expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 15, 2012

Merah pipi diusik oleh rakan sepejabat!

Salam semua.. Sejak dah jadi tunangan orang ni, ramai yang bertanya apa rasanya dah bertukar status? Huhu saya rasa biasa je. Tapi dalam hati ada taman. Cewah!^_^ Hehe.. Syukur Alhamdulillah, impian menyarung cincin pertunangan dan cincin belah rotan (merisik) terlaksana jua. Rasa macam tak percaya pun ada. Bila bakal ibu mentua mencium pipi ku, boleh rileks lagi. But bila beliau mengucup dahi ku, SubhanAllah.. rasa nak sebak dan terharu sangat-sangat.:') Alhamdulillah di atas kurniaan perasaan yang didambakan setiap wanita di muka bumi ini. [Kalau kawin nanti mau berjujuran air mata terharu aku gamaknyer!]

Bila dah jadi tunangan orang ni memang rasa lain sikitlah.. Kawan-kawan di office ramai juga yang terkejut sebab memang saya saja kasi surprise tak bagitahu dorang. Kaciwa lah abang-abang yang dok ngorat kat ofis tuh! haha.. 

Then, kat office sampai ke hari ni asyik kena usik je. Sampai almost everyday pipi saya naik merah. Huhu.. Kelakar pun ada! Antara usikan yang saya terima di office:::>

- Saya terlupa nak endorse minit mesyuarat, kena bahan dengan bos "ko ni makin nak kawin makin pelupa plak aku tengok??" Adoi! Terkena sekali. hehe sorry bos, bukan lupa tapi.. errr memang terlupa! Wakaka...

- Nak minta duit raya kat kakak-kakak yang dah kawin kat office tu, automatically keluar ayat 'orang yang dah bertunang secara automatiknya duit raya telah terbatal! Huwaaa... Mana aci.. Belum kawin lagi ok! huhu

-.Tiap kali berjalan je melalui partition-partition rakan sekerja yang lain pasti kedengaran 'uiks, darah manis!' Siot! Saya sendiri pun tak pernah rasa darah saya manis ke tak. Wakaka..

- Dan yang paling kelakar, abang-abang kat office tu sume kecewa.. "lor Mesya dah bertunang?? Baru je nak adjust. Tak sempat! Apsal cepat sangat bertunang??" Ahakss.. Aku senyum jela.. "Misya dah takleh bawak bergurau dah sekarang.. Karang tunang dia datang, habis kita!" Melayan abang-abang tu memang tak siaplah kerja saya. Pape pun dorang memang sporting.. Tak kira jawatan or pangkat, saya tetap layan dorang sama rata.:)

Itulah ragam-ragam orang di pejabat saya.. Belum jumpa saudara-mara lagi ni. Nak raya ni, siap sedialah dengar bermacam pertanyaan dari dorang. Grr... Nak bawa kapas boleh? Hehe..

Doakan ikatan pertunangan saya ni kekal dan bahagia sehingga ke ijab qabul ya.. Dan seterusnya bahagia hingga akhir hayat. Amin...



Cik Misya : Bermimpikah..?




No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...