expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 8, 2012

Komen saya dalam Majalah Nur tentang Duit Raya

Salam semua... Ada beli Majalah Nur Edisi Syawal Ogos 2012 tak? Cover page dia penyanyi Farah AF yang sedang sarat mengandung sekarang ni. Kalau anda ada beli, cuba belek-belek atau selak halaman 169. Jumpa tak? hehe.. Cuba lihat ruangan Isu Orang Bujang, terpapar wajah saya dan pendapat saya mengenai isu yang dibangkitkan iaitu 'Duit Raya : Ikhlas vs Terpaksa'.. So, jom baca apa komen saya! =)


Ngee... nasib baik apa yang dilaporkan oleh wartawan Radzha Md. Raieh ni betul. Cuma part 'anak sepupu' tu sebenarnya 'anak saudara'. Sepupu saya yang dah kahwin baru berapa orang. huhu.. 

Wajah Cik tembam! wakaka.. Kebetulan saya pergi test-shoot untuk Majalah Nur. Beberapa hari lepas tu, wartawan call minta menemuramah saya berkenaan isu ini. Walaupun sibuk masa tu tapi sempat juga luangkan masa ditemuramah. 

So, wat adik-adik sepupu-sepapat Kak Syira kat luar sana tu bila dapat duit raya jangan membazir tau. Simpan untuk masa depan ok. Macam apa yang saya buat dulu, Alhamdulillah rezeki yang ada dikongsi bersama-sama yang tersayang. Makin kita memberi, insyaAllah makin melimpah rezeki untuk kita. Amin..:)



Cik Misya : Part of my investment untuk masa depan. haha..

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...