expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, March 6, 2012

Butik Mama saman Fareeda!!

Salam semua.. Hari ni gempar di akhbar Harian Metro tentang berita owner Butik Mama, Pn. Nor Ainna Ibrahim menyaman sebuah lagi Butik iaitu Fareeda.. Saya sebenarnya dah lama ternanti-nantikan berita ini memandangkan saya sentiasa mengikuti perkembangan kedua-dua butik. 


''SHAH ALAM: Seorang usahawan wanita memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap syarikat pesaingnya kerana didakwa memfitnahnya menerusi laman sosial facebook dengan tuduhan meniru tudung keluarannya.
Pengasas Butik Mama, Nor Ainna Ibrahim, 32, dan suaminya, Azman M Salleh selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi peguamnya, Adnan Seman@Abdullah di Mahkamah Tinggi di sini, jam 11 pagi semalam.

Berdasarkan writ saman, mereka menamakan pemilik perniagaan tudung Fareeda di Bandar Baru Bangi, dekat sini, Faridah Zakaria sebagai defendan.

Antara lain, plaintif mendakwa defendan menerusi fanpage facebook “Fareeda.. Nyata Jelita” yang memiliki 100,000 peminat, secara berniat jahat memaparkan status atau kenyataan berunsur tidak benar dan fitnah.'' Harian Metro.


Cerita lanjut di SINI.






So far, masing-masing ada kelebihan masing-masing. Cuma saya kurang gemar apabila pihak yang menuduh rekaannya dicuri lebih suka mengambil tindakan kurang bijak dengan melontarkan fitnah melalui laman facebooknya. Saya sendiri pernah membeli keda-dua produk dari butik-butik ini dan sememangnya ia berlainan sangat-sangat. Agak menyedihkan juga bila sebuah butik yang terkenal dan mempunyai pengikut tersendiri pendek akal dalam membuat sesuatu tuduhan. Jadilah usahawan yang profesional dan rendah diri, InsyaAllah lebih menguntungkan.:)

Fitnah tersebut juga menular di kalangan pengedar-pengedarnya yang tak tahu pokok pangkal asal rekaan tersebut. Agak terkilan juga sebab tanpa usul periksa, dah wat fitnah macam-macam dan menyebarkannya. Sedikit sebanyak memberi tekanan buat Pn. Ainna, keluarga beliau, pengedar-pengedar dan peminat-peminat produk Butik Mama. 

InsyaAllah saya sentiasa menyokong Butik Mama sebab butik ini la butik pertama yang beri saya job dalam bidang modelling. Sampai sekarang saya takkan pernah lupa jasa Butik Mama dan akan terus mendoakan kejayaan Butik Mama. Amin..



Cik Misya : Orang Melayu ni, tak habis-habis nak mendengki.



4 comments :

azam said... Reply To This Comment

kalah la kalau tak paternkan ciptaan sendiri

~AiMi SyAhiRAh~ said... Reply To This Comment

@azam: setahu saya fareeda hanya patenkan jenamanya sahaja. tapi if atas alasan paten, why not fareeda saman je Butik Mama atas kesalahan menciplak? nape mesti nak gunakan taktik tak profesional memburuk2kan butik mama melalui fb? lepas tu disebarkan pula oleh pihak lain. melakukan ugutan dan sebagainya. itu dah dikira jenayah. come on la k.. at least if butik mama kalah sekalipun, sekurang-kurangnya dia menegakkan keadilan dan nak tutup org2 yg memfitnah dia. saya sendiri pakai dan beli selendang yg dikatakan telah diciplak, memang jauh perbezaannya. bukan sebab paten tak paten tapi profesionalisme seseorang dalam bisnes. itu sahaja.:)

Afiq Yassin said... Reply To This Comment

follow here.. nice blog

hit afiq here
http://afiqyassin.blogspot.com/

Yatt daus said... Reply To This Comment

Ye ke Butik Fareeda cm2? Tp sy tgk ramai gile yg beratur g kedai fareeda,cm jual pisang goreng panas... walaupon harga mahal > RM 100

https://www.facebook.com/pages/Ekstrak-Kacip-Fatimah-Johor/683573121666622?ref=hl

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...