Laporan polis telah dibuat terhadap Vincent Lee dan gengnya!

Salam.. Erm ingat lagi entri yang saya pernah share dengan anda tentang seorang lelaki cina penipu bernama Vincent Lee? Entri penuh di SINI. Alhamdulillah saya selesai membuat laporan polis bersama 9 lagi rakan model yang turut terkena tipu daya si apek sorang neh. 



Memang sangat kritikal la masa wat report ni. kami semua berjumpa beramai-ramai dan dalam masa yang sama si apek cuba melengah-lengahkan kami daripada membuat report polis. Katanya nak bank in balik duit  hari Khamis ni, malam ni la, then nak bawa kami jumpa bos dia Fiona la. Oh sorry! No compromise! Masa minta duit bukan main dia psiko supaya wat transaksi dengan segera tanpa sempat kami berfikir seminit pun! Bila nak minta duit balik, wah banyak plak alasan ye... Tunggu jela nasib kamu ye Vincent.. Plus dengan rakan-rakan 'seperjuangan' kerja jahat dia nih. U non-muslim mungkin tak faham pape pasal halal haram. But yang terlibat especially your big boss mungkin orang Islam. Wallahualam. Semuanya masih dalam siasatan. 



InsyaAllah kami sekarang sedang menanti lagi rakan-rakan lain buat laporan polis. Sebab yang terkena bukan kami sahaja, rupa-rupanya dari tahun lepas pun ada! Cuma disebabkan dorang model baru yang tiada pengalaman serta tiada geng mahu berkongsi rasa maka dorang diamkan sahaja. Dats why dia still bebas wat kerja yang sama. Now, si apek ni dah salah langkah. Menipu model-model yang lebih senior, so jangan harap kami leh diam. Silap-silap naik Bukit Aman dan keluar media kes ni, then takde tempat dah dia nak lari. Tunggu jela nanti..;)

Daripada maklumat polis, kes camni adalah yang terbaru melibatkan penipuan duit di kalangan model. Maksudnya memang takde sape pun pernah wat report! Thats why dorang ni berani wat kerja ni. Now report polis telah dibuat di banyak balai sebab model-model yang telah dikumpulkan datang dari banyak tempat. Memang akan kecoh lah benda ni nanti kot. Takpela, niat kami wat laporan agar penipu-penipu ni ditangkap. Memang lah dengan harapan dapatkan balik duit yang telah dilaburkan. Tapi rasanya dorang tengah berjoli sakan ngan duit kami tu. Tengokla camne. But untuk kawan-kawan di luar sana tu, jadikan benda ni sebagai pengajaran ok. Kalau tak kena kat kami mungkin kena pada anda atau saudara-mara anda. Disebabkan terkena pada kami lah benda ni tersebar dan ramai lagi yang tampil wat aduan. Kalau tak, sampai kiamat lah kot si Vincent and the geng ni bermaharajalela. Kerja dengan skop production la, Ahmad Idham la, adik angkat penyanyai Stacy la, Manager Karangkraf la, sampai jadi adik Engku Emran, husband Erra Fazira pun dia berani tau menyamar mamat nih! Haish...

So wat sape-sape yang pernah ternampak this guy, maklumlah pada pihak berkuasa okeys. Ntah-ntah jiran anda, sape tahu? Kalau tak orang lain, terkena pada ahli family sendiri pula. Minta-minta dijauhkan. Sama-sama doakan dorang ni semua tumpas dan dibawa ke muka pengadilan. Amin....!



Cik Misya : Lesson Learn.

Comments

therosputih said…
nasib kena tipu duit je kan cik misha, tak de kena pape...syukurlah, ada jugak nasib baik di situ walaupun duit melayang...pasni, kena lebih beringat la nampaknya...hope sangat laki ni kena tindakan undang2 yang setimpal...
ain zulkarnaind said…
isk mcm tu pon ada ek..
Unknown said…
Memang kena hati- hati ni...
mmg teruk kan. ade je yg nak menipu. baguslah if korang dh buat report. mmg xley nak lari ke mane la dia ni. paling x pun, dok nyorok kt rumah
sekarang ni ramai sangat peni pu kan...
Anonymous said…
macam2 dunia skrg. smoga menang n terbalas orang jahat2 sbg kesedaran
yaya ade said…
semoga cepat d tgkap.
Cik Puan said…
habis lah ko vincent lee...cik misya dah marah tu..
Unknown said…
Nowadays , banyak sgt yg penipu n yg kna tipu kannn ...
Geram tol tipu2 nih ..
Lagi2 tipu orang pasal wet ...

Good job Kak Misya ..
Asmar Arafad said…
sapa pulak vincent ni takut lah
Unknown said…
hihi..dah bace dah semalam..btw thanksss jemput :D lelaki ni mmg jahat, great info n aimi cantik sgt
ajumohit said…
semoga kes ini segera selesai, geram betul dengar kes macam ni
Unknown said…
ada kemungkinan besar dia dah pakai duit tu untuk plastic surgery sbb dia nak jadi model juga??
Unknown said…
harap2 cpt2 la kna tngkap ..
x psal2 hbis duit org gara2 kerja dye yg x btul tu ..
Amalia Husna said…
Eh, bahayanya orang zaman sekarangkan?
NoEn said…
macam2...
next time kene lebih hati2 lagi
Unknown said…
Sabar Cik Misya...
Moga2 pihak polis dapat menyelesaikan kes nie dengan baik :-)
Unknown said…
ishhhhhhhhh...muka pun x blh blah apek ni...
N.N said…
dasyatnyer mamat ni menipu..memang dasar penipu ni ..huh
caliph shuriken said…
klau hidup mewah hasil tipu org mmg x lama laa tuu, kantoi arr kn..

ada lagi satu kes lain, ipts kt kl dok tipu refund student.. klau mintak balik serupa x mintak jaa, makan rezki haram diorg ni...
Encik Hairan said…
Wah dasat siot apek nie nak menipu..dunia skrg byk org nak scam je..

anyway..saya follow awak :)
tamamnamra said…
cina kalau tak menipu..memang lambat kaya,so hati² dan bik iktibar drpd kisah yang terjadi..

Popular Posts