expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, October 31, 2012

Apa yang korang fikir tentang pekerjaan saya ek?

Salam semua.. Em sejak saya masuk ke alam pekerjaan until now, ramai bertanya pada saya, saya ni kerja apa? Huhu.. Saya kerja sebagai Pegawai Teknologi Makanan (PTM) atau dalam English nya Food Technologist. So, daripada jawatan tu, apa yang anda semua bayangkan tentang pekerjaan saya? Cer teka..?;))

Huhu ramai orang fikir food technologist ni kerjanya memasak! I mean yang ada kaitan dengan kerja-kerja di dapur. Kopek-kopek bawang, siang ayam ikan, potong sayur dan buah, hias makanan tu atas pinggan cantik-cantik then serve kat customer. Ahaks.. Betul tak apa yang anda fikirkan tu? ;)

Ahakss.. Memang itulah yang saya lalui bila orang tanya apa kerja saya, then saya jawab saya PTM. Mentang-mentang ada perkataan makanan kat situ kan? Hihi.. Yang sebenarnya jauh menyimpang apa yang anda fikirkan tentang skop pekerjaan saya mahupun PTM-PTM yang lain!^^ Di swasta mahupun di kerajaan. Takde edisi masak-memasak di dapur. Sebaliknya kami yang pantau orang-orang yang memasak kat dapur tu.;) 


Yes, itulah kerja kami... Membangunkan dasar dan polisi, perundangan makanan negara, mengaudit kilang-kilang, buat pemeriksaan premis makanan, jaga kantin sekolah, PLKN, cegah kes keracunan makanan, bagi training dan bimbingan kepada rakyat tentang kesalamatan makanan, persijilan dan pelesenan, food sampling and testing, merangkap consultant dan sebagainya. See... Itulah tugas kami as food technologist. 

Bukanlah bermakna tak pernah masuk dapur ye. Kat rumah haruslah masak-masak juga.:) But sebagai food technologist memang kami perlu peka dengan isu-isu keselamatan makanan negara mahupun luar negara. Contohnya kes melamin dalam susu, pengeksportan ikan ke negara-negara Europian Union, Bisphenol A dalam botol susu bayi dan sebagainya. If ada kes-kes macam ni memang tak tidur malam la kami. Kena jaga bilik gerakan! Belum lagi part kena jawab soalan-soalan Parlimen daripada Pak Menteri. huhu.. Tapi itulah tanggungjawab yang harus dipikul if anda bergelar PTM dalam kerajaan.=)


If uols berminat, oopss saya bukan tempat mencari kerja ataupun kabel untuk anda dapatkan kerja. huhu. Yang still study tu belajar rerajin ya. Jangan kata PTM, PTD pun anda boleh jadi tau. Sape-sape yang nak further study tu if minat, ambil lah course teknologi makanan yang sewaktu dengannya.=)


Cik Misya : Agak cerewet dengan kebersihan terutama kedai-kedai makan. Anda tak tahu apa kami tahu.;)

7 comments :

fardiyah said... Reply To This Comment

eeh bestnye :D gaji msti mahal..hehe :P

Haruno Hana 하나 said... Reply To This Comment

dulu minat nak amik course ni, lepas tu apply degree Clinical Lab :) ada kaitan sikit2 hee ^^

Nurul Aini said... Reply To This Comment

Ohh..menarik ye. Saya tak dapatlah ambil sebab jauh menyimpang dari bidang..huhu.

Bie said... Reply To This Comment

b pon graduate dengan ks food tech hehe.. tapi skang baru nak jin buat research dengan ex supervisr hihi..

camat berkenalan ><

caliph shuriken said... Reply To This Comment

oic, related QC utk makanan rupanya ^^

ayut said... Reply To This Comment

bila dh lbh tahu ni mmg makin cerewet la pasal mknan yer..hihihi :)

jamila asari said... Reply To This Comment

saya amik kos food technology..bru part 2... mcm best je kerja dia...harap dpt share lgi ye sis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...