expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, January 14, 2012

Saya berlakon untuk iklan TV9!

Salam semua.. Baru-baru ni seorang sahabat lama masa study contact saya. Kebetulan dia kerja ngan Media Prima (TV3).. Rupanya dia nak minta tolong jadi talent untuk pembikinan iklan di TV9 sempena Maulidurasul. Em terkejut gak. huhu. Takpela, demi kawan, saya tolonglah. Leh juga tambah pengalaman. 


Just simple make-up and wardrobe by myself for this shooting..:)

Part of crew yang menjayakan shooting ni. Best dapat kenal ngan dorang. Sangat friendly and kelakar.;p

Ni faeza... Partner saya dalam iklan ni.

Tengah shoot Hani.. 

Rehat sebentar di tepi tasik. huhu

With faeza.. Comel kan dia? Teringat my cousin, Farah.. Putik melepak! hehe..

With Hani.. Lemah-lmbut je orangnya.. huhu


Mula-mula terfikir juga kot-kot dorang ni jenis serius. Maklumlah kerja ngan orang TV, mesti jenis sangat fokus. Rupa-rupanya dorang sangat peramah. Macam dah lama kenal je. huhu. Seronoklah juga sebab dapat pengalaman baru. Walaupun nak buat iklan 30 saat tapi pembikinannya agak mengambil masa. Saya punya scene dalam 4-5 saat camtu. Tapi kena wat banyak-banyak kali di lokasi berlainan. 

InsyaAllah kalau menjadi iklan ni, dapatlah korang tonton di TV9 sempena meraikan hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W sekitar bulan Februari ni. Takde dialog pun.. Lebih kepada montaj gitu. huhu..



Cik Misya : Masih terfikir camne si member saya ni leh dapat rambut afro camtu.. huhu.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...