expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, September 30, 2011

SEGMEN SIMPLE : NAK JOIN BLOGLIST NASZ BULAN OKTOBER 2011

Nak join jugak! Nasib baik sempat.. huhu.. Thanks to blogger Nasz yang sudi singgah blog saya yang tak seberapa ni. Follower pun jauh ketinggalan. hehe... Jom join bloglist edisi Oktober 2011 oleh blogger Nasz. Klik SINI atau pun banner kat bawah ni...


Sebab apa aku nak join?? Saja suka-suka... Hehe.. Agak-agak disqualified kalau wat reason camni? ;p Jangan marah ye Nasz... huhu.. Macam biasalah, melalui bloglist, dapatlah aku kembangkan sayap blog aku ni.=)

Jangan lupa join Pencarian 25 blogger terpilih oleh Cik Misya. Last 10 Oktober 2011..:)


Cik Misya : Bedal jela...;p

Thursday, September 29, 2011

PENCARIAN MODEL MUSLIMAH MUZIK VIDEO "SATU"

PENCARIAN MODEL MUSLIMAH MUZIK VIDEO "SATU"

COntest like-like masih diteruskan lagi! huhu.. Ni satu lagi contest yang memerlukan kesudian korang untuk mengundi aku. First time join contest untuk jadi model video klip lagu berkonsepkan ketuhanan oleh Razzi Rahman.. Kot-kot ada rezeki, berjaya.. InsyaAllah.. So, apa yang perlu korang semua lakukan amat mudah!=) Seperti contest like-like yang lain dalam facebook tu... Lets check it out!


Dah tengok banner nya? Kalau korang nak join pun boleh.. Just look at the info di page Razzi Rahman di SINI [untuk tahu tentang contest ni] atau di SINI [untuk sebarang masalah /tips percintaan). 

JOM UNDI SAYA!

Dah like page Razzi Rahman? Kalau belum, page beliau di SINI dan tekan button LIKE.

Done? Good!

Next, klik link INI dan akan terpapar gambar saya seperti di bawah ni..


Ok, jangan tengok je tau! huhu.. 
Klik LIKE kat bawah gambar tu ok untuk mengundi... 

Easy right? Kalau dah undi, terima kasih bebanyak wat korang semua. Doa-doakan lah ek.. InsyaAllah ada rezeki dapatlah saya terpilih sebagai one of the model untuk video klip lagu SATU ni.. Nak dengar lagunya camne? Sedap tau lagunya. Jom perdengarkan di bawah ni..



Lagu SATU... "seteguh mana kasih sayang sesama manusia, hanya cinta yang SATU paling agung dan tiada bandingan.. Akan aku cari cinta itu sehingga hujung nyawaku.. "



Cik Misya : Mula-mula tak confiden nak join sebab aku pakai braces tapi Razzi Rahman kata dia tak kisah orang tu cantik ke tak cantik ke, gemuk atau kurus, semua boleh join. Yang penting usaha dan doa! =)

Wednesday, September 28, 2011

Senarai terkini peserta The Chosen 25 Bloggers by Cik Misya

Salam semua bloggers! huhu.. Sorry lah lambat update tentang Pencarian 25 blogger terpilih. Sebab terrrrrsangatlah busy. Entri asalnya boleh refer The Chosen 25 Bloggers by Cik Misya. Alhamdulillah sambutan agak menggalakkan tapi tak berapa nak laju. huhu.. Maklumlah saya blogger baru lagi. @_@ So far, dah ada 16 contestant yang dah join. (Hingga 28 September 2011) Dan 5 orang blogger terawal register, automatically terpilih. Boleh tengok siapa 5 blogger terawal bertuah tu di SINI.



Senarai peserta

3. Nani
11. Sunz
12. Miyaa Cumutt
13. Darling Ninie
14. Enda Cyh
15. Cik Rose Cute
16. Sayang Kuzie (Page Not found... nape ek??)
17. Nanakimie
18. Nabihah Zainal
19. Haslinda Shahrul


Like I said before, tarikh tutup  penyertaan terpulang kepada diri saya sendiri. So, saya akan open contest ni sehingga 10 Oktober 2011 ni. [Genap sebulan dari tarikh birthday saya] Jadi, korang cepat-cepatlah bagitahu kawan-kawan kalau dorang berminat nak join. Syarat-syarat penyertaan sangat mudah. Pemilihan adalah berdasarkan entri ringkas tapi menarik perhatian saya. Klik je link INI untuk join. Marilah ramai-ramai join k!=)



Cik Misya : Kalau anda tak terpilih pun saya tetap akan follow anda sebagai tanda penghargaan. So, memnag rugilah siapa tak join!;)

Undilah saya untuk tugasan fotografi Finalis Gadis Warisan!!!


Salam semua.. Ingat lagi tentang Pencarian Gadis Warisan oleh Warisan Chanteq?

Boleh refer SINI atau SINI.

Alhamdulillah I am one of the finalist yang bertanding di antara 12 peserta terbaik yang lain. Jadi, next assignment dinilai based on photography, writing dan acting. Perghh..! Sangat mencabar contest kali ni untuk dinobatkan sebagai pemenang. Takpela, saja mencuba untuk tambah pengalaman.

