expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 31, 2012

Paksaan pergi sambutan Merdeka || Rakyat benci PM??

Salam Kemerdekaan yang ke-55 buat semua rakyat Malaysia..! Syukur dapat sambut lagi merdeka. Dah beberapa tahun ni saya tak pernah lagi pergi mana-mana untuk celebrate Merdeka. Takpelah, cukuplah tanamkan semangat kemerdekaan dalam diri pun dah ok. Jangan tak ingat langsung sudahlah.:)

Cuma saya ada satu nak share dengan anda. Tahun ni agaknya sambutan Hari Kemerdekaan agak hambar. Saya pun tak pasti akan kesahihannya tapi majoriti saya tanya jawapannya adalah sama. Antara story menarik yang saya alami petang tadi semasa di pejabat. Ini bukan entri berani mati sebab takde niat nak provok mana-mana pihak pun. huhu.
Sebelum pulang tadi, ada seorang pegawai tegur saya, "Cik Puan Aimi tak pergi Bukit Jalil ke esok?" Kebetulan saya ada jemputan open house memang saya jawab tak pergilah. Then, he said "Tahun ni susah sangat nak dapatkan orang pergi sambut Merdeka. Sampai saya terpaksa merayu-rayu kat semua orang suruh pergi.." Then, i asked "Why?" Nak tahu apa dia jawab "They hate Najib so much la.."

Erk! Haha.. Saya hanya tersenyum sambil menahan ketawa. Tak sangka itu jawapannya. Benarkah PM kita dibneci sampai macam tu sekali? Wallahualam la. So far saya takde dengar pula officemate saya cakap camtu. Tapi memang takde sorang pun yang pergi Bukit Jalil esok! Masing-masing ada alasan tersendiri. Mungkin anda tahu apa jawapannya..;)

Situasi di tempat kerja incik tunang saya pun begitu. Mula-mula arahan dikeluarkan untuk sesiapa yang berminat nak join Perhimpunan Janji Ditepati kat Bukit Jalil tu tapi takde sorang pun bagi feedback. Last-last, terpaksa pancing minat staff untuk pergi dengan bayaran RM60 sorang plus cuti tambahan percuma 1 hari! Adoyai sampai camtu sekali nak suruh orang pergi sambut merdeka.


Saya sendiri pun memang dah terbiasa tak pergi pun sambut Merdeka. Dulu-dulu je masa study pergi sebab dibuat di UKM dan saya salah seorang peserta persembahan tarian. Masa tu kami memang semangat nak sambut Merdeka. Dengan kehadiran Canselor lagi tuh. Sebulan sebelum dah start praktis dah. Nanti saya share dengan anda story penuh persembahan tarian kemerdekaan saya semasa study dulu.;)

Pape pun Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-55.. Dan yang paling istimewa, ianya sama dengan ulangtahun perkenalan saya dengan incik tunang. Happy 2nd Anniversary dear..=)


Cik Misya : Sokong kerajaan, tak sokong parti. Ada beza.

4 comments :

adyna said... Reply To This Comment

ntah lah..susah nak cakap coz bukan sume org suka tempat bersesak nie..mcm akak pun malam td g pusing ngan kete tgk sambutan..tak de ape yang menarik pun.. org lepak2 jer ramai ;)

cik kiera said... Reply To This Comment

ehem , apa salah PM kite yea sampai ada yang benci mcm tu skali .

Mohd Lokman Bin Ramli said... Reply To This Comment

salam ziarah.. ^_^. anda boleh buat tempahan MyQalam Quran Read Pen berkualiti tinggi dan banyak lagi barangan muslim di Muslim Bazaar.

http://muslimbazaar.mnmall.me/
atau melalui
http://lokmanramli.blogspot.com/

QasehnyaRania said... Reply To This Comment

hye salam kenal/..
dan follow sini juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...