expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, August 26, 2012

Pertama kali jadi pengapit, saya pula yang nervous!

Salam semua.. Dalam sibuk-sibuk raya ni teringat satu entri yang tak sempat habis disiapkan. Asyik busy+terlupa. huhu. Dah berapa bulan dah kot baru teringat nak karang balik entri ni. Angan-angan jadi pengapit pengantin tercapai jua.. Actually ianya khas untuk one of my beloved cousin from JB yang melangsungkan perkahwinannya bulan April 2012 yang lalu. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dan yang paling istimewa, saya dilantik sebagai pengapit pengantin! huhu.. Dah lama mengidam nak pegang kipas  pengantin dan berdiri sebelah pengantin tapi tak pernah diberi peluang. Tak sangka, my cousin Kak Yon sudi invite saya jadi pengapitnya. Terharu sangat-sangat! ^_^
So now, kita review what happen actually during this wedding day yang paling meriah saya pernah involve. Di Johor, suasana dan adat nya berbeza sedikit dari KL mahupun tempat lain. Cuma ada beberapa part yang saya tak sempat nak snap gambar. Al maklumlah bz mengalahkan Mak Andam kena berkepit sentiasa ngan pengantin. Hehe..

Kami sampai di Johor sehari sebelum majlis berlangsung. Sungguh meriah rumah Kak Yon dengan kehadiran jiran tetangga yang bertungkus-lumus membuat persiapan secara gotong-royong. Seronoklah! huhu..

 Inilah pelamin mini untuk Akad Nikah. Simple but nice kan? Gabungan merah putih yang naik. Salah satu pelamin inspirasi for my E-Day tempohari..


Inilah pelamin yang tersergam indah hasil Butik Pengantin Haffsyah Illa. Cantik kan? Tema pink sememangnya my favourite. huhu


 Syukur Alhamdulillah dengan sekali lafaz (kalau tak silap) Kak Yon kesayanganku selamat diijabkabulkan dengan Abg Nazli. Dua-dua sama padan & sama cute! Tapi ada cerita kelakar masa akad nikah ni. Tok Kadi tu memang happening. Asyik wat lawak je. huhu..

 
Happy for you my sis! Selesai akad nikah.. Taktaula nak kata apa bila melihat Kak Yon tersangat nervous, resah dan gelisah before akad nikah. Sampai saya pula naik risau. Dia sempat pesan makesure sentiasa berada berdekatan dengan dia supaya diberi kekuatan sepanjang proses akad nikah. Alhamdulillah semua selamat..=)


Sesi bersalaman antara pengantin dan ahli keluarga tersayang.. Saya hanya memerhati kot-kot ada pape bantuan yang diperlukan oleh Kak Yon. Akhirnya baru saya tahu kenapa setiap kali pengantin akad nikah mesti akan menangis.. Sebak dan syahdu gila-gila masa Pokde (ayah Kak Yon) memeluk anak perempuan terakhirnya yang telah menjadi milik orang dan terlepaslah tanggungjawabnya sebagai seorang ayah yang kini dipikul oleh si suami. Camnelah time saya nanti? huhu..T_T

Upacara Berinai... Tugas sebagai pengapit diteruskan lagi. Berseri-seri Kak Yon & Abg Nazli. huhu. Di Johor, upacara akad nikah biasanya diadakan sebelah petang atau malam. Kemudian diteruskan dengan sesi persandingan kecil dinamakan Majlis Berinai. [Saya pun baru tahu] hehe. Pengantin dicalitkan dengan inai daun yang telah dilumatkan serta renjisan air mawar pada tapak tangan. Dats why kat tapak tangan pengantin ada inai bulat kat tengah-tengah tu untuk berinai sebenarnya. Meriah betul siap ada kompang lagi! Saya pula yang nervous time ni! haha.. Di tempat lain ada juga pengantin yang bertukar-tukar busana (baju Cina, India, Korea dll) tapi Kak Yon saya tak buat. Bersederhana lebih baik..:)




Gambar-gambar berangan dari supermodel! Wah! haha.. Sempat posing with my cousin Ikin. Nasib baik dia ada. Mostly gambar yang ada datang daripada kameranya. Huhu thanks Ikin!