Dalam pusingan akhir ni, salah satu assignment telah dilaksanakan iaitu fotografi. Masa bulan Ramadhan yang lalu, sesi photoshoot telah diadakan di salah sebuah studio di Damansara Damai. Then, gambar pun dah keluar dalam page Warisan Chanteq di facebook. So, apa tunggu lagi? 
Jom undi saya untuk tugasan ni..!!

Kaedahnya?

1st: Like page Warisan Chanteq di SINI
2nd: Like my photo di SINI


50% markah adalah daripada undian anda semua. Jadi sokongan anda sangat-sangat diperlukan dalam menjayakan pencarian ini. I will really appreciate that. Just klik "LIKE" ok! Thanks so much! Muah!=)

Further info boleh rujuk warisanchanteq.com 

Talent : Cik Misya
MUA: Cik Misya
Photog: Warisan Chanteq
Costume : Cik Misya's Mom


Cik Misya : Cantik ke??;p

Tuesday, September 27, 2011

Stalker comel tapi perangainya, MasyaAllah....!

"hahaha...habis fb kawan ko nie aku hack. tak susah pun...ur fb pun tak lama lagi...‏" by smile cat..


Nak tahu ayat sape ni? Of course la bukan ayat aku. Takde keje aku nak hack facebook orang tak tentu pasal. Tapi tak tahulah ada seorang hamba Allah ni.. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis nak jadi stalker aku. Malah jadi hacker setia aku pula tu. huhu.. Dia tak malu ke yang aku dah tahu siapa diri dia? Come on la.. Dunia ni bukan besar sangat. Pusing-pusing situ juga. Buat dosa tutup muka tapi Allah tetap nampak apa kamu buat. Kan?

Kesian fb kawan aku jadi mangsa pula.. Tak habis-habis nak laga-lagakan aku ngan kawan-kawan baik aku. Entah apa motifnya pun aku tak tahu.. Tapi aku pujilah kehebatan dia menghack fb orang sampai leh copy apa orang chat 1 by 1. Tapi sayang, ilmu yang Allah s.w.t kurniakan kepadanya digunakan dengan cara yang sia-sia. Why not dia gi hack penghina agama islam Sitt Al-wuzira yang dilaknat Allah itu? Dapat gak pahala.. Right?


Tak dapat guna facebook, sms pula digunakannya.. 011128588XX.. Panjang nombornya. Nak ajak jumpa? Ok.. Tapi nape nak sorok-sorok identiti? Malu kot.. Haha... Masalahnya, tetibe je dia sound aku.. Kata aku ego dan pentingkan diri sendiri! Wah! Hebat.. Ada kuasa nak tentukan sifat seseorang itu. Ni nak ajak jumpa ke nak bergaduh? Come on la... Kalau anda anak jantan, jadilah lelaki sejati. Jangan jadi Mat Kecut udah ler...;) Kalau anda perempuan, henti-hentikanlah kerja bodoh tu. Bosanla weh..:p


Okla, aku bukan apa, saja nak share kisah-kisah stalker yang aku alami sendiri. Alhamdulillah sebab masih ada yang sentiasa follow dan ambil berat apa yang aku buat. Lambakkanlah lagi pahala kat aku banyak-banyak ek stalker..;) Buat kawan-kawan blogger di luar sana tu, hati-hatilah k. Aku tak ambil kisah sangat pasal stalker ni sebab dorang ni memang sengaja create something untuk jadi lebih buruk. Kadang-kadang aku tergelak je dengan perangai kebudak-budakkan dorang ni. Apa motifnya pun aku tak tahu lah.. They are not God yang berkuasa tentukan hidup kita. Allah s.w.t yang Maha Berkuasa... InsyaAllah, He will protect us selagi kita berada di jalanNya.. Amin..

Smile! ^_^


Cik Misya : Macam ni punya orang ada ka? Bukan orang kot.. huhu...

Sunday, September 25, 2011

Saya ditegur oleh Ahli Parlimen Putrajaya kerana TEMPEH!

Wow! Tadi aku gi open house kat salah sebuah blok apartment kuarters kerajaan di Putrajaya. Nak tahu apa terjadi? huhu.. Kelakar pun ada.. haha... Jangan salah faham! Isu tempeh di sini bukan bermakna aku menjual tempeh busuk atau menjual tempeh secara haram! hehe..

Masa aku tengah dok cedok kuah masalodeh dalam mangkuk berisi nasi impit, ada seseorang berdiri sebelah aku. Tapi aku wat bodoh je sebab fikirkan mesti orang ni tengah tunggu turn nak ambik kuah lodeh tu. Aku punya makanan favourite adalah tempeh! So, fokus utama aku ketika mencedok kuah lodeh tu adalah mengambil sebanyak mana tempe yang aku nampak. Hehehe.. Jahat tak??:p

Tengah aku syok cari dan ambil tempe tu, suddenly orang yang berdiri sebelah aku tu tegur aku.. "Aik, ambik tempeh je? Banyak tu tempehnya....!" Aku pun pandang lah siapa yang tegur aku tu.. Alangkah terkejutnya aku! Rupa-rupanya orang tu adalah Tengku Adnan Tengku Mansor! Ahli Parlimen Putrajaya tu.. Atau lebih dikenali sebagai Ku Nan. Hahahaha..;p


Punya lah malu masa tu. Nasib baik tak ramai orang. Hehe.. Aku pun senyum dan jawab, "a'ah saya memang suka tempe!" hihihi... Lepas tu dia pun beredar jumpa penduduk-penduduk lain yang sedang menikmati makanan. Nak kata malu sangat tu takdelah.. Tapi tak sangka plak dia saja-saja berdiri sebelah aku semata-mata nak memerhatikan aku cedok kuah lodeh! Hehe... So, kerana TEMPE aku ditegur oleh Ahli Parlimen Putrajaya!!;p Boleh??? huhuhu.. Nasib baik aku tak terkejut sampai leh terbaling mangkuk kuah lodeh tu kat dia. hehehe..



