expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, September 17, 2012

Bakal berdepan dengan model-model hebat dalam 3 pertandingan akhir! Doakan saya!

Salam semua.. Sedar tak sedar lagi 3 bulan lebih kita akan meninggalkan tahun 2012. Saya sendiri pun tak sedar bahawa dalam tempoh ini, ada 3 pertandingan modelling peringkat akhir yang perlu diselesaikan!! MasyaAllah.. Kejap je masa berlalu. Saya harap sangat doa dan sokongan kalian dapat membantu saya mencipta kejayaan dalam setiap contest/competition yang saya join. Bcos, saingan bukan calang-calang orang. Semuanya talented dan hebat-hebat! Gerun seyh!! huhu.. Nak tau apa 3 contest tu?

1st : High Fashion Supermodel Look 2012 by Anggerik Desa Creations (link)

Event yang akan dijalankan pada penghujung September ini bertemakan High Fashion Supermodel Look mendapat kerjasama dengan Majalah You Rs dan YODA (young designers assosiaciant) beserta liputan sisipan wanita atau GIG untuk akhbar Metro Ahad dan portal berita No. 1 http://www.mstar.com.my/ under The Star.., 

Hadiah utama yang ditawarkan adalah..
- Best Male Model : rm1000+Hamper+piala+sijil+selempang.
- Best Free Hair Model : rm1000+Hamper+piala+sijil+selempang.
- Best Muslimah Model : rm1000+Hamper+ piala+sijil+selempang.
- Best MUA : rm1000+Hamper+piala+ sijil..
- Top 5 Male x5 : saguhati+piala+sijil
- Top 5 Free Hair Female x5 : saguhati+piala+sijil
- Top 5 Muslimah x5: saguhati+piala+sijil
- Top 5 MUA x5: Make Up Box+piala+sijil ..


Saya mewakili Team No. 9 akan bergandingan dengan Make-Up Artist Elly Ryan, Female Free-Hair Talent Briena and male talent Shahrizad. Kami akan membuat persembahan catwalk sambil memperagakan High Fashion Evening Dress. Dan ada kategori Miss Favourite melalui undian di facebook. So, korang boleh undi saya dengan klik LIKE pada gambar saya di SINI atau klik photo di atas. Tarikh tamat undian 29 September 2012 jam 11.59 tengah malam. Oh my.. Nervous nya sebab saya akan berentap dengan 22 team yang sangat hebat! 

2nd : Pencarian Pemenang bagi Model Dlia Jane Collection Sesi 2 (link)

Pemenang akan diumumkan pada hari penentuan (Oktober 2012), peserta akhir ada 7 orang dan 3 pemenang utama akan memperagakan product DJC secara berbayar selama setahun! Saya merupakan pemenang bulanan bagi Januari 2012. Jadi akan berentap dengan 6 orang lagi finalis. Sangat mendebarkan sebab finalis-finalis lain pun hebat-hebat belaka and selalu dapat job besar-besar banding saya yang kerdil ni. ^_^


Korang juga boleh bantu saya dalam contest ini dengan bershopping di Butik Dlia Jane Collection (NO.9A JALAN P9B/1 PRESINT 9, PUTRAJAYA ) atau beli secara online di www.dliajane.com.my. Semua baju-baju yang dijual sangat cantik dan menarik! Macam yang saya gayakan dalam gambar di atas.:)


3rd : Pencarian Model Tudung - Qaisara oleh Tudung ESM. (Link)

Alhamdulillah saya terpilih sebagai finalis bersama 5 orang lagi (kalau tak silap) untuk ke peringkat akhir yang akan diadakan sekitar bulan Disember 2012. Tugasan seterusnya hanya diketahui pada malam akhir. Walaupun lambat lagi tapi debaran tetap terasa memandangkan saya juga merupakan AJK/Duta Kecil bagi Empayar Siti Murni. Jadi, haruslah buat yang terbaik nanti. If ada rezeki dapatlah saya jadi model tudung Qaisara yang comel macam gambar bawah ni..;)


Fuh! Nampak macam simple je ketiga-tiga competition ni. Tapi nak sampai ke tahap finalis sangatlah mencabar dan menguji kesabaran. Nak kena kumpul votes sebanyak mungkin, promote servis penganjur, komited dalam setiap assignment dan sentiasa berdisplin! That's why saya berharap sesangat usaha dan pengorbanan saya berbaloi dan berjaya mencapai kejayaan. Tapi yang paling penting, saya dapat kutip pengalaman berharga untuk digunakan dalam karier modelling yang setahun jagung ni. Doa dan sokongan kalian, insyaAllah diharap dapat memberikan sesuatu buat saya untuk menempuhi ketiga-tiga pertandingan ni. Amin..=)



Cik Misya : No more competition for the next year.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...