expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, February 14, 2012

14 Feb || Genap setahun di sektor awam, terpaksa hadapi macam-macam ragam..

Salam semua.. Syukur Alhamdulillah masih dipanjangkan usia ke saat ini. Hari ini 14 Februari 2012. Jadi, apa yang bermain di fikiran anda? Apa? Valentine's Day?? Sorry, tak pernah masuk dalam diari saya valentine2 ni semua. Haram disambut oleh umat Islam ok! Banyak lagi cara untuk menunjukkan kasih sayang kepada seseorang..

Tapi bagi saya tarikh 14 Februari ni ada istimewanya. Actually hari ini adalah ulangtahun pertama saya menjawat jawatan tetap dalam perkhidmatan awam. Syukur Alhamdulillah.. Kejap je dah setahun. Macam tak percaya je. huhu.. Dan sempena setahun ni juga saya dikhabarkan untuk conduct sebuah Seksyen di tempat aku bekerja. Agak berat juga tanggungjawab sebab at least kena ada 2 pegawai yang sama-sama in-charge untuk Seksyen tu. Tapi nanti tinggal saya sorang yang lead dan uruskan semua benda untuk Seksyen tu disebabkan pengalaman saya yang dah biasa handle kerja-kerja berkaitan Seksyen itu. Bukan senang nak handle public dan stakeholders yang bermacam kerenah. So far, if jumpa dorang, Alhamdulillah saya tiada masalah dengan semua mereka yang berkaitan.


Saya still ingat, one fo my client menghantar surat penghargaan kepada saya dan beberapa pegawai atas perkhidmatan yang diberikan. Rasa gembira sangat-sangat sebab dapat membantu public dengan cara yang terbaik. 


Saya juga pernah menerima emel yang memberikan saya lebih semangat dalam kerjaya saya. Syukur sangat-sangat..


Puan Aimi,

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan pihak puan untuk meluluskan penambahan tenaga pengajar xxxxx dengan masa yang begitu singkat. Saya amat bangga atas kooperasi & sokongan yang diberi dari pihak puan. Kami akan kerja bersungguh-sungguh bersama dengan pihak puan untuk mencapai objektif program ini.

Sekian terima kasih.



InsyaAllah semua ini memberikan saya inspirasi dan lonjakan paradigma untuk memperbaiki mutu kerjaya saya. Ramai orang kata menjadi penjawat awam ni mudah je kerjanya. Duk lepak, minum-minum. Memang ada yang macam tu tapi Alhamdulillah saya bukan kategori sebegitu. Takut duit gaji yang kita makan tu, tak berkat.. Dan yang paling berisiko sekali adalah RASUAH! Yes, saya juga tak terlepas dari risiko sebegini. Even nak belanja saya makan nasi lemak pun saya tolak. Biasalah public.. Nak cepat, nak itu nak ini, akan gunakan pelbagai cara kotor tanpa kita sedari. InsyaAllah saya masih berpendirian teguh tak termakan dek janji-janji manismu. Cewah!;P So, jangan marah if kami penjawat awam minta naik gaji, bonus or whatever sebab gaji kami bukanlah banyak mana pun plus beban kerja semakin bertambah saban hari. Then terpaksa berhadapan risiko benda-benda tak baik. 

Thanks so much to all my officemates, bos-bos yang pernah saya berkhidmat sebab banyak membantu dalam kerjaya saya. InsyaAllah will only serve the best for Rakyat. Bak kata PM. huahuah... Ok, mari menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya!=)


Cik Misya : Hari-hari balik lambat .. Rasa cam kerja swasta dah. huhu.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...