Cik Misya : Aku orang Minang tapi suka makan tempeh (Makanan Jawa). Camne tuh?;p

Saturday, September 24, 2011

Wardah Alisya: Pencarian bermula!

Pagi-pagi sabtu yang membosankan ini, aku blogwalking.. Then tersinggah blog seorang cik adik bernama Wardah Alisya.. Dia memerlukan 50 blog untuk dimasukkan dalam bloglist nya.. Baik sungguh hatinya.:) Korang nak join? Cer klik LINK INI. Takpun, klik banner bawah ni...

Pape pun jangan lupa.. Aku pun ada buat bloglist untuk 25 blogger bertuah. Nak tahu macam mana? Tengok ENTRI INI ok!=)


Cik Misya : Blurrr......

Friday, September 23, 2011

Alahai HRMIS.. Sakitnya hati aku!

Adoyai...! Sakitnya hati hari ini....! Ni gara-gara kena buat something yang tak boleh nak buat pun.. Tension!  

Nak tahu pasal apa?? Ni pasal HRMIS! HRMIS tu apa? Sesiapa kerja government memang tahu lah pekebendenya HRMIS ni. Satu sistem maklumat pengurusan sumber manusia. Kira semua staff kerajaan kena masukkan segala macam data peribadi dalam sistem ni. Supaya memudahkan pengesanan pegawai kerajaan dilakukan dan sebarang urusan seperti cuti, gaji dan sebagainya boleh dilakukan melalui HRMIS ni. 

TAPI.........................!

Aku sangat bengang sebab dari pagi sampai lah tengahari aku tak dapat upload pun page HRMIS tu. Masalah internet?? Jauh sama sekali.. Server Kementerian laju je. Ok aku try broadband plak. Memang laju. So apa masalahnya?? 


Nak tahu tak, HRMIS ni hanya boleh di log in menggunakan Internet Explorer sahaja ok!! So, google chrome ke, Mozilla ke.. Jangan harap lah korang dapat buka. Sekadar tengok portal je bolehlah. Tak caya cuba klik SINI. Yang menambah kesakitan hati ini, admin suruh update dengan segera HRMIS ni sebab nak kejar pencapaian setiap Bahagian. Kalau staf sesuatu bahagian tu tak update, downlah pencapaiannya. Last date adalah hari ni! Kalau tidak, diarahkan datang office pada hari sabtu untuk key-in pape yang patut. Oh tak nak ok! 

So, i need another PC to do this silly system! huh! Siapakah vendor yang buat sistem ek?? Kalau takat IE je leh guna untuk buka sistem baik tak payah! Perhabiskan duit kerajaan je bayar mahal-mahal. Bukan memudahkan tapi menyusahkan lagi adalah. Upgrade la skit supaya leh buka sistem guna browser terkini. Facebook pun dah update macam-macam benda sampai aku pun pening kepala. haha.. Ok cau!


Cik Misya : Salah seorang officemate aku kata HRMIS ni adalah suatu sistem paling B#D@H pernah dicipta. haha... 

Thursday, September 22, 2011

Kakitangan Kerajaan Bakal Dapat Bonus Lumayan & Naik Gaji???

Uish macam tak percaya je! Betul ke Pak Najib bermurah hati nak bagi bonus dan kenaikan gaji kepada kakitangan awam? Atau sekadar gimik untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 yang bakal menjelang tak lama lagi? Huhu.. Kalau betullah Pak Najib sangat baik hati nak buat camtu, syukur Alhamdulillah.. Bertambah-tambah ramai lah orang swasta tak puas hati nanti. hehe.. Saja bikin ayat panas.:p


Actually ni semua dalam perancangan je. Entah jadi ke tak PM kita nak bagi bonus dan kenaikan gaji tu kena tunggu Bajet 2012 nanti ok. Semuanya masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan. Dengan keadaan ekonomi Malaysia tak berapa nak ok, mana mungkin nak keluarkan bajet yang banyak untuk 1.3 juta staff government.. Tapi yela, rezeki Tuhan yang nak bagi.. Siapa tahu kan?

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.' sumber Kerengga.

Pape pun tunggu cerita Bajet 2012 nanti apa yang akan diumumkan oleh Pak Najib.  Maklumlah, nak PRU ni memang macam-macam lah yang akan dilakukan oleh kerajaan mahupun pembangkang untuk menarik pengundi. Terpulang kepada rakyatlah nanti nak pilih yang mana..:) Time PRU je tetiba semua Pak Menteri jadi pemurah tabur duit dan 1001 janji... Tapi baguslah, duit rakyat juga. Daripada bagi Rosmah Mansur (RM) nanti habis dijolinya beli cincin. hehe..



