Status 'In Relationship' bertukar di Ramadhan 1433h.. Syukur..

Salam semua.. Macam mana dengan Ramadhan anda? ;) Alhamdulillah kita dapat berpuasa lagi tahun ni. Dah nak masuk hari ke-6 dah..:) Tapi bagi saya ada sesuatu yang lebih menggembirakan menyambut Ramadhan kali ni. Syukur sangat-sangat.. Nak tahu apa dia?;) Kalau tengok gambar bawah ni agak-agak apa yang berlaku pada diri saya?


Cer teka cer teka cer teka...;)
Photoshoot? Haha.. Ramai ingat camtu. Mentang-mentang saya model, pakai cantik sikit, photoshoot.. hehe

Kawin? Hoho.. Tetiba je saya kawin tanpa jemput korang semua. Tapi boleh je kan? hehe..

Lagi-lagi-lagi??;)

Haha okla.. Betul lah tekaan anda.. 

Alhamdulillah tepat jam 3.30 petang pada 14 Julai 2012 yang lalu saya sah menjadi tunangan orang..^_^ Hampir 2 tahun berkenalan bermula dari facebook, tak sangka si dia menjadi future husband saya. InsyaAllah.. Doakan yang terbaik untuk kami ya.. =)

Pelamin mini by Erin Nanie.. Apa yang diidam menjadi kenyataan. Thanks kak erin!=)

Nantikan gambar-gambar rasmi dari official photographer ya. Majlis saya simple sahaja. Guest pun saya terpaksa limitkan. Reserve untuk wedding nanti. huhu.. Prepare majlis ni dalam masa sebulan, Alhamdulillah majlis yang diidam-idamkan menjadi kenyataan. Baju tunang tu pun saya jahit sendiri aksesori-aksesorinya. Sampai orang ingat saya sewa ratusan ringgit! huhu.. Baju je tempah, yang lain-lain (aksesori/hiasan baju) saya buat sendiri. Puas hati sesangat sebab hasilnya sangat memuaskan hati.^_^

Apa-apa pun tunggu entri seterusnya. InsyaAllah.. Banyak benda nak story kot. hehe.. 


Cik Misya : Baru faham nape orang berdebar-debar time bertunang. I gigil nok masa sarung cincin! haha..


Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts