expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 30, 2011

Novel kesayangan aku didramakan!!

Akhirnya... Novel yang paling suka sepanjang hayat telah direalitikan dalam bentuk drama!! =) 
"BICARA HATI" 
Inilah novel pertama yang aku baca. Sejak tu minat aku membaca novel terus tersemai. Thanks to penulisnya, Damya Hanna yang menulis sebuah novel yang sangat menyentuh hati sampai tak jemu dibaca dan membuatkan aku mengalirkan air mata tiap kali membacanya!!!^^

Watak Zahlia dan Tengku Syahran dilakonkan oleh pelakon cun Christina Suzanne dan handsome Sharnaaz Ahmad. Sama cantik dan sama padan. Mengisahkan perkahwinan kontrak antara Zahlia dan Tengku Syahran yang sangat dramatik. Huhu mesti best!!

Cover novel Bicara Hati (terkini)

Cover novel Bicara Hati (lama)

Drama 26 episod ni akan ditayangkan di Astro Prima bermula 13 Disember 2011. Alaaaaaaaaaaaaa..... Sedih betul aku takde Astro!!! Ok nekad mahu pasang astro!! Huhu.. I want to watch this love story sangat999x!! 

Cantiklah gaun pengantin dia.. huhu..

Seingat aku masa ni, Tengku Syahran try nak goda Zahlia. Zahlia jadi takut dan meronta-ronta minta dilepaskan tapi rupa-rupanya Tengku Syahran main-main je. Berpegang pada janji dalam kontrak, dia takleh sentuh wife dia! Zahlia pun menangis sepanjang malam di malam pertama sebab dipermainkan.... Wah, gitu....! huhu.. [Tak tahu dalam drama dia wat camne]

Handsome gak mamat ni. Haha..

Em tak kenal sangat pelakon ni. Cantik and hopefully dia leh bawa watak Zahlia dengan baik.:)

Aku tak ingat siapa yang memperkenalkan novel ni kepada aku. Masa tu aku tak minat sangat baca novel. Suddenly hamba Allah yang bagi aku baca tu, membuatkan aku baca sampai habis. Memang sangat best novel ni. Bila part-part yang sedih dan mendebarkan, aku pun turut menangis dan berpeluh-peluh! Wah gituuuu... hehe..

Cerita selanjutnya boleh tengok blog MasrinaSidek.



Cik Misya : Nak cari orang pasang Astro. hehe...


Photoshoot Single Pengantin "Pink"..

Salam to all.. My new modelling portfolio.. Single Pengantin organized by Iris Jasna Henna Artist. Sesiapa yang nak kahwin dan perlukan khidmat melukis inai dan fotografi, boleh contact Abang Iris. 

Talent : Aimi Syahirah
MUA : Mekezan Rosli
Photog: Various
Location : Taman Tasik Perdana
Wardrobe : Aimi Syahirah (Sendirian Berhad meh....!) huhu..




With akak-akak model yang gojes.. Kak Zaete & Kak Lisa...


 


All talents with Abang Iris...


Pose ni sangat susah nak buat tapi ramai yang kata pose terbaeekkk!! [Sakit pinggang!] Thanks all.. huhu..



With my MUA (tengah) & Kak Misha Musa...


Cik Misya : Tak sia-sia aku beli baju jawa pink ni masa study dulu. Again, crown "Princess of The Night" bertakhta di kepala ku. huhu..

Saturday, November 26, 2011

Ucapan SALAM MAAL HIJRAH 1433..

Salam Maal Hijrah 1433H... ^_^ Alhamdulillah menginjak kita ke tahun baru Islam.. Semoga tahun baru ni memberikan sejuta kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita. Semoga Allah swt memanjangkan umur kita, memurahkan rezeki, dan mengampunkan dosa-dosa silam kita. Buat teman-teman di luar sana, mari kita berhijrah dari yang buruk kepada yang baik dan yang baik kepada lebih baik. InsyaAllah... Sama-sama kita doakan k.=)




Cik Misya : Jom baca doa akhir dan awal tahun...:)

Thursday, November 24, 2011

Tolong undi saya untuk contest ni!!

Assalamualaikum!! Jom undi saya untuk contest terbaru!! [haha straight to the point] Come here and give me some support to me in this 'like' contest. Sonang jo!! Contest apakah?? Cer tengok gambar bawah ni....