Cik Misya : Kita keje gomen, kita tau ler....;)

Lagu ini telah membuatkan aku menangis!!

Akhirnya aku dah jumpa lagu paling sesuai untuk blog aku ni. hehe.. [ye ke?] Em semalam tengah ber you-tube-you-tube, tetiba jumpa lagu kegemaran aku dalam versi berlainan. Bila dengar je, terus menangis hoccaayyy!! huhu.. Sensitip tol!:p 


Baru-baru ni aku ada tulis entri tentang video klip lagu ni.. (SINI) Terus jatuh hati beb! Versi asalnya agak rancak. Memang leh feel sampai nak menari. Tapi kali ni lagu dia dalam versi Orkestra.. OMG sangat menyentuh perasaan............ huhu.. Wa nangis tau... Slow je music dia.. Terbaekkklaaa! huhu.. 


So, hari ni terbuka hati mahu menjadikan lagu ni as my background music for my beloved blog. Aku pun cari-cari benda yang aku perlukan untuk meng embedded kan lagu ni dalam blog aku ni. Kalau korang tak suka lagu ni, takpela.. Tekan je pause ok kat MP3 Player (Halwa Telinga-belah kiri bawah blog).


Eh, lupa plak.. Dah tulis panjang-panjang lupa nak bagitahu lagu apakah ini.. huhu. Tajuknya Fiction... Dinyanyikan oleh Kumpulan K-Pop Beast.. Very nice song forever! huhu.. So, sambil-sambil blogwalking tu, aku bagi sedikit halwa telinga untuk korang semua.. Tapi dalam versi Orkestra... Jangan sampai nangis sudah. Habis basah blog aku nanti. hehe...


Cik Misya : Lagu ni (versi orkestra) adalah lagu slow pertama yang tak buat aku mengantuk.:p

Sorry, Android Ipad aku dah terjual..

Salam semua.. Ingat lagi tak entri saya pasal saya nak jual Android Ipad a.k.a E-Pad saya tu? Kalau tak ingat boleh refer entrinya Saya Nak Jual Android Ipad Saya.


Untuk makluman, Alhamdulillah Ipad tu dah terjual masa Aidilfitri hari tu. Kira dapat duit raya la time tu.. Thanks to Kak Siti Zaleha Samad yang sangat-sangat nak beli ipad tu. huhu.. Memang kebetulan aku beraya di Johor baru-baru ni, so just past by-hand jela kat sana sebab dia memang dok sana. Dan rupa-rupanya beliau seorang blogger macam aku juga. Sempoi la sis! huhu.. (Refer Blog CT)

Nak tahu berapa harga aku jual? Asalnya aku letak RM400.00 tapi lepas bargain punya bargain, kami bersetuju dengan harga RM3.50 RM350.00.. Okla tu, time raya jual, enjoy la raya tahun ni. hehehe.. Alhamdulillah rezeki.. 

So, aku dapatlah tokok tambah nak beli Samsung Galaxy Tab pujaan hatiku itu.. Dah dapat beli ke belum? TUNGGU.........................;))


Cik Misya: Masih ada lagi kawan-kawan di luar sana berminat nak beli.. Maybe leh refer penjual asalnya di SINI.

Wednesday, September 21, 2011

Lagu Rock yang sangat Comel!


Wow! First time aku dengar lagu ni, aku rasa sangat sweet... hihi.. Geli je dengar.. Haha... Lagu bertajuk Pokok, nyanyian Meet Uncle Hussain (MUH) feat Hazama. Sangat comel sebab teringat masa kecil-kecil dulu selalu nyanyi lagu Tanya Sama Pokok oleh P. Ramlee.. Ingat lagi? Huhu..


Both songs are so cute!=) Pape pun sangat suka MUH & Hazama compose lagu ni. Walaupun rock tetap sweet. Kira dalam hati ada taman orang kata. hehe.. Ok layan..........


Cik Misya : Lagu rock terakhir yang aku sangat suka Tiga Malam Tanpa Bintang by Fiq kot.. huhu..

Monday, September 19, 2011

OMG! Sangat suka video klip ini!!

Aku mungkin agak ketinggalan sebab jarang sangat ambil tahu. Tapi kalau satu-satu lagu tu aku dengar then terus nak dengar lagi sekali, memang aku suka sangat-sangat. huhu.. First tengok video klip lagu ni, terus jatuh hati! huhu...@_@

Fiction by kumpulan K-POP "Beast"... 


Sangat suka!! Selalu kalau tengok video klip K-Pop mesti dari awal sampai habis menari je kerjanya. hehe.. Yang ni ada diselitkan unsur dramatik sikit. Ala-ala love story yang menyedihkan. Lagu nya pun tak heavy sangat. Smooth je bila dengar.. Menusuk di kalbu. Hehe...Liriknya..? Aku try cari dalam versi English, Alhamdulillah jumpa. Erm agak sedih jugak maknanya.. Tetiba aku rasa sedih.. Just sharing here... Maybe ada kena mengena ngan korang?;) Or me? Wallahuallam.. 

