expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, July 30, 2012

Merdeka ke-55 penuh kontroversi! Lagu tema diciplak dari lagu gereja??

Salam semua.. Pagi ni di pejabat, kami dihidangkan dengan lagu patriotik bertajuk Bunga Raya oleh penyanyi Aishah. Terasa suasana kemerdekaan yang bakal kita sambut tak lama lagi. Tapi merdeka tahun ni banyak cerita kurang enak kedengaran di luar sana. Dari segi logo, tema dan lagunya. Semuanya penuh kontroversi! 

Logo tu takpelah, Menteri nya dah buat statement cover kata logo tu hanya selingan. Sedih tengok kerajaan berhabis banyak duit untuk buat logo, last-last hasilnya setakat boleh copy & paste! Aiyoooo saya pun boleh buatlah!


Dah pulak tu, temanya?? Takde kena mengena langsung dengan kemerdekaan. Kita nak promote perjuangan orang dulu-dulu mendapatkan kemerdekaan bukan perjuangan pihak tertentu yang berkepentingan untuk terus berkuasa kat Malaysia ni. Tak sesuweiiii! Maaflah memang saya tak berkenan tema Janji Ditepati tu. Lebih kepada mempromosikan parti politik daripada menyemai semangat cintakan Malaysia. Kalau ya pun pilihanraya nak dekat tak perlu gunakan Hari Merdeka untuk berkempen. Tak profesional langsung! Tema terbaik setakat ini adalah ilham daripada Tun Dr. Mahathir [kalau tak silap] iaitu 'KERANAMU MALAYSIA'. Sekali dengar dah buat kita rasa bangga jadi rakyat Malaysia dan bersemangat nak sambut Hari Merdeka. Betul tak? huhu..


Ni pasal lagu tema pulak. Terkejut saya apabila dapat tahu lagu Janji Ditepati tu dikatakan telah diciplak dari sebuah lagu berkonsepkan ketuhanan Kristian di Indonesia. Duss! 

Saya tak tahu kesahihan tentang berita ni tapi cuba lah korang google betul ke melodi lagu Janji Ditepati tu lebih kurang sama dengan lagu Serukan Namanya tu? Harap sangatlah Menteri terlibat lebih peka dalam hal-hal sebegini. Nampak mudah tapi sebenarnya kalau silap langkah, efeknya sangat besar. Karang bergaduh lagi Malaysia dengan Indonesia. Dah pulak tu lagu kristian! Kita negara Islam [kononnya] tapi tak kaji betul-betul benda ni. Harap dorang dapat siasat. Kalau sekadar fitnah semata-mata, Alhamdulillah.. Cerita selanjutnya di SINI..

Pape pun, teruskan semangat cintakan tanahair kita ok. Seteruk mana pun negara kita, ini tempat tanah tumpah darah kita. Walaupun perit tapi harus ditelan. Cewah! huhu.. Selamat Hari Merdeka ke-55!=)



Cik Misya : Patutlah saya tawar hati nak wat persembahan Hari Merdeka beberapa tahun kebelakangan ni.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...