expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, January 29, 2012

Luahan MAAf dari saya untuk semua..

Salam semua.. Kali ni entri agak jiwa-jiwa sikit. hehe. Don't worry lah, saya ok je. Cuma sejak kebelakangan ni banyak benda yang membuat saya terfikir banyak kali. Biasalah manusia kan.. That's why Allah kurniakan akal dan fikiran untuk kita berfikir secara waras dan dewasa. Alhamdulillah hari ni saya rasa lega sikit. 

Honestly, di sini saya ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri saya. Tak kiralah family ke, saudara-mara, sahabat-handai, jiran tetangga, musuh-musuh dan kenalan-kenalan secara langsung mahupun tak langsung. Saya menyusun 10 jari memohon maaf dari anda semua jika selama ni saya ada terkasar bahasa, mengguris hati, dan sebagainya.

Tak lupa juga buat ex-ex boyfriend (macam ramai sangat!!) muahaha..:p Takpela, saya minta maaf jugalah. Tak dinafikan kita berpisah atas sebab takde jodoh. Tapi yela, mungkin kita sama-sama buat silap dan menyimpan dendam di hati. Kalau anda rasa terluka, saya pun terluka juga. Bukan ingin menuju pada sesiapa tapi buat kawan-kawan kat luar tu, if pernah bercinta ngan sesiapa janganlah bermusuh k. Cukuplah sekadar jadi kawan yang saling memahami. Terpulanglah pada cara masing-masing kan. Kita minta maaf, kita dapat pahala. Orang nak maafkan, terpulanglah.. Beban tu dah terpikul dek orang yang kita minta maaf. Yang penting kita ikhlas minta maaf. Right?:)



Seriously kadang-kadang memang saya jenis suka melaser orang. Now, saya sedang cuba mengurangkan kelaseran saya. huhu. Tapi bergantung pada keadaan jugalah. Kalau bab kerja, saya sangat serius. If u main-main and nak ambil kesempatan, memang saya laser. Mana-mana yang terasa tu saya minta maaf k. Yang penting kerja jalan! huhu.. 

Oklah, point utama saya wat entri ni memang tujuannya nak minta maaf. Takkan nak tunggu hari raya baru nak minta maaf kan? Incik J saya pernah nasihatkan, "Walaupun keadaan takkan kembali seperti dahulu tapi at least kita minta maaf. Settlekanlah masalah dan leraikan dendam sebab nanti kita akan terseksa di dalam kubur bila dah mati". So, sama-samalah kita bermuhasabah diri. InsyaAllah..

Firman Allah s.w.t : Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Surah Ali Imran/3: 133-134)

Surah Asy-Syura: 40 Allah juga berfirman: “…Maka barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah.”

Sekadar berkongsi rasa dengan anda.. Jom minta maaf ok!^^

Cik Misya : Leganya rasa hati ni! Alhamdulillah...=)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...