expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, August 27, 2012

Bencinya dengan lelaki pemakan kucing ini!!

Salam Isnin semua. Adoyai tadi terbaca pengakuan seorang lelaki Myanmar yang menjadikan kucing sebagai makanan utama mereka! Siap buat kari kucing lagi! Eii kejamnyer..!! I hate them! Hate so much!!! Kalau dapat lelaki tu memang saya belasah cukup-cukup![Bajet strong la??] huhu.. Tapi memang geram lah ngan manusia spesis camni.. Tak caya? Jom baca antara pengakuan lelaki [bengong] tu --->


Daging kucing memang enak dimakan, malah lebih lazat apabila dimasak kari,” kata Jimmy, pemuda berasal dari Myanmar. 

“Daging kucing yang dimasak kari sangat enak dicampur cili supaya lebih pedas,” ujar Jimmy. Aduhai, tekak kami yang haus kerana berpuasa serta-merta bertukar loya tatkala membayangkan pemuda tersebut mengunyah daging haiwan itu. 

Lalu kami tanyakan kepadanya, tidak kasihankah memakan haiwan comel itu? Jawabnya, sudah menjadi kebiasaan orang Myanmar menjadikan kucing sebagai lauk.

Kucing menjadi makanan biasa oleh penduduk kampungnya di Yangon, sama seperti arnab, anjing dan kura-kura. 

“Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan. Malah dagingnya selalu dimasak menjadi hidangan lazat di dalam majlis keraian. Kami akan berkumpul beramai-ramai dan menikmati daging kucing,” ujarnya sambil menyifatkan bukanlah perasaan pelik ketika memakan daging kucing.

Menurut Jimmy lagi, daging kucing sama enak seperti arnab dan hanya dimakan oleh orang lelaki kerana dipercayai untuk kekuatan tenaga dalaman. Manakala, golongan wanita tidak memakan daging kucing.

“Oh, begitu. Ini bermakna, di kampung kamu itu, kucing dipelihara untuk dijadikan makanan,” soal kami sambil difikiran terbayang kucing panggang seperti yang diceritakan orang.

Jimmy mengangguk sambil tersenyum. Dia sudah tidak takut dan kini lebih selesa bercerita. Ujarnya, dia sudah tujuh tahun tinggal di Malaysia dan bekerja sebagai buruh kontrak di kawasan pembinaan berhampiran.

“Rakan-rakan serumah kamu makan kucing,” tanya kami lagi.

“Ya. Rakan-rakan serumah saya juga menggemari daging kucing. Mereka selalu membawa daging kucing balik ke rumah untuk dibuat lauk yang enak,” ujar Jimmy .

Oh sadisnya! Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w.. Memang @^(^&&^%*()$% lah lelaki nih! Saya rasa orang-orang Vietnam pun ramai yang makan kucing. Dorang ni takde hati perut langsung!

Buat kawan-kawan blogger yang ada bela kucing tu, jagalah kucing anda sebaiknya. Sebab dorang akan curi kucing jalanan / sesat yang ditemui untuk dijadikan lauk santapan dorang. Punya banyak benda lain boleh dimakan, kucing juga jadi mangsa. Memang kejam!

Ni gambar saya with my beloved cat, Ciko.. Semoga Allah s.w.t lindungi dia. Hari tu dia hilang 3 bulan, syukur Alhamdulillah dia pulang. Risau if jadi bahan makanan manusia kejam dari Myanmar & Vietnam cam lelaki tu. Kalau mati sebab sakit/accident ke leh terima lagi. Ni jadi sumber makanan?? Ingat anak ikan ke apa? Memang takleh terima.. Ermm cayang Ciko... Muah3x!

Sumber : Sozcyili



Cik Misya : Benci lipas.

7 comments :

alyea said... Reply To This Comment

mual anak tekak ni bila imagine dia duk makan kucing..ya Allah..geli kot..

etuza said... Reply To This Comment

alamak makan daging kucing.macam2 kan hal manusia ni...

Zie said... Reply To This Comment

betul tu.. kucing kat kg hilang, gara2 makhluk ni lh yg makan ni

Si Matatajam said... Reply To This Comment

Kejamnya...

ain vanilla said... Reply To This Comment

uweeeeeek ... dah la tekak ain memang tengah loya ni . tengah meragam .

bila baca pasal ni . Yaallah lagi loya .
tak baca hbs pasal orang yang mkan kucing ni ....

ada jugak termuntah atas laptop nii

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said... Reply To This Comment

jangan bagi datang msia habis kucing2 kat msia nanti hishhhhhhhhhh

etuza said... Reply To This Comment

di blog JR juga ada entry al makan kucing.tq terjah ke blog pesona ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...