Pelakon Anne Ngasri dah berpisah dengan penyanyi Aliff Aziz!

Salam.. Ahha, sharing from AbangNara, rupa-rupanya hubungan cinta antara pelakon cute-miut Anne Ngasri dengan penyanyi a.k.a jejaka jambu Aliff Aziz telah pun berakhir. Perkara ini disahkan sendiri oleh Anne melalui temuramah oleh wartawan BiPop.


Sudah tiada jodoh antara kami. Tiada tarikh khusus bila kami putus cuma yang boleh saya katakan ia terjadi baru-baru ini. Keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan Darling terhadap rakan media sebelum ini. Ia membabitkan diri saya dengan dia (Aliff) yang cukup peribadi.


Saya memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi punca perpisahan kami. Tak perlu diulas dan diungkit lagi. Biarlah hanya saya dan dia saja yang tahu. Mungkin saya nampak macam muda dek saiz badan tetapi saya perlu tegas dalam membuat keputusan ini. Saya ada tanggungjawab yakni tiga anak untuk diberi perhatian.

Saya tidak nampak hubungan kami selama ini akan ke arah yang diharapkan (berkahwin). Anggaplah tiada jodoh. Jadi biarlah kami kembali kepada landasan asal. Masing-masing boleh fokus kepada kehidupan dan kerjaya yang sudah dibina. Kami masih berkomunikasi dan kekal berkawan atas paksi profesional. Saya ada hantar SMS pada dia.

Saya banyak berdoa dan melakukan solat istiqarah untuk membulatkan hati dalam membuat keputusan ini. Lumrah dalam hidup ini ada pertemuan dan perpisahan. Ia ujian buat saya. Siapapun jodoh saya selepas ini, saya mengharapkan yang terbaik untuk diri sendiri dan tiga anak saya.

Saya perlu kuat dan kental untuk menerima keputusan ini. Saya hargai kasih sayang dan cintanya kepada saya selama ini. Tiada sekelumit rasa rugi. Tak perlu saya cerita keluh kesah berdepan dengan situasi ini. Ini dugaan kecil jika mahu dibandingkan saya pernah diceraikan ketika sedang mengandung pada usia 2 bulan.




Saya cukup kagum la dengan beliau. Tabah hadapi kehidupan sebagai ibu tunggal. Dahlah cantik, putih-melepak! Heh. Saya pernah bertemu dengan beliau di Bandar Baru Selayang with her family. Kami makan di restoran Tuuu Dia... Pak Tam! then dorang duk sebelah meja saya sefamily. Masa tu dia still not married yet. Memang dia seorang yang sangat comel dan gebuss.;) Cuma tak sempat bergambar. Yela saya masih budak-budak sekolah lagi that time. Malu nak tangkap gambar ngan retis! Ngee...

Pape pun saya doakan dia bahagia. InsyaAllah ada hikmahnya atas setiap apa yang berlaku. Just teruskan kehidupan seperti biasa.=) Maklumlah orang yang berhijrah (dulu dia free-hair) ni mesti macam-macam dugaan datang bagi menguji kekuatan iman di dada. Suka dengan imejnya sekarang yang lebih sopan. Chaiyok-chaiyok!


Cik Misya : Rindu dengan iklan beliau dalam Fair & Lovely..! 

Comments

  1. nampaknya semua dah break off. hee ..
    takde jodoh lettew.

    ReplyDelete
  2. as salam. hi sis. done follow u. thanks for following me. u're such a beautiful malay model. minat gak bidang muslimah model ni. tapi blm pernah ade peluang lg. huhuhu

    www.suriaqistina.blogspot.com
    www.buluhvoice.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Harap Anne Ngasri terus kuat dan tabah...

    ReplyDelete
  4. Bagus lah bila anne masih mengutamakan anak2 dari cinta bukan apa jarak umur antara anne dengan alif jauh mungkin itu salah satu penyebab. Apa apa pun dokan anne selalu tabah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts