ARM11 CPU.

• Dicipta berdasarkan Teknologi Korea dengan tambahan GPU (grafik) & VPU (visual) untuk meningkatkan tahap penggunaan dari segi grafik dan audio sistem.
• Dengan Android 2.3 Gingerbread operating system, ipad ini pantas daripada processing data tablet PC yang lain.
• DDR11 256MB RAM and 4GB built-in storage, plus 802.11 b/g built-in Wi-Fi, anda boleh  mendownload ratusan lagu, apps dan games.
Dengan 7 inch LCD Display screen, akan memberikan kepuasan apabila anda bermain games.

• Mempunyai 2.0MP camera, Gambar yang lebih jelas dapat ditangkap.

• HDMI: Dengan Penambahan HD (High Definition) output, menonton TV programs dalam HD definition menjadi realiti. Presentation juga dapat dilakukan dengan projektor via converter.

Mesti ramai fikir ni produk murah and entah apa-apa tapi leh lah baca sedikit info berkenaan android ipad yang aku beli ni..Maklumlah aku bukan orang kaya nak beli mahal-mahal..


Ramai pelanggan memberi komen alah barang China memang la murah. Ya memang tidak dinafikan apa yang terbuku di dalam hati mahupun yang telah di luahkan oleh pelanggan.

Jadi syarikat ni bongkarkan realiti gadget yang menjadi kegilaan ramai pelanggan dorang di luar sana (APPLE IPAD/IPAD 2). Mungkin korang merupakan salah seorang daripada penggemar gadget ini..

Tahukah anda....Komponen Apple I-Pad juga berasal dari China? Ya, China... negara yang menjengkelkan.. Apa yang dilakukan oleh Apple ialah Branding dan Kos Pemasangan Di USA yang tinggi (n of course la spesifikasi dia lbh tinggi) menyebabkan harganya melambung tinggi..

So, Android I-pad ni juga berasal dari China, tetapi memiliki spesifikasi yang tidak kalah dan berkualiti tinggi, MALAH harganya sekali ganda MURAH!

Jadi nak tahu harga yang aku tawarkan berapa? Kalau ikutkan harga asalnya RM599.00. Tapi disebabkan dah kira second hand, aku nak jual RM400.00 sahaja!! Banyak tu aku kurangkan. huhu.. Ada waranti setahun dan aku baru sahaja guna 3 minggu ok. Aku nak upgrade ipad yang baru so takkan aku nak simpan yang ni juga sedangkan nanti aku tak pakai pun.. Kalau nak, boleh roger-roger aku k. No telefon? Sorry takleh publish kat sini.  huhu.. Yang ada blog tu, leh komen kat bawah entri ni k.:) And korang akan di follow-up as soon as possible.

Kalau korang leh datang tempat aku dan bayar cash terus lagi bagus sebab tak perlu caj postage. Pape pun roger-rogerla ek kalau nak.:)

Untuk mereka-mereka yang berjinak-jinak dalam dunia ipad ni lehlah try produk ni sebab ianya basic daripada Apple Ipad atau Samsung Galaxy Tab. Aku perlu upgrade yang baru sebab setiap hari aku perlu online dan jalankan tugas heavy dan urgent. Jadi tak sesuai lagi guna android ipad. Untuk yang simple and sporty, memang sesuai ipad ni untuk korang.=)

Sumber : ipadmurah

Cik Misya : Alhamdulillah ramai yang berminat tapi tak comfirm lagi. Siapa cepat, dia dapat! 

Monday, August 22, 2011

5 tabiat manusia yang boleh mendatangkan kebengangan

Hari ni aku sangat penat + geram!! Tak tahulah nape aku diuji sebegini rupa time bulan-bulan puasa ni. Memang menguji kesabaran betul.. Masuk office, berbakul-bakul kerja kena siapkan. Memang dah macam robot. Terpaksa buat beberapa kerja dalam satu masa. Printing + typing + scanning + thinking= dying maybe? huhu.. Alhamdulillah masih panjang umur lagi.. Then meeting dari pagi sampai ke petang. Ulang-alik dari meja ke bilik mesyuarat. Perghhh rasa nak pengsan! Al-maklumlah kerja government sekarang tak macam dulu. We are now moving for transformation. Macam Pak Najib selalu bagitahu tu la.. Bagus juga lah idea dia ni. Takde tengok staff gomen dok melepak tak tentu hala. Balik nak cepat je. Aku sendiri pun mana nak keluar office selagi belum pukul 6. Kerja punya pasal.. Tanggungjawab tu penting. Sumber rezeki yang halal..

Lagi satu aku tengah kebengangan dengan somebody. Dah beberapa hari dah kot. Aku cukup bengang ngan Cik Temah sorang ni. Takpelah, aku nak cakap lelebih kat sini karang jadi isu dan dimanipulasikan. Maklumlah kat luar ramai manusia-manusia hati busuk nak kondem orang lain. Yang penting aku tahu apa aku buat. Lantak pi la dorang nak kata apa pun. Cuma ada beberapa kepantangan aku lah yang menjadikan aku geram atau bengang ngan somebody. Tak kiralah dengan kawan ke, officemate ke, family ke, bedmate ke, housemate ke or sesiapa pun.

1. Tak jujur. Means suka sorok-sorok something. Taknak bagi orang tahu la apa la. Itu memang biasalah tapi masalahnya bila bersikap pilih kasih atau pilih bulu. Hanya orang tertentu je leh tahu. Itu ok lagi. Masalah yang lagi parah, bila hal yang tak sepatutnya pasal kita yang tak patut diberitahu pun diberitahu. Aik, boleh plak camtu ye? Kesimpulannya, jadilah transparent. jadi je neutral dan beserhana. Tak perlu nak lebih sana, londeh sini, simpan sana, buka sini. Hal-hal yang terlalu peribadi, just simpan jela dalam poket. Lainlah kalau dah kahwin, hah ceritalah semuanya dengan pasangan tu dalam kelambu. Habis cerita.

2. Masuk campur. Ini memang isu paling UTAMA la yang paling aku alergi sangat-sangat. Kalau stalker tu, biasalah, aku tak kenal tak kisah sangat. Ni dah sah-sah kita kenal namanya. Pastu jadi minah oh mat kepoh nak masuk dalam kain orang. Ish tak malu ke? Dulu masa kecil-kecil parent aku selalu pesan, orang tua-tua kalau bercakap jangan menyampuk. Agaknya, parent dorang tak pernah ajar kot? Takpela, semoga dorang insaf.

3. Salah orang lain tapi kena kat kita. Ni memang biasa terjadi. Sebagai manusia memang tak terlepas dari perkara-perkara sebegini. Tapi cuba kita try compare ngan orang lain, kadang-kadang ada manusia yang lagi teruk buat salah tapi tak nampak. Yang kita nampak yang selalu ada depan mata kita yang selalu tolong kita and dah anggap macam adik-beradik kandung. Kira kalau boleh disujud disembah itulah yang paling baik. Uish nauzubillah..

4. Degil. Haa aku pun degil juga. Tapi bukanlah sampai aku tak faham bahasa. Aku susah nak marah orang sekarang ni. Even bergaduh ngan cik abang aku pun susah giler la aku nak marah dia. Cause aku respect dia maybe. Tapi sesetengah orang ni degil tang lain. Bila kita tak mahu sesuatu ia bermakna kita memang taknak. Tapi bila diasak untuk buat sesuatu secara paksaan memang kita akan sakit hati. Dan secara tak langsung it will create something yang sesiapa pun tak suka. So, padahnya pandai-pandailah terima.

5. Slow motion. Ni maksud aku bukan bermakna bergerak slow-slow. Tapi lambat pikap a.k.a lampi. Yang ni memang biasa terjadi even di mana-mana pun. Cakap sepatah, tak faham. Dua patah, tak faham juga. Tiga patah, masih begitu. Kali keempat? Perghh memang boleh mendatangkan marah macam dalam cerita P. Ramlee. Cuma tak kenal jual je. So, seiring dengan globalisasi ni, dan ke arah transformasi ni, cubalah bergerak lebih pantas sikit. Macam yang bos aku selalu buat, Cakap sekali je dah faham. Kan senang.

Lagi? Takde kot.. Tengoklah kalau ada update lagi lepas ni. Wakaka.. Aku dah teramat penat hari ni, perlukan tenaga yang ada untuk sejam lebih je lagi. Aku harap aku leh cool down lepas ni. Jangan datang lagi serangan-serangan yang tak best sudahlah. Karang ada juga yang terkena panahan "laser" aku lagi. Dah lama tak melaser sebenarnya. Cik Temah sorang tu suddenly yang wat aku mengulangi tabiat lama. huhu..

Ok selamat berbuka..


Cik Misya : Jom main sorok-sorok, nak tak?;)

Sunday, August 21, 2011

Nyummy! Biskut Mazola ala Cik Misya..

Salam semua.. Walaupun internet agak slow, ku update jua blog ini. Alhamdulillah hari ni aku dapat menghabiskan sesi membuat kuih raya resipi turun-temurun from my mom iaitu Biskut Mazola. Tapi aku tambah sikitlah nama biskut ni iaitu Biskut Mazola ala Cik Misya. Sebab bentuknya comel macam aku! Wakaka.. (Perasan!) ;p huhu...

Bahan-bahan nak buat Biskut Mazola ala Cik Misya ni adalah seperti berikut:

Kacang tanah (Digoreng tanpa minyak sehingga garing dan kulitnya dibuang). Kemudian kisar kacang tanah ni sehingga menjadi halus seperti berikut..



Minyak masak jenama Cap Pisau. Ataupun leh guna minyak Mazola yang dijual kat pasaraya tu. Jangan guna minyak senyonyong, minyak pengasih mahupun minyak dagu dan sewaktu dengannya ye!! Dosa tau! hahaha..;p

Tepung gandum dan gula icing

Telur ni hanya untuk hiasan je.. Just ambil kuning telur manakala putih telur leh la recycle goreng untuk makan time sahur or buka puasa. hehe..

Kuning telur ni letak sikit garam dan serbuk vanilin bagi wangi sikit.:)

Bahan-bahan sampingan : Sedikit garam dan serbuk vanilin. Baru lah biskut terasa lemak berkrim disukai ramai!;)

Kaedah membuatnya sangat simple. Maksure tangan korang dah dicuci sebersih-bersihnya menggunakan 7 langkah mencuci tangan yang betul! (refer website KKM):p

Mula-mula masukkan kacang tanah yang telah dikisar. 
Seterusnya masukkan gula icing dan tepung gandum. Gaul sampai 3 bahan ni sehingga rata dan berwarna perang. Kemudian masukkan minyak masak sedikit demi sedikit dan uli bahan-bahan ini sehingga menjadi doh seperti berikut:


Doh ni aku dah bahagi-bahagikan supaya senang nak terap. Jangan lupa tambahkan sedikit garam dan serbuk vanillin ya! Sebelum tu, perap doh selama beberapa jam supaya kembang dan bahan-bahannya mesra serta sebati.

Kalau salah bancuh, doh tu mungkin akan menjadi lembik seperti ini:

Ni bermakna, doh kurang tepung dan perlu di adjust kandungan tepung nya. Uli-uli sehingga boleh dipegang dan dibentuk menggunakan acuan.

Ok lepas dah perap doh, finally kita dah boleh canai dan terap menggunakan acuan favourite masing-masing. Aku gunakan acuan berbentuk hati a.k.a love macam ni..


Gunakan plastik untuk lapik doh sebelum canai bagi rata menggunakan roller. Plastik tu berguna supaya doh tak melekat pada roller. Pandai-pandailah nak tebal mana pun tapi agak-agak jangan tebal or nipis sangat. Then ambil acuan dan teraplah doh yang dah leper tu satu per satu.. Celup acuan dalam sedikit tepung sebelum terap supaya doh tak melekat pada acuan.



Lepas dah terap, susunlah atas dulang yang bersesuaian untuk dibakar. Dalam kes ni, aku gunakan tudung periuk je sebab pembakar aku berbentuk bulat. Jangan susun terlalu rapat sebab masa dibakar, ia akan mengembang tau!


Dah siap susun, bolehlah hiaskan menggunakan kuning telur yang disapu di bahagian atas biskut..


After that, bakar biskut ni selama lebih kurang 10-15 minit bergantung kepada jenis oven yang digunakan. Hasilnya nanti mesti jadi macam yang aku buat ni..
:
:
:
:
:
:


So, dah  boleh dihidang kepada tetamu untuk Hari Raya Aidilfitri nanti. Rasanya sangat sedap berbanding yang dibeli di kedai. Lemak-lemak dan cukup rasa manis dan masinnya.


Biskut Mazola ala Cik Misya... Selamat mencuba ya kawan-kawan..;) Nak rasa yang aku buat ni? Jemputlah datang beraya ke rumah..^_^


p/s : Aku ni kalau memasak atau buat kuih mahupun kek, aku jenis main campak-campak je. Kira takde sukatan tertentu untuk setiap bahan yang aku gunakan. Alhamdulillah air tangan aku semuanya menjadi walaupun just campak-campak. huhu.. So, pandai-pandailah ek. Selamat mencuba!=)



Cik Misya : Dah bertahun-tahun tak wat biskut ni. Kali ni nekad mahu buat sebab sangat rindu pada aroma dan rasanya. Tak sama macam kat kedai.:)

Friday, August 19, 2011

2nd place? Oklah tu.. Thanks Afra Makeup Studio!:)

Salam semua.. Puasa tak hari ni? Alhamdulillah kalau korang semua puasa.:) Aku pun puasa juga. Cuma hari ni aku rasa semacam sikit. Perut aku pedih ya amat! Dah berhari-hari puasa suddenly hari ni jadi gini plak. Kepala pun pening-pening sebab angin dah naik kepala. Apa lagi, kalau bukan gastrik! Oh no..!!! Aku taknak kena gastrik lagi. Cukuplah masa kecil-kecil and study dulu perut aku terhakis dek asid perut. Sakitnya, Tuhan sahaja yang tahu..:( Bertahanlah.. Dah setengah hari, tinggal beberapa jam je lagi..

