expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, February 4, 2012

Tak sangka saya menang untuk bulan Januari setelah gagal untuk Disember...

Salam semua.. Syukur Alhamdulillah rezeki di bulan Februari 2012.. Beberapa hari yang lepas, saya dapat panggilan daripada Butik Dlia Jane. Tak sangka sangat-sangat sebab saya terpilih sebagai pemenang Pencarian Model Dlia Jane Collection bagi bulan Januari 2012!! =)


Actually masa mula-mula join contest ni, saya tak agak pun leh berjaya sebab peserta semua bukan calang-calang bakat. huhu. Saya redha je if tak terpilih sebab rezeki tu hak Allah nak beri ke tidak. Besides, organizer pun menetapkan syarat yang ketat dalam pemilihan peserta. Dan pemenang-pemenang sebelum ni pun memang hebat-hebat. Mungkin korang leh tengok entri INI semasa saya minta vote bagi pusingan Disember 2011 tapi tiada rezeki pada masa tu. 

Akhirnya dapat panggilan tak disangka daripada penganjur bahawa saya terpilih. Syukur sangat-sangat. Untuk makluman korang semua, melalui kemenangan ini saya terus terpilih sebagai peserta akhir Pencarian Model DJC 2012/2013! Means di peringkat akhir nanti saya akan dipertemukan dengan semua pemenang bulanan dan akan bertanding bagi merebut gelaran Duta Dlia Jane [kalau tak silap saya]. Tapi tak mengapalah, yang penting saya dapat beri yang terbaik untuk sesi shoot saya bersama Dlia Jane. Bukan senang nak berkolaborasi dengan butik yang bernama besar seperti Dlia Jane. Syukran..=)

Pada sesiapa yang berminat nak join pencarian ni pun masih ada peluang. Join group komuniti Pencarian Model DLIA JANE COLLECTION 2012/2013 di facebook. Semua syarat-syarat akan diterangkan oleh penganjur. InsyaAllah mana tahu, lepas ni anda pula terpilih. Who knows, right?;)

So, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan dan ahli keluarga yang sudi mengundi gambar saya serta doa kalian untuk saya terus maju dalam bidang ni. [cam over plak ucapan ni] hehe.. Ikhlas tau.:) But seriously, tanpa sokongan korang, saya takkan maju setapak demi setapak walaupun ada pihak yang membenci. Buat penganjur dan barisan juri iaitu Butik Dlia Jane yang sudi memilih saya sebagai pemenang, thank you so much! Sebab pemarkahan bukan berdasarkan 100% daripada undian gambar. Tu yang macam terkejut tu sebab saya kurang masa nak promote vote. huhu.


Sape-sape nak shopping baju kurung yang cantik-cantik daripada Butik Dlia Jane leh tengok SINI.

Cik Misya : Syukur....




1 comment :

UnPerFecT PeRsoN.. said... Reply To This Comment

waaa...tahniah..dpt jdi model tu..hehe..terbaikkkkk...^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...