expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, January 12, 2012

Empayar Siti Murni (ESM).. Terbaik untuk Modelling & Keyakinan Diri...

Salam semua... Minat modelling? Tapi tak tahu macam mana nak mula? Ramai yang bertanya camtu pada saya. Oklah, di sini saya kongsikan dengan anda sebuah akademi yang boleh membantu korang asah skill dalam bidang modelling.. Pernah dengar nama Siti Murni Abdul Aziz? Kalau selalu tengok TV1 (RTM) kenal lah kot. 
OOps! Ni saya, bukan Siti Murni.. huhu..


Haa inilah Siti Murni.. a.k.a Kak Uni yang comel... huhu.. Beliau juga pernah menjadi duta Butik Mama.. Tak caya, bila shopping kat Butik Mama tengok paper bag Butik Mama, mesti ada wajah beliau.:)


Baru-baru ni saya join satu bengkel yang diberi nama Sehari Bersama Siti Murni.. Sangat-sangat menarik bengkel ni! Banyak ilmu dituntut sepanjang 1 hari join this bengkel. Berbaloi-baloi.. Untuk makluman, model-model yang anda kenal di luar sana tu mostly datang daripada Empayar Siti Murni (ESM). Akademi ni memberi peluang kepada semua talent untuk asah bakat dalam bidang modelling dan meningkatkan keyakinan diri. So, korang dapat 2 dalam 1. Modelling dan Keyakinan Diri. Korang akan diajar camne untuk catwalk dalam runaway show dan teknik pose yang betul semasa photoshoot. Ditambah dengan sesi motivasi yang mengajar etika dan displin sebagai seorang model especially model bertudung. Banyak benda kan? Kalau korang rajin, joinlah beberapa sesi.:) Maklumat lanjut boleh refer page Siti Murni Abdul Aziz.



Ini gambar berangan! Cik Misya yang tembam! hehe...


Apa lagi? Jom join ESM untuk timba ilmu dan pengalaman dalam bidang modelling serta menambah self-confidence level dalam diri anda. Now ESM sedang mencari model Tudung ESM.. Boleh tengok koleksi Tudung ESM di sini..


Cik Misya : Dimaklumkan ESM hanya memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam modelling bukan agensi yang mencari job untuk model ya..:)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...