Lirik lagu Fiction by Beast (English Version)
[DJ] I still can’t forget you
I still can’t trust everything
Even today I can’t send you away like this
.
[JH] I will rewrite it again, our story will not end
I will bury fact that reality is seeping into my skin for now
I rewrite it once again, the start beginning with you and I smiling happily
In case you will leave me, the background is a small room without an exit
.
[KK] I kiss you as if there is nothing wrong
I can’t leave your sweet presence
There is no such thing as an end for us
.
[HS] Like this again (Fiction in Fiction)
I can’t forget you (Fiction in Fiction)
I am writing the story that will never end in my heart
.
[YS] I will hold on to you (Fiction in Fiction)
I won’t let you go (Fiction in Fiction in Fiction)
Even today, I’m in the story of you and I that hasn’t ended still, in Fiction
.
[KK] Right now, there are only happy stores here
The very happy stories of just the two of us (Different from reality)
Is written here, it’s slowly filling up
.
[HS] I run towards you and embrace you
I can’t never let you go from my embrace
There is no such thing as an end for us
.
[DW] Like this again (Fiction in Fiction)
I can’t end it (Fiction in Fiction)
I am writing the story that will never end in my heart
.
[YS] I will hold on to you (Fiction in Fiction)
I won’t let you go (Fiction in Fiction in Fiction)
Even today, I’m in the story of you and I that hasn’t ended still, in Fiction
.
[YS] I will say this again, one more time
Right now you are next to me
I’m believing like that
.
([DW]But Fiction)
[JH] I’m the writer who lost his purpose
The end of this novel, how am I supposed to write it
([DW] My own Fiction)
I love you, I love you, I love you, I love you, I keep writing these 3 words
([DW]Everything is Fiction) Setting the warn out pen on the old paper strained in tears ([DW]Everything is Fiction)
This story can’t be happy or sad
.
[DJ] Right now I’m writing such a happy story
But it is all just a wish still
.
[DW] I’m happy (Fiction in Fiction in Fiction)
[HS] We are together (Fiction in Fiction in Fiction)
[DW] Now is the start (Fiction in Fiction in Fiction)
[YS] There is no end (Fiction in Fiction in Fiction)

Sekali imbas dia ni macam muka Shamsul Yusof (anak Yusof Haslam)


So sweet this couple..


Cik Misya : Cinta itu indah tapi kadangkala ia menyakitkan.. (Wah tetiba jiwang-jiwang plak)

Wednesday, September 14, 2011

Updated : 5 blog yang telah terpilih dalam The Chosen 25 Bloggers by Cik Misya

Salam semua... Kepada yang dah join pemilihan ni, terima kasih banyak-banyak. Alhamdulillah dapat berkenalan dengan ramai blogger baru. Korang sangat kreatif!:) So, seperti yang dijanjikan, 5 blogger terawal yang join akan secara automatiknya terpilih dalam bloglist aku.. Nak tahu siapa? Leh tengok belah kanan blog ini atau scroll down to view their blogs...:)

1. Ainoura Collections : Jom shopping shawl, accessories & scarf di sini.. Dia pun ada buat contest tau..
2. Wardah Alisya : Sedap nama blogger ni.. Pinky like me..
3. Athirah Husna : Sweet & simple blog..:)
4. Genkcorner : Sabahan bah.. Dari jauh ni dia follow aku.. huhu..
5. Azumie : Corat-coret si gadis manis.. Also pinky like me.. hehe..

Tahniah buat 5 blogger yang terpilih.. Really appreciate that. Kita sama-sama dapat berkenalan dan berkongsi cerita kan?:) Yang ucap Happy Birthday tu, thank you so much!=) Only this i can give for my birthday to all of you..:)

So, pada yang belum join, cepat-cepat klik banner kat atas tu atau klik SINI untuk tahu cara-cara nak join ok! Untuk 20 blog seterusnya akan dinilai berdasarkan entri simple tapi menarik.. =) 

Jom join The Chosen 25 Bloggers by Cik Misya!!

Salam semua.. Sempena Birthday aku yang ke-25 tahun baru-baru ni (10 Sept), aku rasa aku nak buat satu bloglist khas untuk mereka-mereka yang terpilih. Kiranya macam hadiah aku untuk kawan-kawan blogger baru yang teringin nak kembangkan sayap blog mereka. Walaupun blog aku ni pun still nak merangkak, tapi apa salahnya aku appreciate anda semua dengan cara sebegini. Nak bagi hadiah mahal-mahal aku tak mampu. [tapi bukan orang yang celebrate birthday dapat hadiah ke? hehe] Takpela, yang penting aku dapat berkenalan dengan anda semua especially blogger-blogger baru...:)

Jom join The Chosen 25 bloggers by Cik Misya!!

So, kaedah nak join bloglist ni.. Sonang jo....!!

1. Mestilah jadi follower aku dulu..:)
2. Buat entri simple bertajuk
   "Jom Join The Chosen 25 Bloggers by Cik Misya". Takyah panjang-panjang sangat. Taip A-Z pun dah kiralah tu. hehe..
3. Letak banner kat bawah ni dalam entri korang then link kan ke entri ini..


