expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, January 6, 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus melanda diriku...

Sehari dua ni facebook riuh rendah dengan kenyataan jawapan Ustaz yang disayangi ramai iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI). Especially bagi kaum Hawa..

Soalan: "Kenapa wanita suka berbelanja.. isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je, tapi beli jugak''

Jawapan ustaz: Wanita macam budak-budak... suke membeli.. contohnye budak-budak, pantang tengok mainan terus je nak, padahal mainan dah banyak kat umah... macam juga wanita, padahal baju, kasut banyak dalam almari yang tak pakai lagi.. nak beli lagi.. wanita memang suke tengok benda yang cantik.. MEMANG TUGAS SUAMI CARI DUIT, ISTERI HABISKAN DUIT.. kalau bukan isteri yang habiskan duit, siapa lagi... kalau bukan isteri, siapa lagi yang nak beli periuk, kuali, dan lain-lain... SUAMI JANGAN MARAH.. ISTERI BESAR JASANYA.. Tolong beranakkan anak, jaga anak-anak, tolong basuh baju kite, tolong masak, kemaskan umah, dan lain-lain..

Maka ramailah kaum lelaki tak puas hati dengan kenyataan ustaz ni. Aku tergelak je baca komen-komen orang lelaki yang tak puas hati plus masih nak menafikan kebenaran kata-kata ustaz ni.. Contohnya....

- Kalau benarkan perkara ni berlaku, akan membazir.. [mengumpamakan seperti amalan syaitan]
- Suami banyak masuk neraka kerana isteri bla bla bla...
- Camne plak kalau suami yang banyak wat kerja rumah?? [ala-ala Mr. Mama]

Bagi pendapat aku lah, jawapan ustaz ni simple tapi sebenarnya mendalam maksudnya.. Dia berbalik pada tolak-ansur, saling menghargai, kepimpinan seorang suami dan pengorbanan seorang isteri.. 

Kalau suami pandai mendidik isteri, insyaAllah takkan berlaku pembaziran. But now, suami sekarang ramai yang mendidik isterinya jadi kedekut. Aku ada kenalan, di mana suaminya sangat control semua perbelajaan isterinya. Sampai kad bank semua dia pegang. Nak beli beg RM10 pun kena minta izin!! Walhal beg sedia ada dah koyak rabak dah. Walhal tu duit gaji isteri dia. Hmm.. Thats why ramai wanita sekarang bekerja sebab taknak susahkan suami. Bila ada duit sendiri, at least takde sebab suami nak halang apa isteri nak beli apa dia suka. Just bimbing dia untuk jadi seorang yang berjimat-cermat. At least dia dah bantu ringankan beban suami..

Yang pasal masuk neraka semua tu, mungkin video ni leh membantu. [Minit ke 12.00]


So, didikan seorang suami tu sangat penting. At least jangan asyik salahkan perempuan bila gagal mendidik isteri. Banyak sangat pengorbanan isteri sampai suami takleh nampak benda tu untuk dihargai. Daripada suami dok spend duit kat scandal/perempuan simpanan, baiklah bagi isteri. Then isteri pun pandai-pandai lah guna duit tu sebaik-baiknya.. Lelaki ke perempuan semua sama sahaja. Ada tanggungjawab masing-masing. Buat jahat masuk neraka, buat baik, syurga dijanjikan Allah. InsyaAllah..

Masa cerita Mr. Mama mula-mula keluar kat TV, aku tak berapa suka sangat cerita tu walaupun its just komedi. Macam mengajar masyarakat untuk tidak bertanggungjawab dalam mengurus rumahtangga. Aku tidaklah pandai sangat bab rumahtangga sebab lum kahwin lagi. Tapi aku suka dengar pengalaman-pengalaman tentang orang-orang yang dah berkahwin untuk dijadikan panduan. Mostly lelaki lepas setahun dua kahwin, menganggap cintan-cintun bersama isteri tu tak penting. Means tak macam masa bercinta. Sampai ada seorang sahabat kata "nak buat apa nak romantik-romantik ngan bini, dah 'dapat', dia ikut jela cakap kita". Tapi kat luar pengetahuan isteri bukan main melayan awek-awek lain. Ni berlaku depan mata ok! [macam nak tampar pun ada] Camne nak respect kaum lelaki camni? Kadang-kadang wat aku takut nak kawin. huhu..

Yang mana-mana jadi Mr. Mama tu, fikir-fikirkanlah tanggungjawab anda ye.. Leh tengok video dari UAI ni..


So, no reason suami kena duk uma wat kerja rumah pulak. Kena tegaslah ngan isteri kan? This is just my opinion.. Maklumlah fenomena UAI sedang merebak di seluruh Malaysia sekarang ni. Sampai aku pun turut terkena tempias aura UAI yang hebat ni. Balik kerja je, lepas solat mesti nak dengar ceramah daripada dia. Guna Samsung Tab, senang.. At least dapat gunakan kecanggihan teknologi dalam menuntut ilmu..


Cik Misya : Bilalah UAI nak datang Putrajaya wat ceramah? huhu.. 

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...