expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, August 25, 2012

Saya nak berhenti jadi model. Apa kata anda?

Hai semua.. Erm tetiba terasa cam nak quit jadi model la.. Bukan tak minat tapi entahlah. Nak kata ada masalah, so far Alhamdulillah.. Dapat ramai kenalan.. Dapat side-income.. Dapat merasa pengalaman photoshoot, catwalk dan sebagainya. 

Tapi actually masa awal-awal saya join bidang ni pun suka-suki aje. Takdelah sampai nak melibatkan diri sepenuh masa. Freelance je kan.. Sekadar hobi.. Isi masa lapang. Maybe batas-batas pekerjaan yang saya ceburi sekarang menyukarkan saya bergerak aktif dalam modelling. 

Lagipun kerjaya model ni bukan untuk selamanya. Esok dah berusia, tak laku dah nak jadi model. Biasalah manusia, time tengah tegang-megang semuanya suka. Kan? huhu..

Tapi memang sejak dua menjak saya terfikir camtu. Hikmah di bulan Ramadhan yang lalu agaknya. Tak pun buang tabiat sebab tak panjang umur dah lagi. Wallahualam..

Saya sentiasa berusaha nak jadi yang lebih baik dan lebih baik. Tapi setiap kali saya mencuba, ada je yang menghalang. Kadang-kadang penghalang tu bukannya orang luar/asing. Tapi orang yang dekat dengan kita. Macam kawan baik, family dan sebagainya. Alhamdulillah saya dapat incik tunang yang memahami. Dia jenis cool dan simple. Selalu nasihat saya macam-macam. Tu yang saya respect dia tu.

Tapi tula, memang betullah senang nak jadi jahat tapi susah nak jadi baik kepada yang lebih baik. Saya sendiri terfikir-fikir nape jadi macam tu ya. Biasalah Allah tu nak uji sejauh mana kita dapat tahan ujian kan? Tapi tula, kadang-kadang saya sedih. Baru je nak jadi baik. orang-orang sekitar saya yang paling rapat pun tak bagi sokongan. Contohnya, saya pernah bergaduh ngan seorang kawan. Memang saya rasa diri ni paling teruklah. Pastu saya tersedar dan cuba membuat perubahan lebih baik. Dengan meminta maaf dan ubah sikap jadi kawan yang baik. Tapi hampanya bila kebaikan kita diperlekeh dan dipermainkan. Malah disambut dengan kedinginan yang melampau. Sakitnya di hati ini, Tuhan je yang tahu. Menangis berapa kali dah. Kalau ditadah dengan baldi mau berbaldi-baldi air mata jawabnya. huhu.

Tapi tula, memang dugaan besar nak jadi baik ni. Even dalam modelling ni pun, bila kita tunjuk baik skit, dipijaknya kita. Semua nak free shoot je susah juga. Tapi sebab nak tolong kawan punya pasal, shoot jela. Sekali dua bolehlah. Lepas tu faham-faham sendirilah.

Saya sendiri pun takkan selama-lamanya nak jadi model. Lepas kahwin saya akan stop terus-menerus. Family itu lebih penting. Syurga di bawah tapak kaki suami bukan tapak kaki photog/MUA mahupun kaki kawan baik sekalipun. Kan?

Saya memang jenis kalau orang cakap kasar ngan saya memang saya akan berkasar balik. Anda sindir-sindir saya memang kenalah panahan laser saya balik. Bukan menunjuk riak atau bangga diri tapi itulah diri saya. Dulu masa kecil saya selalu jadi mangsa buli kawan-kawan sekolah. Yela, fizikal kecil. Muka comel-lote gitu. Ahakss.. Saya tak pandai melawan bila dibuli. Duk diam je. Dorang kotorkan baju sekolah saya pun saya tak melawan. Tak pandai langsung! Maklumlah saya asal keluarga susah. Ibu saya selalu pesan, biarlah kita susah-susah dulu, senang-senang kemudian. 