Muka kekenyangan & kepenatan.. hehe. Kena simpan tenaga untuk esok pula. I suka efek tudung i bila terkena kipas tuh! Gedixxxx!~_~


On the next day, ready untuk majlis persandingan. Me with persalinan hitam putih atas request pengapit lelaki yang takde baju Melayu warna lain. Menjajar juga mencari baju putih yang sesuai sebelum ke JB. Nasib baik jumpa. Tudung pun main lilit je plus light make-up. Nanti make-up tebal-tebal kalah pula pengantin! hehe..

With Ikin & Mak Long.. Kalau nak tahu, Mak Long saya ni adik-beradik (tiri) dengan biduanita Dato' Sharifah Aini tau! Jangan marah..;)



Kak Ila (Mak Andam), assistantnya, Kak Yon, me & Ikin. Sempat pose before pengantin lelaki sampai. huhu..

Me with my lil'sis, Angah.. Puas dok fikir camne nak lilit tudung akhirnya jadilah fesyen tudungnya tu. huhu



Wedding Dress by Kak Ila.. Cantik kan? Pink kaler gitu..;) Berseri-seri Kak yon saya ala-ala princess gitu..


Sempat snap sekeping sebelum nak turun sambut pengantin lelaki! Miss this moment..

Cepat-cepat menyorok!! Pengantin lelaki dah tiba! hehe. Inilah keistimewaan majlis sanding di Johor. Pengantin perempuan perlu disorokkan terlebih dahulu sebelum dipertemukan dengan pengantin lelakinya. Menarik kan?;)


Haa... Inilah tol-gate girls yang perlu dilepasi pengantin lelaki sebelum bertemu si isteri tercinta! hihi.. Ramai kan? hehe..

Mari-mari! Huhu.. Berpantun-pantun dulu sebelum pengantin lelaki boleh melangkah bertemu pengantin perempuan. Yang paling penting setiap orang mesti dapat habuan (bayar tol)! Kalau tak. memang tak lepas tol sampai sok pagi la jawabnya! hihi.. Memang meriah!

 Finally.. Disatukan di atas pelamin yang indah.. Sama cantik, sama padan.. Pengantin ya! Bukan pengapit! haha.. Pengapit perempuan not available, pengapit lelaki still available lagi rasanya. haha. Kena tanya Abg Nazli sebab tu kawan baik dia.:) Yang paling tak tahan nak gelak kena usik ngan kawan-kawan Abg Nazli. 'Pengapitnya bila lagi?' "Apsal pengapit melebih-lebih lawa daripada pengantin?' Siot je! huhu.. Pape pun sangat merindui saat-saat bermakna ni. Bukan senang nak jadi pengapit. Nasib baik Mak Andam bagi tips macam-macam kat saya. Ingat pengantin je ada petua nak naik pelamin? Pengapit pun ada tau!;)


 Sesi makan beradab. Muka saya yang kelaparan! Wakaka.. Serius memang sedap makanan yang dihidangkan. Tak puas makan! huhu sedey.. Maklumlah kena control makan sebab duk sebelah pengantin, takleh mintak tambah nasi. Ahakss..

Sesi memotong kek.. Sweet je kan? Fully pink.. Dari baju, pelamin, khemah sampai lah ke kek pun warna pink! hehe..

Pape pun congratulations to Kak Yon & Abg Nazli.. Tak sangka kejap je masa berlalu, Kak Yon yang dulu sama-sama jadi teman bergurau masa kecil-kecil dah jadi milik orang. Now, Alhamdulillah bakal menimang cahaya mata tak lama lagi. Syukur.. Dapat seorang lagi anak saudara tahun depan!=)



Cik Misya : Tengah cari calon pengapit saya sebab ex-bff yang dicalonkan dah lari.:p



5 comments :

Myra Jay said... Reply To This Comment

Cantiknya pelamin.... :)
Warna peberet MJ tu :)

Pengantin pun cantik :D

Masz Sidek said... Reply To This Comment

pelamin dia cantiklaa...

~AiMi SyAhiRAh~ said... Reply To This Comment

@Myra Jay huhu MJ ske pink juga ya? Memang cantik..:)

~AiMi SyAhiRAh~ said... Reply To This Comment

@Masz Sidek Nanti masz buatla camni juga.:)

QA's ~ mamapapa said... Reply To This Comment

wow..!!!!cantiknya pelamin :) jmput follow kmbali,ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...