expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, August 5, 2012

Pelakon popular, Aaron Aziz bosan nak sambut Raya?

Salam.. Wah, tak sangka pelakon yang pernah mendapat anugerah Bintang Paling Popular di Malaysia ni merasakan Hari Raya Aidilfitri adalah sesuatu yang membosankan!! Tak percaya? Jom baca apa kenyataan daripada page peminat beliau..;)


Aaron Aziz Pernah anggap raya ‘boring’

RAYA lagi? Hish, ‘boring’! Itulah keluhan yang selalu meluncur laju daripada bibir bintang popular, Aaron Aziz pada zaman remajanya. Setiap kali menjelang lebaran, dia seakan-akan mati kutu.

Barangkali latar belakangnya daripada keluarga kecil, sambutan raya dirasakan tiada apa yang istimewa. Juadah raya tidak mampu memancing hatinya untuk bergembira di hari yang sungguh bermakna bagi umat Islam sebagai tanda kemenangan berpuasa sebulan.

Tapi Alhamdulillah setelah beristeri, perubahan telah berlaku dalam diri Aaron Aziz di mana raya tidak lagi membosankan.

Bagaimanapun, nikmat sebenar hari raya mula menjentik tangkai hatinya apabila dipertemukan dengan Diyana Halik yang datang daripada keluarga besar. Bagaikan kejutan budaya apabila kali pertama beraya bersama keluarga mentua.

Betapa meriahnya sambutan, riuh rendah dengan gelak tawa dan gurauan apabila sanak saudara berkumpul. Daripada situ, dia mula memahami makna silaturahim, sekali gus wujud kesedaran dalam diri untuk melakukan perubahan.

Sejak itu tiada lagi istilah bosan, sebaliknya hari raya disambut dengan penuh rasa kesyukuran.

Huhu tak sangka ada juga insan seperti Aaron Aziz. Yela, setiap orang mengalami pengalaman Raya yang berbeza-beza. Tu sebab setiap kali sambut Aidilfitri, janganlah kita lupa pada golongan yang susah atau miskin. Hari Raya mereka lebih bermakna kalau kita membantu mereka yang memerlukan. Meriahlah juga Hari Raya mereka macam kita juga nanti.:)

So, nak tahu kisah selanjutnya tentang pengalaman Hari Raya Aaaron Aziz? Tunggu rancangan nya seminggu sebelum menyambut lebaran di Astro ok! Selamat menonton..;)


Cik Misya : Saya tiada Astro.

1 comment :

hazanis said... Reply To This Comment

singgah baca entri ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...