expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, October 17, 2012

Detik-detik kemenangan || 3rd Place DJC Model Search 2012/2013

Salam semua.. Em malam ni nak share dengan anda semua detik-detik saya sebelum dan selepas dinobatkan sebagai pemenang ketiga Pencarian Model Dlia Jane Collections 2012/2013. Syukur Alhamdulillah rezeki saya ada untuk berkolaborasi dengan Butik DJC milik Pn. Norbadanita ini. Jom zoom apa yang berlaku semasa event ini!=)
 


Inilah tempatnya! Flora Cafe Ampwalk, Ampang. But competitioan diadakan di ruang legar Ampwalk ni kerana keluasan yang terhad. Pape pun memang superbla tempat ni. Tak pernah terbayang kot nak bertanding tempat mewah camni.^^

A day before event.. First time bertemu dengan Kak Nor owner DJC dan barisan finalis yang bakal bertanding. Kak Nor memang baik sesangat and very humble person. You know what, actually beliau one of my neighbour! Ahaks.. Duk satu block apartment tapi tak pernah bertemu! Masing-masing busy dan keluar rumah on different time. =)

Seawal 9.30 pagi saya dah sampai di sini. Tempat penginapan Kak Nor sebab nak bersiap dan make-up. Tq my fiance yang sudi jemput saya dari rumah dan hantarkan ke sini. Terharu..^^

Suasana di lobi Nomad Sucasa Apartment. Sementara menanti Kak Nor datang menjemput sebab nak naik lif perlu ada safety pass.

So, this is me after make-up by Sis Dja Othman. First time beliau make upkan. Simple but i like it. Tak terlalu heavy. Dan yang paling best dia hadiahkan saya sepasang bulu mata berjenama okeys! Siap suruh simpan elok-elok. Masa make-up pun dia sempat bagi tips suruh Selawat banyak-banyak dan tak putus-putus bagi semangat kat saya. Rasa macam nak nangis je bila teringat balik.T_T Terharu sebab first time bekerjasama dengan Kak Dja tapi dia sangat baik like my own sister! Miss u sis!!^^ Cuma tak sempat tangkap gambar with my camera. Wait from official photog..

Inilah dress yang saya gayakan sponsored by DJC. Very nice..:) Hijab from my private collection. Plus aksesori sendiri.. Hiasan kepala tu if uols nak tahu, saya pernah pakai during my Engagement Day.;)

With Zafira.. She has her own boutique tau and saya pernah shoot product for her boutique. Koleksi gambar ada di SINI.


Me with several finalist and winners of the last year.

With Zafira dan Syai Akma.. Dua orang finalis yang sangat berbakat. Very sporting girls even tak menang but they still luangkan masa with us makan-makan before pulang. Muah3x!!=)

Sambil-sambil menunggu majlis bermula tu, kami sempat ditemuramah oleh official videographer. 


Now its show time...!!


Catwalk session. Oh my.. Saya punya tempoh catwalk paling lama bcos emcee will read your modelling profile and saya punya profile paling panjang sekali! Hehe. Mengah emcee dibuatnya. Hihi.. Tq Sha Yang!


Ahaks.. Ini bukan saya menyanyi lagu nasyid ya! Ini masa sesi soal jawab. See bukan senang tau task-task yang perlu finalis lalui before menang. Alhamdulillah saya dapat jawab soalan-soalan yang diberikan dengan baik. Berkat gi tuntut ilmu dari pelbagai kursus dan latihan.=) Saya suka bercakap rupanya! Hehe. (Someone said, i'm so talented in modelling, emceeing and also intelligent) Syukur Alhamdulillah atas pujian itu. Semuanya anugerah dariNya...-_- 

Alhamdulillah.. Sebelum pemenang utama diumumkan, saya memenangi tempat pertama entri blog di view terbanyak! Mungkin anda pernah view  entri tersebut di SINI. Memang saya sangat-sangat berterima kasih wat anda semua rakan-rakan blogger dan facebook yang sudi view entry about me dalam blog DJC. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.=)


Saat paling mendebarkan... Semua finalis menunggu keputusan pemenang.. Grrr..... Saya berdiri tengah-tengah tu Tuhan je tahu betapa menggigil kepala lutut saya! 
:
:
:
:
:
:
:
Dan pemenang tempat ketiga Pencarian Model DJC 2012/2013 jatuh kepada.....
Alhamdulillah.... Milik saya...=) Terkejut sampai terkaku sekejap masa nama diumumkan. Betul ke ni? Huhu..^^ Penyampaian hadiah oleh Puan Dahlia.. (Nama Dlia Jane diambil sempena nama beliau dan merupakan ibu kepada Kak Nor) 