Oklah, nak tukar topik. Korang ingat lagi tak entri bertajuk Top 10 Finalist Talent Search Photoshoot Contest by Afra Makeup Studio!! yang aku pernah tulis sebelum ni? Nak tahu result nya? Jeng-jeng-jeng...



Alhamdulillah dapat tempat kedua. Rezeki di bulan Ramadhan dapatlah duit raya sikit as a winner. Walau pun tak dapat tempat pertama, its ok. Penat lelah aku promote vote berbaloi juga. hehe.. Thanks so much to sis Afra yang sudi pilih saya as one of the winner sebab pemarkahan adalah 50% based on votes and 50% by judges.

 

Aku sebenarnya admire ngan hasil mekap sis afra ni. Sangat eksotik and unique! Memang lain daripada yang lain. Selalu orang mekap hanya untuk cantik tapi mekap afra sangat berbeza. Still nampak cantik walaupun kelihatan pelik. Kalau wat portfolio mesti meletopla! Macam berada dalam alam fantasi. huhu... Nak tahu hasil mekap nya? Leh tengok website beliau di SINI. Cuma takde rezeki aku lagi nak merasa sentuhan mekapnya kali ni..




Thank you so much kepada para pengundi yang sudi meluangkan masa klik "like" kat gambar aku. Juga ucapan-ucapan tahniah, thanks sangat-sangat k.:) 

Bab beli ipad tu, Alhamdulillah dah beli dah. Cuma takdelah secanggih Apple Ipad atau Samsung Galaxy Tab. InsyaAllah ada rezeki lebih, akan upgrade.Amin..


Cik Misya : Tahniah to Noreen Masran yang dapat 1st place. Nak tengok hasil mekap and photoshoot dia.:)

Kak Afra : Pinjam pic from your blog. Leh promote. hehe..;)

Wednesday, August 17, 2011

Hey, jom join bloglist Oh! EYFAalias

Jom jom join bloglist eyfa! Terbuka kepada 30 orang sahaja!!

 Photobucket

Wah, rasa lama tak update entri. Baru balik outstation dari Melaka. Alhamdulillah semua urusan kerja berjalan lancar. Jenguk-jenguk Kelab Blogger tadi.. Then terpandang satu entri menarik by Afifah Alias..

Dia ajak join bloglist dia tau! But terhad untuk 30 orang sahaja. So, siapa cepat dia dapat!;) Thats mean link blog kita akan terpapar dalam blog dia yang comel tu. huhu.. (Pink colour just like mine) Ngeee..@_@

Nak join? Just refer entri beliau di SINI..=) At least we can kembangkan lagi link blog kita untuk dibaca oleh pelbagai jenis manusia. Sambil-sambil membantu menambahkan traffic blog kita. huhu.. 

Lupa! Mau tag my friends.. Fadhdeela dan Atikah Abdul . Kalau sudi, joinlah ye..;)

Cik Misya : So far tak terbuka hati lagi mahu buat contest or G.A.. Mahu tambah experience dalam dunia blogging terlebih dahulu.:)

Sunday, August 14, 2011

Me in black & red theme @ Taman KLCC

Outing Photography @ Taman KLCC 

Pernah join outing photograhy tak? Em event camni memang photographer suka wat. Sometimes talent (model) pun suka anjurkan. Just keluar beramai-ramai then tangkap-tangkap gambar untuk tambah portfolio masing-masing. Akhir Julai hari tu sempat juga aku join satu outing. Kebetulan ada PIKOM Fair kat Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), aku pun tak melepaskan peluang join outing ni. Anjuran Kaki Outing Photography, dapatlah aku berkenalan ngan beberapa photog such as Redzuan, Md Rosman, Sam & Mnz Karami. Kami berjalan-jalan di sekitar Taman KLCC untuk dapatkan spot terbaik. Alhamdulillah seronok kerjasama ngan dorang. Aku bebas nak wat pose pape. Dorang pun dapat asah skill guna macam-macam background untuk shoot. Yang penting incik abang ku Mr. J setia menemani cayangnya ini sepanjang photoshoot. huhu..

Ini pic candid! Tettt! huhu.
:
:
:
:
Next!
:
:
:
:
:
:



































Perjalanan masih jauh dalam dunia modelling ni. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Yang penting kerja keras dan mengekalkan sifat sederhana dalam semua perkara. =) So, mana-mana photographer yang perlukan khidmat talent untuk asah skill dalam photography leh invite saya untuk pape photoshoot job. Tapi bukan photoshoot bukan-bukan a.k.a tak senonoh ye..;) 

p/s: Semua gambar adalah copyright by photographers. Harap maklum.

Cik Misya : Sempat aku sambar laptop baru kat Pikom Fair! hehehe...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...