expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 28, 2012

Wajah saya dalam Majalah Mingguan Wanita!!

Salam semua.. Anda baca Majalah Mingguan Wanita tak? Kalau beli edisi 22-28 Jun 2012/02 mungkin akan perasan wajah saya yang menghiasi kolum Apa Kata Perunding majalah tersebut. Jom zoom!;)


Sentuhan magis dari make-up artist kak Aida G telah memberikan impak pada wajah saya. huhu. Sangat profesional! Dalam masa tak sampai setengah jam dah siap! But hasilnya, wow! [muka sebelum: tak cukup tidur! haha..] Jom lihat apa kata kak Aida during this make over session.


Alhamdulillah wajah saya senang disolek. Ramai juga bertanya apa rahsia saya menjaga kulit wajah walaupun selalu disolek dengan macam-macam jenama alat solekan. So far, tiada petua tertentu yang saya amalkan. Displin dalam mencuci muka, pakai toner dan pelembab. Kalau boleh di luar shooting jangan pakai mekap tebal supaya kulit muka rest dan bebas dari sebarang bahan kimia. Rajin-rajin berselawat dan berzikir, berserilah wajah anda.=)


This is me.. Tembam kan? huhu.. Ramai cakap camtu. Pipi saya memang cepat nampak tembam. Pape pun saya memang suka hasil solekan beliau. Pantas dan kemas.=)

So, korang cepat-cepat beli majalah ni ok. Cover depan dia wedding penyanyi Nurul dengan lelaki mat Salleh. Banyak tips menarik dalam majalah ni especially untuk kaum Hawa.. Thanks so much to kak Fiza yang sudi invite saya jadi model.:) Terima kasih juga buat Kak Intan (wartawan) dan photographer yang terlibat. Hope one day dapat bekerjasama lagi!=)


Cik Misya : Penat menunggu giliran masa shoot terubat bila tengok hasil dalam majalah.:)

2 comments :

lovelyadibah said... Reply To This Comment

wah!retis dh kawan aku sorg nie:)

~AiMi SyAhiRAh~ said... Reply To This Comment

mana ada artis la yunk. huhu. Jauh lagi perjalanan.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...