expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, January 21, 2012

Bunyi aneh petanda kemunculan Dajjal???

Salam semua.. Beberapa hari ni kecoh cerita tentang bunyi aneh dan menakutkan kedengaran dari langit. Antaranya di Kota Samarahan, Sarawak baru-baru ni. Yang mana tak pernah dengar bunyi aneh tu leh tengok video bawah ni..


Macam-macam reaksi yang saya baca. Ada yang kata menakutkan. Ada yang memperlekehkan, mengarut dan macam-macam lagi. Personally jika saya di tempat orang yang pernah dengar bunyi ni sudah pasti saya sangat takut. Apa yang tergambar dalam fikiran saya adalah akan turun bala bencana daripada Allah s.w.t. Semoga kita semua insaf.. Kalau anda nak tahu, bunyi ni telah kedengaran di merata tempat di seluruh dunia!! Dan berlaku dalam tempoh 2 minggu pertama bulan Januari 2012! MasyaAllah...


Saya dan angah saya try jugalah memikirkan apa yang berlaku sebenarnya. Ceh, nak jadi saintis. huhu. Apa yang kami fikirkan, mungkinkah itu bunyi suara dajjal yang sedang merintih untuk dilepaskan ke dunia? Even dalam video kedua kat atas ni pun pada awalnya dipaparkan lambang iluminati/freemason (piramid bermata satu). Actually banyak teori dan pendapat telah dikeluarkan untuk mengenalpasti bagaimana bunyi ni leh terhasil. Sampai kerajaan Malaysia tubuh satu pasukan penyiasat untuk siasat bunyi dari Sarawak tu. 


Papepun, kita sebagai umat manusia di bumi ni, sentiasalah percaya bahawa setiap kejadian itu ada hikmahnya yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Wallahualam...


Cik Misya : Sentiasa berusaha menjadi lebih baik dan lebih baik.. Dunia nak akhir zaman..


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...