expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, July 22, 2012

Terpilih sebagai Finalis PMT-Qaisara ESM, Nantikan malam finalnya!

Salam semua.. Masih ingat lagi Pencarian Model Tudung ESM Qaisara yang pernah saya join beberapa bulan yang lepas? Mungkin ada yang terlepas pandang tentang contest ni. Boleh recap dalam entri INI. Syukur Alhamdulillah saya berjaya ke peringkat semi-final dan seterusnya ke peringkat akhir!! Undian anda dan pemilihan juri profesional yang dipilih oleh Empayar Siti Murni melayakkan saya bersaing merebut gelaran Model Tudung Siri Qaisara. InsyaAllah malam penentuan akan diadakan dalam bulan November [perancangan ESM]. So, sesiapa yang nak datang bagi memberikan sokongan, anda semua dialu-alukan! Tunggu saya war-warkan event tersebut ya! Datang ramai-ramai bawa pom-pom girl! haha.. 


Di malam final nanti, maybe akan ada sesi catwalk dan seterusnya penggayaan Tudung Qaisara. Saya suka tudung ni sebab boleh digayakan dengan pelbagai gaya dan sudah semestinya hiasan bunga ros yang comel di sekeliling tudung!=) Anda teringin nak pakai tudung macam saya ni? Jom ke page Tudung ESM di facebook. ESM juga menyediakan Kelas Modelling Sehari bersama Siti Murni (SBSM), Kelas Make-Up Asas dan Jadilah Emcee Terbaik (JET) bersama Hisham Salleh; Pengacara Selamat Pagi Malaysia. Tunggu event yang penuh gilang-gemilang ini nanti ya! InsyaAllah..=)


Cik Misya : Punya lama simpan story ni, baru kali ni dapat share. huhu..

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...