expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, September 17, 2012

Tanam TELUR dalam pasu, apa motifnya??

Salam semua.. Saya teringat masa Program Bara'an Aidilfitri yang diadakan oleh Persatuan Penduduk blok tempat tinggal saya yang lalu, salah sebuah rumah yang kami kunjungi mempunyai pasu bunga. Dengar memang macam biasa je. Tapi pasu bunga tu bukan hanya untuk ditanam pokok, bunga atau sayur-sayuran tetapi pasu bunga tersebut dijadikan tempat menanam telur!! Em sehingga sekarang masih menjadi teka-teki buat saya nape tuan rumah tu menanam telur-telurnya dalam pasu bunga tersebut. Ahaks.. Agak double meaning di situ.. hehe.. Tak percaya? Tengok gambar yang sempat saya snap kat bawah ni.



Kalau tak silap saya yang putih tu telur itik. Adakah telur-telur ini diletakkan di situ bagi tujuan pengeraman? Atau bagi menyuburkan pokok yang ditanam? huhu.. Mungkin ada rakan-rakan blogger yang tau jawapannya.. Marilah share..=)



Cik Misya : Nasi panas + telur goreng + kicap = The Best!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...