expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 17, 2012

Saya dapat kad raya daripada Y.B. Parlimen Putrajaya!

Salam semua. Tahun ni korang dapat kad raya tak? Mana yang dapat tu mesti seronok kan? Sekarang dah jarang orang nak bagi kad raya. Kalau ada pun yang softcopy punya je then tag-tag dalam facebook. Kan? huhu..

Tahun ni special skit sebab saya dapat kad raya daripada Y.B. Ahli Parlimen Putrajaya. Ala, Tengku Adnan tu... First time la dapat kad raya dari dia. Al-maklumlah, sejak saya mendaftar jadi pengundi kawasan Putrajaya, macam-macam lah dia hantar. Siap dapat surat penghargaan dan ucapan terima kasih daripada beliau sebab saya mengundi untuk kawasan Putrajaya. Motif??




Huhu.. Mekasih lah kat Y.B. Datuk Seri Ku Nan dan isteri sebab sudi bagi kad raya ni. Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat Datuk Seri. Kot jumpa lagi masa open house kat Putrajaya ni macam tahun lepas kan? huhu. Teringat kisah saya yang ditegur Ku Nan masa cedok kuah lodeh dalam entri INI. Kelakar pun ada. So far beliau oklah. Lagipun kawasan Putrajaya ni kecil compare dengan kawasan-kawasan lain. Senang dia nak jaga dan tak banyak masalah yang boleh menyebabkan beliau terjerumus dalam kontroversi. Cewah! Okla, thanks again to YB Datuk Seri & Isteri.


Cik Misya : Tak suka bodek.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...