4. Dah siap entri nya? Just copy dan paste link entri anda di ruangan komen guna cara bawah ni...


Takpun tinggalkan jela link korang kat komen k.. huhu..

Ok done? Good job!:) Tarikh tutup?? Bila-bila yang aku rasakan perlu tutup. Hehe.. 

Oh ye, 5 blog yang terawal automatically akan terpilih sebagai bloglist nih..:) 

Selamat mencuba..^_^

Cik Misya : Entah ada ke tak orang nak join.. huhu..

Tuesday, September 13, 2011

TIPS: Cuba tengok meja kerja, dah leh tahu peribadi orang jenis macam mana..;)

Mostly sesiapa yang kerja pejabat, kadang-kadang terlupa ambil berat tentang meja kerja masing-masing. Tetapi meja kerja tu sebenarnya melambangkan sesuatu. Kenapa?? Sebabnya, keadaan meja kerja seseorang menunjukkan keperibadian dia dalam kehidupan. Haa.. Sesiapa yang terbaca ni mesti terfikir meja kerja korang dalam keadaan yang baik atau tak. Dan kebiasaannya, ramai pekerja membiarkan tempat kerjanya berselerak. Dengan alasan, tiada masa nak kemas, takut barang / dokumen diletak hilang jika diusik, atau MALAS. Selalunya golongan lelaki yang berkeadaan begini tapi kadangkala perempuan LEBIH teruk ok! 

Dipetik daripada laman blog www.jelajahunik.blogspot.com, apa-apa yang diletakkan/disusun memberikan makna kepada peribadi seseorang itu. Antaranya:

Foto peribadi
Sebuah papan buletin yang penuh tampalan foto menunjukkan seorang yang sangat terikat dengan kenangan mereka di masa lalu, atau orang-orang yang ada di dalam foto.

Sepatu/Kasut/Selipar
Sepasang sepatu yang ada di bawah meja bererti anda termotivasi dan kuatir tentang kesejahteraan. Sepatu flat hitam menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang diam-diam lebih menyukai gaya santai.

Potongan tiket
Potongan tiket konsert muzik atau pertandingan olahraga menunjukkan kehidupan sosial yang sihat. Namun hati-hati, dalam keadaan tertentu, koleksi tiket di dinding juga menunjukkan seorang yang sangat suka berkencana atau jenis kasanova.

Cawan kopi
Cawan berukuran kecil memberi kesan anda seorang yang cerdas dan teratur. Sementara mug besar dari bahan stainless steel menunjukkan peribadi yang senang terikat dengan waktu sekaligus orang terakhir yang  bersantai.

Cenderamata melancong
Peta perjalanan, atau buah tangan dari perjalanan liburan memberitahu bahawa anda seorang yang berfikiran terbuka.

Simbol agama/logo politik
Waspadalah bila ingin menunjukkan status keagamaan. Sebahagian orang akan terus mengasingkan seseorang yang memasang simbol keagamaan. Hal yang sama juga berlaku pada simbol politik. Lebih mudah bila membuat ruang kerja seperti meja makan atau ideologi bebas.

Kotak tisu
Kehadiran benda satu ini jarang mendapat perhatian kecuali saat seseorang kecewa atau sedang menangis. Dan, umumnya orang dengan tisu selalu bersedia dan sangat memberi perhatian akan kebersihan.

So, korang kat tempat kerja macam mana?

 Macam ini ke?

Atau macam ini?

Kalau berselerak macam ni, taktahulah camne korang menjalani kehidupan korang. Ni kat office. Kalau kat rumah?? Macam sarang tikus beranak gamaknyerrr.. huhu..

Kebersihan tu sebahagian daripada iman.. Especially untuk girl atau wanita.. Keluar ke mana-mana punyalah cun-melecun, wangi sampai 1km pun leh bau, cantik je tengok.. Cuba tengok sekurang-kurangnya katil korang tidur lah. Cadar tegang tak? Bersih tak? Kain baju berterabur tak? Bau hapak tak? Itulah yang terjadi kepada kaum Hawa sekarang. Buat malu kat kaum Adam je. Banyak contoh lain, nanti aku kupas..;)


Cik Misya : Pantang tengok tempat kerja atau rumah yang tidak kemas. Selekeh!! 

Wanita kulit hitam menang Miss Universe 2011!!

Wow! Wanita berkulit hitam menang Miss Universe!! Huhu.. Hitam-hitam si tampuk manggis.. Hitam manis gitu..   

Leila Lopes, Miss Angola berjaya mengalahkan saingan-saingan hebat wanita-wanita jelita dari seluruh dunia dan berjaya dinobatkan sebagai Miss Universe 2011!!!  Jangan main-main.. Walaupun berkulit gelap tetap mampu berjaya menjadi Ratu Cantik Semesta..! Tak percaya?



Sangat sweet kan dia? 

Beliau baru berusia 25 tahun.. Eh, kita sebaya lah! hehe.. Pape pun bila dah menang tu, jangan lupa bantu memajukan negara anda iaitu Angola. Tahniah diucapkan...


Sumber : MSN News

Cik Misya : Kalau Malaysia join juga event ni, tak tahulah... Dedah sana sini..:p

Sunday, September 11, 2011

SEGMEN JOM TUKAR LINK DENGAN C` AYOB

Aiyaaa ni last minute mau join ni! huhu.. Masih ade beberapa minit sebelum 11.59 malam! hehe.. One of the way nak promote blog ke blog orang lain... Jom tukar link dengan C'Ayob!! Sebelum terlewat sebab...

