expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, February 2, 2012

Seronoknya bercuti ke Cameron Highland!!

Salam semua.. Apa khabar? Pada yang berkerja di Wilayah Persekutuan tu diucapkan Selamat Hari Wilayah. Amacam cuti? Best? huhu.. Pada Tahun Baru Cina hari tu saya tengok ramai kawan-kawan bercuti ke Cameron Highland. Saya sekeluarga pun tak ketinggalan ke Cameron Highland juga. Huhu. Secara kebetulan je ni. Booking hotel pun last minute. Niat nak bawa family bercuti tercapai juga. Lagipun dapatlah saya melepaskan tekanan bekerja dan macam-macam masalah lain dengan melihat keindahan alam ciptaan Allah s.w.t.. Will miss this place! 

Check-in at Country Lodge Resort.. Alhamdulillah kami selamat sampai setelah 5 jam tersangkut dalam traffic jam!! Sampai brek kereta leh hangit! Now, kereta kena masuk bengkel..

Inilah bilik kami!=)

Bilik kami mengadap suasana kota Brinchang.. Best sangat-sangat. Cuaca sejuk, hilang kepenatan berjam-jam perjalanan..

Di malam hari.. At Pasar Brinchang. Sangat sejuk ok sampai ke telinga. Teringat masa di Hong Kong. Grr.....

Pure honey.. Sedap sangat-sangat!

At Strawberry Park.. Menikmati Strawberry+Cream+Chocolate dan Aiskrim.. Masyuk sangat-sangat!!
 
Sempat snap nama jalan! huhu

 This is my beloved family.. InsyaAllah nanti nak bawa dorang gi tempat-tempat lain yang best.^_^

This is me!!=) [Nampak cam gemuk] Serius asyik lapar je kat sini sebab sejuk. Suka!^^

Me with my lil sis.. Sama-sama tembam. huhu..

One of the place yang kami singgah sebelum pulang ke rumah.. 


So, korang semua ke mana cuti Raya Cina hari tu? Sesekali bercuti memang seronok walaupun tempat dekat. Seriously saya rasa taknak balik je bila dah sampai sini. Cuaca sejuk. Tenang aman dan damai. Berangan if ada duit, nak beli tanah/rumah untuk stay kat sini. Nak duk oversea tak mampu.. Adakah ia akan menjadi kenyataan? Kuasa Tuhan, siapa tahu?;)


Cik Misya : Teringin nak ke Beijing. Ada sesiapa mahu temankan saya ke sana?

2 comments :

Cik FaRiZaM said... Reply To This Comment

bestnyer, sy tak pernah lg p cameron highland. nnti honeymoon la baru p >_<

~AiMi SyAhiRAh~ said... Reply To This Comment

@cik farizam : hehe mmg best honeymoon kat cni. sejuk and tenang.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...