NMS is refer to Nurmayangsari Bridal Gallery.. Menawarkan pakej perkahwinan untuk bakal-bakal pengantin. So, bagi memperagakan koleksi terbaru daripada butik ni, contest pencarian model ni diadakan.

Dah, cepat sign in facebook anda semua untuk memulakan tanggungjawab. hehe..

Ok, cer gi kat page Nurmayangsari Bridal Gallery, then klik LIKE. Ini wajib bagi memastikan undian anda dikira.
Dah like page? Greatt!!
Next go to this photo LINK akan keluarlah gambar seperti di bawah ini..


Dah keluar? So, klik LIKE ok! Mudah kan? Last date for voting is 12 December 2011. Cepat vote k!=)

Jangan terkeliru pula dengan contest lagi satu iaitu Pencarian Model Butik Pengantin Sentuhan Nadhira yang akan berakhir pada 27 Disember 2011 sebab aku menggunakan gambar yang sama untuk contest ini. So, undilah kedua-duanya! hehe..

Ok Selamat Mengundi dan terima kasih. Love uols!!!=)



Cik Misya : Alhamdulillah dapat beberapa offer dari butik pengantin dan photog yang memerlukan model. Rezeki... :)

Quotes for gain your spirit!!=)

Morning semua!! Just want to share several quotes sebagai pembakar semangat kita semua dalam meniti kehidupan.. Hopefully can give you an idea to develop your success in everything you want to do. Sharing is caring.. huhu..








Cik Misya : Beshhh! huhu...

Tuesday, November 22, 2011

Padah hina Malaysia, Garuda patah sayap!! Kenyang Harimau! Hehe..

Hari ni rakyat Malaysia tersenyum gembira meraikan kemenangan Harimau Malaya melawan Sang Garuda untuk Sukan Sea malam tadi. Aku pun turut merasai keceriannya!! huhu.. Syukur Alhamdulillah.. Lagenda Harimau berjaya membuktikan Garuda hanyalah mitos! huhu.. Actually beberapa hari ni memang geram ngan provokasi rakyat Indonesia terhadap Malaysia. Pasal bola pun ko nak menghina tanahair aku yang tercinta ni. Rakyat dia beribu-ribu cari rezeki kat sini, tak bersyukur langsung. Tapi dah kalah tu pun ada juga provokasi dorang ni. Biasalah tak puas hati... Walaupun aku ada berketurunan minang dari sana tak bermaknalah aku sokong dengan sikap dan tindakan dorang. Gi bakar bendera Malaysia, nak Ganyang Malaysia bagai! Takde benda lain kan? Huhu..




Yang penting Malaysia menang!!!=)




Cik Misya : Tahniah player Malaysia.. Khairul Fahmi tetap di hati! hehe...

Friday, November 18, 2011

Contest : Next Al Shawl Icon bergandingan dengan putera raja??

Salam.. Macam-macam yang berlaku kebelakangan ni sampai aku terlupa nak update tentang satu contest yang aku baru join.Ala, macam biasalah contest like-like. huhu.. Kali ni dianjurkan oleh seorang putera! Huahuahua... Taktau lah organizer betul-betul putera raja ke tak tapi namanya Pwince Harry Photography. Hampir-hampir nama ke arah putera raja (Prince) la tu kan? huhu..

Bergandingan dengan pembekal shawl untuk gadis muslimah iaitu Al Shawl, terhasillah contest..........


Next Al Shawls ICON


So, aku dah join contest ni dan proses undian sedang berlangsung sehingga 20 Disember 2011. Lama tu!=)

Apa lagi, cepat sign in akaun facebook korang!! Kalau takde, sign up cepat-cepat! 

Dah masuk facebook? Ok, benda pertama kena buat adalah klik page Pwince Harry Photography
Lepas tu klik LIKE page ni. Benda ni compulsory! Kalau tak undian tak dikira..
Dah?
Next, kena pergi kepada gambar aku.. di SINI
Makesure keluar gambar macam kat bawah ni...


Nampak?? Kalau tak nampak taktau ler. Hehe.. So, apa lagi ditunggu? Klik LIKE kat bawah gambar ni. Bukan kat sini tapi kat facebook daa. :)
Selesai! Mudah kan? =)

Pada yang dah mengundi, terima kasih banyak-banyak. Mana tahu ada rezeki nak menang salah satu hadiah bawah ni..


Sokongan korang amat dihargai.. Thank you so much!