Plak kemenangan.. Syukur..^^


Happy plus terharu...! Siapa sangka gadis bergigi besi nih boleh dapat tempat di hati juri? Wah statement!! Hehe.. No la.. I mean selama ni saya selalu fikir, siapalah saya yang tak cantik ni, bergigi besi pula tu tapi berangan nak jadi model. Pernah rasa putus asa sebab di dunia sebenar, tiada siapa yang pandang pun sebelum ni. Hopefully rezeki saya bertambah-tambahlah lepas ni. Yang penting doa anda semua yang sangat-sangat saya hargai. Tanpa anda, siapalah saya.. ^__^

Sayang anda semua! Muah3x..!!;))

Walaupun tak dapat juara, saya tetap bersyukur.. Tak pernah-pernah menang dan Alhamdulillah kali ni usaha saya berhasil. Setahun saya berusaha promote competition ini, selesaikan semua tugasan yang diberi dan akhirnya membuahkan hasil. Tahniah juga wat Kak Zaete (Juara) dan Shireen (2nd place). Jangan taktahu, Shireen sedang pregnant 9 bulan tau masa ni. Alhamdulillah dia kuat dan rezeki untuk babynya kali ini.:) 

Three of us.. InsyaAllah will do the best for DJC selama setahun ini. Merangkap sebagai Duta Kecil DJC, kami perlu membantu DJC mempromosikan produk-produk DJC. Dan akan datang DJC akan mengeluarkan produk Busana Pengantin nya! Semua busana yang finalis gayakan ini adalah hasil DJC. Lepas tambah beading nanti maka jadilah baju pengantin. Sape nak kahwin tu, bolehlah book DJC nanti!=)


Bergambar dengan ex-winners last year. They're so sporting and happening! Kak Misha, Nadia, Fida and Deyna. Hope bekerjasama dengan with them terus terjalin..^^


Yeay, inilah Kak Nor.. Comel je kan dia? Jangan tak tahu, beliau merupakan bekas Ratu Dewi Remaja tau! Haa jangan tak percaya. Dats why beliau dapat ilham nak gunakan model untuk produk DJC dan wat majlis sebegini. Salute la dia!



 Will miss this moment.. Semua finalis pun hebat-hebat belaka. Kak Zura (Mutiara Emas), Zafirah, Syai Akma, Kak Zaete, Shireen, dan Kak Gucci Liana. Mostly mereka dah berpengalaman compare dengan saya yang baru nak menapak. Hope could see all of them again. InsyaAllah...=)



Wajah-wajah happy kami bertiga.. Syukur sangat-sangat.. Serius memang speechless! Masa soal jawab tu macam-macam benda nak cakap. Huhu. Yang penting semuanya telah terlaksana dengan baik dan akan lunaskan tanggungjawab sebagai Model DJC selama setahun dengan sebaik-baiknya. Amin..

Apa-apa pun saya nak berterima kasih buat Kak Nor selaku penganjur competition ni sebab if not, tak mungkin saya berpeluang kembangkan bakat dalam bidang modelling. Tq atas segala usaha beliau menjayakan event ini dan sekaligus meraikan talent-talent baru macam saya ni dengan penuh grand. Sebelum ni berangan semata-mata but now dah jadi kenyataan.:) Thank you so much also to Juri-Juri yang menilai. Dorang semua berlatar-belakangkan hebat-hebat dan terharu sebab memilih saya as one of the winner.^^ Yang paling penting doa my parent untuk kejayaan saya.. Plus sokongan anda serta family yang disayangi, terima kasih banyak-banyak! Tak tahu nak balas camne. Walaupun kemenangan ni hanya kecil pada pendapat sesetengah orang tapi at least saya dah menapak setingkat lagi untuk terus berjaya. InsyaAllah. Doakan saya ya! Love uols so much!!=)

Untuk shopping di DJC, klik SINI (online) atau datang sendiri ke Butik DJC di Putrajaya..^^


Cik Misya : Tak jemu join competition.


6 comments :

Mohd Noor Shawal said... Reply To This Comment

wah..alhamdulilah..tahniah kak.. :)

Dunia Wilma said... Reply To This Comment

Tahniah Cik Misya ^_^

sha said... Reply To This Comment

hi3... akak sbg emcee ari tu... agak semput dan mengah baca teks tu.... tp x pe, demi Aimi akak gagahkan jugak... ha3.. sebenarnyer bagus gak teks panjang2... ia nak uji kreativiti Aimi utk pose... Aimi dah lakukan yg terbaik.... congrate dear...^__~

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A said... Reply To This Comment

you are beautiful sis... ^_^

Delimasari said... Reply To This Comment

tahniah

Si Matatajam said... Reply To This Comment

Cantiknya Misya..bukan senang nak dapat top 3 tu... Tahniah yek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...