"Blog korang akan di promosikan selama 30 hari, bermula pada hari segmen ini di tutup. Iaitu pada 11 September 2011, Jam 11.59 PM. Faham kan....bukan susah pun....Siapa nak ikut??" Klik banner bawah ni!!


InsyaAllah masih ada masa kalau mahu join bloglist Incik C'Ayob ni.:) 

  1.  Letakkan Banner C`Ayob-Ilmu Asas Hidup (di atas tu)
  2. Tajuk : SEGMEN JOM TUKAR LINK DENGAN  C` AYOB dan linkkan ke entri Sini....  
  3. Siap ?? Tinggalkan url entri anda di ruangan komen  blog C'Ayob..
I'm done! huhu...


Cik Misya : Best juga wat bloglist camni ye.. huhu..

Happy 25th Birthday to me!!! =)

"Allah Selamatkan Kamu.. Allah Selamatkan Kamu.. Allah Selamatkan Aimi Syahirah.. Allah Selamatkan Kamu... "

Syukran... Hari ni masuk hari kedua umurku menginjak ke angka 25 tahun.. Syukur Alhamdulillah masih diberi nafas dan dipanjangkan umur oleh Allah. s.w.t. Kira dah suku abad lah usia ku. hehe...

Cake yang sangat sedap sponsored by Incik Japs.. Tq dear..;)

10 September 2011.. Aku ingat lagi tahun lepas (2010), tarikh lahir ku ini betul-betul jatuh pada 1 Syawal 1431hijrah. Memang seronoklah sambut raya dan birthday sekaligus.:) Tahun ni birthday aku jatuh 10 hari selepas Syawal. Oklah tu.. 10 Syawal 1432 hijrah.:)

Tapi apa yang penting bukanlah tarikh nya.. Yang penting bila usia meningkat, kita haruslah ada peningkatan dalam diri kita. Yang baik kepada lebih baik. Kan? So, harapan aku sempena usia 25 tahun ni aku dapat memantapkan kerjaya aku dan berjaya dalam setiap perkara yang aku ceburi. Dan insyaAllah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan jodoh oleh Allah s.w.t. Amin.. :)


Pape pun, thanks so much to all my friends and family yang tak lupa wish my birthday... Terharu sangat-sangat. Dalam facebook je ade lebih daripada 100 friends yang wish. Terkejut gak bila online. huhu. Alhamdulillah hari ni dapat reply semua wish. :) Antara wish-wish yang best dan menarik hatiku adalah:


"happy bday sweetie..may god bless u..love u ..mwaxxxx :))" from my cousin, Kak Shaireen..

"to: Aimi Syahirah, HAPPY BIRTHDAY..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. from: Aimi Syahirah Mab" from kembar aku.. hehe.. Nama je sama..;)

"selamat hari ulang tahun ke-dot dot...semoga makin sihat, makin cantik, makin vogue gtu...haha" from Hayfa Hidayah..

"happy birthday girl! stay gorgeous n pretty always :)" from one of my chinese friend, Phing May...

Happy Birthday aimi.... moga bahagia selalu & sentiasa di dalam lindunganNYA. amin2, (aimi tau x, bday aimi sama ngan sulung kak na, tp boy dia.)" from Kak Na Yus.. Kebetulan sama birthday dengan anaknya..

"Selamat Hari Lahir Kak Long..Semoga Menjadi Anak Yang Solehah Dan Berguna DiDunia Dan DiAkhirat..Amin" from my Uncle, Pakcik Atan..

"Happy birthday to U..Happy Birthday to U..Happy Birthday to Syirahh,,,Happy Birthday to U.... K nor doakan semoga pjg umur, murah rezki & berjaya dlm apa jua bidang yg diceburi..." from my cousin, Kak Nor..

Selamat hari putus tali pusat :)" from Faiz Photographer...

"happy besday..adik manis...kak yon doakan shira, semoga panjang umur, murah rezeki, happy selalu....n bertambah manisss...." From my cousin Kak Yon...

"kak aimi...epy besday!!! semoga success slalu...Pinky Tulipa Gesneriana slalu menyokong akak..^_^" from my UKM's junior...

"Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran, Cik Aimi Syahirah aka Mesya...=) smoga pnjg umur, dmurahkn rezeki, bbahagia ngn org yg tersayang...& selamat dunia akhirat.." from my friend, Hasni..

"hapi besday kak Aimi Syahirah.. semoga pnjng umo dn dimurahkan rezeki... cepat2 la kawen...hehehe...:)" from bakal adik ipar, Namirah...

"hepy besday to u my fwenz..yg ke 25 hehe da bole kawin neh." from my friend, Marlia...

"happy birthday along! cpt2 kawen, n jgn me***i lebih sgt... hahaha...." from my sister, Angah...

"Selamat Hari Tue!!! hehehe... nk kek bufday ag x??" from bakal adik ipar, Khaize...

"Happy birthday bdk model Aimi Syahirah..." from officemate, Ameer..

"happy birthday to u 4x..*nyanyi sendri.. hbd kak misyaa..may allah bless u~" from my UKM's junior, Amilia...

and the most lovely wishes from my beloved guy Incik Japster...!!!=)

"Selamat Hari Jadi Sayang... May God bless you always, May we both be together till the end happily all time.. I love u, sayang..." via SMS on 12.00 midnight. So sweet!!! InsyaAllah.. Thanks sayang!=)




Tahun ni hadiah yang aku terima adalah segala yang aku ada sekarang dah cukup memberikan sejuta kebahagiaan buat aku. Syukur sangat-sangat..:) Em tapi aku ada terima satu hadiah special yang bagi aku simple tapi sangat bermakna buat aku.. Apa dia??;))


Mesti korang fikir, ni je ke hadiah special tu?? huhu.. Erm bagi korang memang takde pape makna. Tapi personally aku sangat suka hadiah ni sebab ianya diberikan oleh bakal ibu mentua ku.. Sape lagi kalau bukan mak Incik Japster!! hehe.. Walaupun tak dapat bersua muka, sekurang-kurangnya melalui gelang kristal ni, memberikan aku keyakinan dalam merapatkan hubungan kami.:) Amin...


Cik Misya: Lengkap dah.. Gelang emas by my mom dan gelang kristal by my future mother-in-law..:)

Thursday, September 8, 2011

Topup akan dikenakan cukai 6% mulai 15 September 2011!

Lol.. Baru dapat 1 berita yang tak best.. Topup akan dikenakan cukai beb!!! Tadi salah seorang officemate aku menerima sms daripada line telefonnya. Mulai 15 September 2011, cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan setiap kali kita topup handphone kita! Waarghhh tak bestnya!!!;(( 

Maksudnya kalau korang topup RM10.00, 6% atau RM0.60 akan ditolak sebagai cukai. So, lepas ni korang takkan dapat menikmati 100% nilai topup korang walaupun RM5.00. Haish.. Malaysia ni.. Habis semua benda nak dicaj dan dicukaikan. 


Tak percaya? Maybe link Milo Suam ni dapat memberi sedikit info. 


Cik Misya : Kalau guna line camne plak? Ni saja nak melariskan penggunaan postpaid la ni..

Please Help Me! Pertolongan anda amat diperlukan!!

Hello guys..! Seriously, aku tersangat-sangat memerlukan bantuan korang semua wahai blogger dan juga blogwalker yang disayangi!! Sempena Hari Raya ni sepatutnya aku minta duit raya tapi takpela, aku minta gantikan dengan benda lain yang senang je korang nak bagi kat aku. hehehe.. Apa dia tu? Jeng-jeng-jeng...;))

Ala, malas lah mahu berkias panjang-panjang. Straight to the point. Aku JOIN CONTEST! Jadi pertolongan korang semua amat diperlukan dalam memastikan aku terpilih as one of the winner. InsyaAllah..:) Contest apa ni? Haa.. Korang nak join pun boleh tapi sebelum tu undi aku dulu tau. Hehe.. Cer tengok contest apa ni..

Pencarian Duta KrulMATRIC 2011






Menarik kan? For more details, boleh juga refer link INI. Pada girls-girls yang minat nak join jomlah. Tapi korang jangan lupa, TOLONG UNDI SAYA ok! huhu.. Sokongan korang semua amatlah dihargai.. Camne nak undi? Senang je....! (Makesure korang ada akaun facebook tau)

2) Korang klik LIKE gambar Cik Adik Comel bernama Aimi Syahirah macam gambar bawah ni...;)

Dah like gambar aku ni? Thank you so much! InsyaAllah ada rezeki, dapatlah jadi pemenang. Tapi camne nak menang tanpa sokongan anda semua right? So, ajak kawan-kawan , saudara-mara, girlfriend or boyfriend klik ramai-ramai kat gambar saya ni ek. Terima kasih bebanyak! Muah!=)


Cik Misya : Thanks also to penganjur yang sudi invite saya to join this contest.http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150299990919293&set=a.10150298806789293.361216.357486004292&type=1&ref=nf

SAYA BLOGGER PINK BERLEMAK!!

Huhu.. Kelakar tak tajuk entri aku kali ni? hehe. Memang blog aku berkaler pink.. Lemak ke tak lemak, pandai-pandailah korang rasa.. Kalau tak cukup nanti aku tambah santan lagi. hihi..;))

Actually entri ni aku buat special untuk join bloglist Azzah iaitu sayurlemak.blogspot.com. Memang blognya pun pink berlemak.. hehe.. Pape pun, kalau korang nak join pun boleh juga. Untuk maklumat lanjut cer tengok link beliau di SINI atau klik kat banner bawah ni. So, sesiapa yang mempunyai blog comel berwarna pink, bolehlah join this bloglist.


20 blog terawal yang join telah pun Azzah listkan dalam entri terkini beliau INI. Tarikh akhir nak join adalah pada 21 September 2011. Jomlah! Boleh menambah kenalan dan mengembangkan link blog korang. Secara tak langsung maybe trafik blog korang pun bertambah.. Ok selamat mencuba.=)


Cik Misya : Suka tengok lelaki pakai kemeja atau t-shirt warna light pink tapi maintain kejantanannya. huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...