Rasa-rasa nak shopping online leh cuba usha-usha page Al Shawls..



Cik Misya : Banyak tul contest aku join. Takpe, yang penting cuba!=)


Puisi karangan aku masuk majalah!!

Hasil kedua tulisan karangan aku telah masuk dalam majalah online Warisan Chanteq!:) Sebuah puisi yang aku karang secara tak sengaja pada tahun lepas.. Bahan kedua untuk assignment penulisan Finalis Gadis Warisan. :)

Bertajuk Kadang-Kadang, Jarang-Jarang. Kalau sudi, klik tajuk puisi tu dan akan dilinkkan ke page Warisan Chanteq. Kalau korang suka dengan puisi tu, bolehlah bagi support kepada aku dengan klik LIKE ok!=) 

Aku muatkan puisi ni dalam blog aku. Mengisahkan kehidupan seseorang yang tidak sempurna. Dan semua orang pernah mengalaminya. Jadi aku bingkiskan dalam sebuah puisu merangkumi semua aspek kehidupan manusia ni yang sememangnya ada kadang-kadang dan jarang-jarang berlaku.. ^_^

Ok guys! Doakanlah aku ek untuk pertandingan Gadis Warisan ni. Untuk makluman lanjut tentang contest ni boleh refer page INI.



Cik Misya : Dulu aku pernah mengarang sebuah novel tapi tak sempat nak habiskan. Takde masa. huhu...

Rahsia Tarian Zapin..!!

ZAPIN, CANTIKNYA SEBUAH WARISAN..

Korang pernah menari zapin tak? Ramai anggap zapin tu susah sebab banyak sangat step. Tapi kalau korang dah mula belajar mesti korang akan minat dan rasa nak belajar lagi.. Tapi tahu tak rahsia-rahsia lain tentang kelebihan berzapin ni?Haa... Ni yang aku nak kongsikan ni... 

Antaranya dulu-dulu zapin hanya dinarikan oleh kaum lelaki je.. Kenapa? Nak tahu? Jom tengok rahsia Zapin di ARTIKEL INI

So dah tahu serba sedikit pasal zapin? Huhu actually artikel tu aku karang khas untuk assignment Finalis Gadis Warisan oleh Majalah Online Warisan Chanteq. Alhamdulillah berjaya menyelesaikan tugas yang diberi.. So, kalau dah baca jangan terus tutup web tu. Klik la LIKE ya!=) Sebagai tanda sokongan not only kepada aku tapi sebagai tanda cintakan warisan budaya negara kita ni. Aku sendiri pun dah belajar banyak bunga zapin. Antaranya zapin Parit Mastar, Padang Sari, Putar Alam, Pekajang dan beberapa zapin lagi. Korang ada? huhu.. Kalau minat nari tu leh cari alternatif join apa-apa kelab. Selain tambah pengetahuan, leh juga menyihatkan tubuh badan.:)

Gambar: Contoh tarian zapin Padang Sari..



Cik Misya : Kalau nak postur tubuh yang cantik, menari adalah salah satu caranya.:)

Al-Fatihah buat arwah...


Al-Fatihah buat ayahanda incik abang ku yang kembali ke Rahmatullah pada 17 November tepat jam 2.49 petang.. Memang menyedihkan tapi apakan daya Allah lebih menyayangi beliau.. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin..

Walaupun tak sempat mengenali lebih rapat tapi aku tahu banyak juga benda tentang beliau. Merupakan seorang ayah yang tegas dan telah berjaya mendidik anak-anaknya dengan baik. Masa aku mendengar berita sedih ni, aku terus terduduk dan menangis.. Memang beberapa hari sebelum tu arwah telah dimasukkan ke wad kerana penyakit yang dihidapinya.. But arwah sangat-sangat sabar menghadapi penyakitnya yang telah bermula setahun yang lalu.. Kompilasi jantung, buah pinggang dan kencing manis.. 

Em tapi pape pun aku respect dan kagum dengan semangat incik abangku.. Aku yang beria-ia nangis, dia pulak yang pujuk aku dalam telefon. Dia kata dia redha dan memang dia dah bersiap-sedia untuk hadapi pemergian ayahanda tercinta. Tak perlu bersedih atau menangis kerana semua ni urusan Allah swt dan satu hari nanti kita pun akan alami benda yang sama. Arwah pergi dengan keadaan yang amat tenang. Sememangnya arwah berjaya mendidik anak-anak supaya kuat semangat dan tabah hadapi dugaan. Syukur Alhamdulillah.. Semoga family sayang saya ni tabah hadapi dugaan ini.. InsyaAllah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.. 