One time tu tiba-tiba saya tercabar dengan satu perkara. One of my schoolmate mengejek saya, 'eleh Aimi ni lembik, takleh join kita' Sejak tu saya rasa tercabar sangat-sangat! Saya study hard sampai dapat Anugerah Cemerlang di sekolah. Saya belajar menari sampai mewakili sekolah ke peringkat daerah dalam Dramatari. Saya jadi Ketua Komanden Kadet Bomba mewakili sekolah saya ke peringkat daerah dan macam-macam lagi yang selama ni saya tak pernah mimpi nak rasa pun.

Bila di U, saya terus cari peluang. Walaupun hidup saya masa tu terumbang-ambing dek gangguan-gangguan luaran dan dalaman. Alhamdulillah dapat juga habiskan pengajian. Dapat pergi oversea wakili Malaysia ke festival2 kebudayaan. Sungguh besar nikmat Allah berikan untuk saya.

Tu sebablah, saya sekarang lebih 'keras kepala' sebab dulu saya selalu dipandang enteng oleh orang keliling. Now, sape yang buat camtu, memang saya cepat melenting. Sebab setiap apa yang capai sekarang bukan mudah nak gapai. Mungkin ada tangan-tangan yang membantu. Hanya doa jela dapat saya balas. 

Kini, saya dah kerja dan involve dalam bidang modelling. Banyak faedah saya dapat dari kedua-duanya. Cuma entahlah, saya perlukan masa nak fikir balik samada nak teruskan ke tak bidang modelling ni. Banyak beri saya pengalaman. Dari seorang yang kurang keyakinan diri, now dah boleh berdiri sama tinggi dengan kawan-kawan model yang top-top tu. Membantu juga dalam kerjaya tetap saya sebab saya lebih termotivasi.

Cuma sedih kadang-kadang orang salah ertikan apa yang kita buat. Menganggap kita ni hanya bahan jenaka untuk digelak tawakan. Mungkin dorang tak pernah rasa susah. Tau-tau dapat je apa dorang nak. Sebab tu dorang takde rasa bersalah walaupun menyakiti orang lain. Macam pembuli-pembuli di sekolah saya dulu. Kebanyakan dorang anak-anak orang berada masa tu. Hope parent-parent sekarang tolonglah didik anak-anak anda jadi orang yang tahu menghormati orang lain. Tak guna berharta banyak tapi pewarisnya tak seperti yang diharapkan. Silap-silap harta segunung pun boleh habis dalam sesaat.

Pape pun saya akan fikirkan secara mendalam lagi. Yela, benda kita minat. Takde salah pun as long as you can manage your time and other things. Cuma perlukan motivasi tambahan. Nantilah saya fikir. Kepala dah pusing tanda migrain bakal menyerang. [Dem!]

Selamat berhujung minggu dan berhari Raya. Nite!



Cik Misya : APTB...

4 comments :

nabila biela said... Reply To This Comment

hye akak...adoii..xpela akak,akak watlah pilihan terbek..n y ptg jgn dgar ckp org..sy doakan y trbek untuk akak:0

~AiMi SyAhiRAh~ said... Reply To This Comment

@nabila biela tq dear.. tu la, tgh pening fikirkan tentang ni. huhu

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said... Reply To This Comment

assalamualaikum..salam kenal.
alhamdulillah, mungkin stop modelling tu adalah yg terbaik.sungguhpun model menutup aurat, namun matlamat tetap tak menghalalkan cara.sblm nie sy pernah jadi model tudung(1st time), but then i've strange feeling, terasa mcm berdosa sangat2.then i completely stop.semoga Allah membantu anda dalam usaha hijrah ke arah yang lebih baik. amin.. =)

mimie.. said... Reply To This Comment

dear..emm xtau nak cakap ape sebenarnye bila dah terbaca komen org kat ats ni..hehe
tp ikhlas dari saya, klu ape yg awk usahakan itu mendatangkan hasil dan rezek yg halal,tak jadi masalah untuk awk teruskan..
tp ape pun keputusan awk, sy akn sokong ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...