expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, September 16, 2012

Resident Evil | Retribution buat audien terkejut beruk!

Salam semua. Em dah lama saya tak gi tonton movie kat pawagam. Tadi jenjalan ngan kawan kat Mines [ni pun dah kat setahun tak gi!] huhu.. Alkisah, kami pilih filem Resident Evil | Retribution. Pelakon utama dimainkan oleh pelakon hebat Mila Jovovich sebagai Alice. 


Mula-mula filem ni penuh dengan suspen dan surprise. Sampai kami tersentak sebab terperanjat! Kelakar pun ada. Nasib baik tak melatah. Ahakss.. Cuma saya agak bengang sedikit sebab guy yang duk seat belakang saya bila part-part terkejut, dia tersepak seat saya. Agaknya terkejut beruk ala  babun  mamat tu. Rasa nak penampor je kalau fikir balik. huhu. Takpela yang penting enjoy juga lah movie ni walaupun penuh dengan elemen-elemen mengarut seperti zombie (makan orang), raksasa, orang dah dibunuh tapi tak mati, dan macam-macam lagilah. Memang audien yang menonton semua berdebar-debar dan terperanjat-terperanjat. But, saya memang ske filem-filem aksi camni. Ada unsur-unsur sains fiksyen compare dengan filem Melayu yang tak habis-habis tentang seram, hantu dan tahyul. Bila tengok movie ni teringat masa saya gi Universal Studio Singapore. Terasa bagaimana sesebuah filem Hollywood dibuat nampak real walaupun sebenarnya dalam studio jek! huhu..


Suka betul tengok pelakon wanita Hollywood melakonkan watak aksi-aksi hebat camni. Smart seyh cara dorang berlawan. But Angelina Jolie still the best for me!;)


Dah habis tengok movie, apa lagi, perut dah berkeroncong, time for makan! hehe.. Sasaran hari ni, fast food from Popeye. Alhamdulillah kenyang..=) 



Cik Misya : Tunggu kartun Popeye difilemkan (orang betul).

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...