Cik Misya : Al-Fatihah....

Monday, November 14, 2011

Mengapa perempuan menangis...?

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Di hadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis di dalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya..

:: Credited to Sesape je yang menciptanya:: huhu



Cik Misya : Tapi nape sekarang aku susah nak menangis? huhu.. But seriously menangis adalah salah satu terapi jiwa dan minda..:)

Sunday, November 13, 2011

Photoshoot with penaja-penaja Video Klip SATU

Salam semua.. Ingat lagi aku pernah umumkan yang aku telah terpilih sebagai salah seorang pemenang Pencarian Model Muslimah untuk muzik video SATU nyanyian Razzi Rahman? Erm kalau tak ingat or tak tahu menahu pun, boleh refer link INI dan INI

Ok, muzik videonya belum keluar lagi. Tapi shooting untuk video tersebut telah pun dilaksanakan. Tunggu jela nanti lakonan kedua aku ok! =) By the way, photoshoot bersama-sama produk sponsor telah juga selamat diadakan. So, this is hasil photoshoot tersebut..:) 




Produk Kesihatan by Hayat Acai Berry

Make-up by Gadis Cantiks

Organized by team Razzi Rahman

Alhamdulillah sesi penggambaran berjalan dengan baik. Bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang. Seronok dapat jumpa Kak Melissa, Yuyu, Iena, Incik Calosa, Abg Razzi, tuan rumah (Ayu), abg Mie (Photog + Cameraman) and lagi sorang (Assist Photog).. huhu.. Ntah camne video klipnya pun taktahula.. Aku banyak menangis untuk klip video ni. Tunggu....................!;)





Cik Misya : Rasa macam kelakar je muka pakai shawl style turban. hehe..

Thursday, November 10, 2011

Akhirnya aku dapat jumpa bakal ibu mentua ku!!

Salam semua... Sempat juga update entri di tengahari Khamis ni ye.. huhu... Just want to share with all of u my happy day!! huhu.. Syukur Alhamdulillah tanpa diduga aku dapat bertemu dengan bakal ibu mentuaku.. [ni pun nak bagi tahu ke??] haha.. Hello? Korang kalau jumpa bakal mentua, takkan takde pape rasa kot? Ke memang korang takde perasaan? hehe..

Alhamdulillah berkat doa dan kesabaranku aku dapat bertemu dengan beliau di majlis perkahwinan sepupu incik abangku. Ni pun last-last minute ok! Memang sangat nervous dan gementar.. Yela, plan nak jumpa lambat lagi, suddenly incik abang aku ajak gi majlis ni sebab nak jumpa kan aku dan mak nya. huhu.. 

Wajah gementar + happy + takut + macam-macam ada la! Sebelum jumpa. huhu..

Alhamdulillah sangat-sangat pertemuan tak diduga ni memberikan aku semangat untuk terus menjaga hubungan ku dengan incik abangku. Saudara-mara dia semuanya menerima baik kehadiran ku. Nasib baik aku jenis suka berbual-bual a.k.a ramah dan mudah menyesuaikan diri. Dorang semua bagi support pada kami untuk teruskan hubungan dan mendoakan kami lekas-lekas kahwin. hehe.. Amin... 

Yang paling aku terharu, masa sesi fotografi pengantin, bakal ibu mentua aku jemput aku naik pentas untuk bergambar ngan pengantin. Special ok! huhu.. Tapi gambar tu ada pada photographer rasmi wedding ni. Tak dapat nak tunjuk. Takpelah, biar jadi kenangan..:) Ku bahagia!!! huhu...

Haa.. Ni bukan pelamin aku derr..  Baru jumpa takkan terus langsung! huahua..

Masa pengantin berarak masuk ke dewan..

Semasa bersanding... Nadia dan pasangannya Shafiq.. Sangat sepadan! 

 
They have a big family!! Seronok jumpa dorang semua..:)


Selamat Pengantin Baru Nad & pasangan.. Cepat-cepat dapat baby tau! Kak Syira nak dukung nanti.. hehe..

Kalau korang semua perasan, wajah Nad ni seiras selebriti Sazzy Falak! She's so cute! ^_^




Cik Misya : Kahwin? Nanti dululah.. Dont have to rush...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...